JIWA MUDA
Apa guna jadi ‘orang muda’ andai hilang ke’pemuda’annya, baik jadi orang tua bangka asal saja jiwanya ‘muda’….
Premis keramat itu pernah ku lafazkan dalam muktamar sanawi sebuah gerakan dakwah kampus tak lama dulu. Namun hakikatnya, belum lagi kurasa nikmat kepuasan ‘jiwa muda’ seperti yang ku idami.
Jiwa yang penuh dengan keasyikan, kelazatan & keenakkan.
Sehingga…
Petang itu (khamis), aku bulatkan tekad;- “aku kena berangkat petang ni jugak.. “
Kata pepatah, “kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga”.. kena juga dengan situasi aku sekarang.
Mak & abah pun taklah pula melarang, cuma ‘kail’ yang aku bawa untuk ke ‘laut’ memang panjang sejengkal. Mak & Abah pun tak mampu nak menambahkan pemanjangan ‘kail’ nan sejengkal itu dalam masa terdekat ni. Sebab itu mereka agak keberatan memberi izin untuk berangkat lewat penyataan hasratku itu.
Panjang mana ‘kail’ aku bawa tak penting kerna aku yakin dengan ‘kail’ yang panjang sejengkal ini pun aku mampu mengharungi ‘lautan’.
Kini, aku telah buktikan ‘kail’ ku yang sejengkal ini telah berjaya membawa aku ke ‘lautan’ yang ingin ku tuju. Malam ini, aku bertilamkan bumi, berkelambukan langit. Ya, aku teruja, terasa asyik, lazat, & enak. Barulah ada kehidupan (life). Esok, aku perlu teruskan perjalanan dalam ‘lautan’ ini sehingga ke tepian.
Jiwa Mudaku kini mula bangkit dari lena..
02.12 pagi
28 Mac 2009
Stesen Kereta api Sungai Buloh, Selangor
Catat Ulasan