Halloween Costume ideas 2015
MPS

Seminar Perubahan Iklim



Perubahan bukannya tindakan sedetik. Lalu, hilang. Perubahan juga bukannya kempen sebentar. Kemudian, sunyi. Perubahan sebenarnya menuntut kepada sebuah kesedaran abadi.

Akhirnya, kesedaran seperti ini hanya termazmur dari kefahaman, penghayatan, dan keinsafan. Antara kaedah untuk menanam semua ini adalah menerusi penerokaan ilmu tentang peri pentingnya perubahan. Ilmu seharusnya melahirkan tindakan abadi. Dalam soal perubahan iklim—yang menjadi inspirasi aksi ¨Earth Hour¨—proses penanaman kesedaran ilmu ini amatlah mendesak.

Justeru, ASASI dengan kerjasama IKD dan KAS, telah mengaturkan satu seminar atas tujuan ini. Harapannya, agar seminar ini dapat mencungkil punca dan penyelesaian, serta membangkitkan rasa kebimbangan sejagat ini dalam bentuk yang lebih mapan. Butiran seminar adalah seperti berikut:

Seminar Perubahan Iklim
16 Mei 2009 (Sabtu)
Bangi Equatorial Hotel
Masa: 8:30 pagi - 5:00 petang
Untuk 35 penyertaan terawal sahaja


Manakala pembentang seminar ¨Perubahan Iklim¨ adalah seperti berikut:

Professor Dr. Fredolin Tangang
Fakulti Sains & Teknologi UKM
Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)
Tajuk: Perubahan Iklim Dunia: Kefahaman Saintifik dan Isu-isu berkaitan

Dr. Liew Juneng
Pensyarah/Penyelidik
Fakulti Sains & Teknologi UKM
Tajuk: Konsep Pengunjuran Iklim Melalui Permodelan Matematik

Profesor Dr. Khairulmaini Osman Salleh

Jabatan Geografi
Universiti Malaya
Tajuk: Keterancaman dan Vulnerabiliti Malaysia Terhadap Perubahan Iklim

En. Ling Leong Kwok
Pengarah Seksyen Pembangunan Ramalan Cuaca Numerikal
Jabatan Meteorologi Malaysia
Tajuk: “Climate Change Scenarios of Malaysia

Ir.Hj Ahmad Jamaluddin b. Shaaban

Ketua Pengarah
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Anjuran: ASASI + IKD + KAS
Penyertaan terbuka. Percuma. Semua dijemput hadhir.


Pendaftaran. KLIK SINI
Labels:

Catat Ulasan

Wah bagus juga jika ada kesempatan untuk menyertainya.. walaubagaimanapun mungkin saya tak berkesempatan untuk menyertainya kerana terpaksa menjadi panel program Bengkel Kajian Sosial dan Persekitaran di Seketariat ABIM Johor. Insyaallah agar dapat menyertai program sebegini pada masa akan datang..

respon Campus Environmentalist;-
InsyaAllah, kalau ada kesempatan lain, saya akan khabarkan kpd saudara secara peribadi

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget