Seminar Fizik Semasa - ASASI
SEMINAR PEMIKIRAN FIZIK SEMASA
Tarikh : Sabtu, April 18, 2009
Masa : 8:30am - 5:00pm
Tempat : Bilek Mesyuarat FST, Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Sains bukanlah kerja makmal semata. Setiap produk sains asalnya bermula dari pergolakan fikiran. Atau lebih tepatnya, falsafah sains. Fizik juga demikian. Membicarakan soal fizik, secara kebelakaannya tidak harus terlepas dari gelojak kefalsafahan yang bermain di dalamnya. Hal ini dapat disoroti akrab menerusi fizik moden, yang mana merangkumi fizik kenisbian dan fizik kuantum. Kedua-dua displin ini ternyata memang sarat falsafahnya.
Sehubungan dengan itu, ASASI kali berikutnya membawakan Seminar Pemikiran Fizik Semasa bagi mengupas persoalan mutakhir ini. Menerusi latar pembentang serta tema yang dikemukakan, seminar seumpama ini barangkali adalah yang pertama di Malaysia. Aturcara seminar ini adalah seperti berikut:
Aturcara:
08:30—08:45 Pendaftaran
08:45—09:00 Perasmian
9:00—10:15 Prof. Dr. Hishamuddin Zainuddin (UPM)
Teorem Kochen-Specker: Implikasi, Variasi dan Penyelesaian
10:15—10:30 Minum Pagi
10:30—11:45 Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah (UM)
Nama, Subset, Logik, Kesegerakan dan Neurologi - Sains Seperti Yang Kita Difahamkan
11:45—01:00 Prof. Dr. Shahidan Radiman (UKM)
Hubungan Antara Kosmologi Moden dengan Teori Nombor
01:00—02:30 Solat dan Makan Tengahari
02:30—03:45 Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir
UKM)Fizik dan Topos
03:45—05:00 Prof. Madya Dr. Zainal Abdul Aziz (UTM)
Kamiran Feynman dan Sistem Terkamir Lengkap: Suatu Kerangka Kerja Baru Matematik Fizik
05:00—05:45 Mesyuarat Kelab ASASI (Untuk pelajar-pelajar yang
berminat)
16 April 2009
11.03 malam
Bandar Tasik Selatan, Selangor
Catat Ulasan