Bismillahir Rahmanir Rahim
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)
“… yang setitik dijadikan lautan, yang sekepal dijadikan gunung, alam terkembang dijadikan guru”
Amanah ke’khalifah’an jelas memberi motivasi kerohanian yg cukup kuat ke arah pembinaan minda Muslim yang bertanggungjawab. Tatkala terjaga daripada lamunan, segala tenaga & daya fikir ditumpukan seketika untuk menilai, mengkritik dan mengkoreksi ASAS-ASAS pemikiran diri. Sudah tiba masanya untuk menampilkan diri setelah ber`uzlah beberapa ketika. Ruang maya & digital perlu dimanfaatkan sebagai salah satu wadah penyiaran ‘sinar gemilang’ natijah keter’celik’an.
Seorang insan biasa yang menyedari hakikat diri selaku ‘hamba & khalifah’ kini mengisytiharkan kemunculan diri dalam alam digital. Darul Ridzuan tanah tumpah darahnya, langsung mengharung hidup di alam fana selama hampir 2 dekad. Di bawah payungan Ilmu & Islamisasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berlindungnya insan ini. Keghairahan menggagau mutiara hikmah menjadi pendorong meneruskan perjuangan murni yg pada hakikatnya telah diasaskan sejak bermulanya kehidupan di atas muka Bumi ini.
Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan pencerahan sosio-intelektual, gerakan aktivisme pelajar, gerakan sosio-ekonomi belia & komuniti, serta gerakan pemurnian akidah.
Moga ada manfaatnya untuk diri & kalian semua.
Allahu Ta`ala a`lam
al-Faqir wal hakir ila Al-Ghaniy,
Peminggir Kota
22 Mac 2009 (Ahad)
Ajukan sebarang persoalan, maklumat, atau apa-apa sahaja kepada penulis melalui emel :-
peminggirkota@gmail.com
Catat Ulasan