Siapa Al-‘Alamah Prof Dr Ali Jum’ah?
Dilahirkan pada 3 Mac 1952 di Bani Suwaif (Mesir). Menuntut ilmu di al-Azhar; tahun 1985 mendapat ijazah M.A dari al-Azhar dalam bidang Usul Fiqh, diikuti ijazah Phd tiga tahun berikutnya (1988) dalam bidang yang sama. Selain dari menjadi pensyarah di Universiti al-Azhar, beliau juga menjadi panel penasihat Syari’ah bagi bank-bank di Mesir dan menganggotai Lujnah Fatwa al-Azhar dan Majlis ‘Ala Mesir (Jawatankuasa Tertinggi Hal-Ehwal Agama, Mesir).
Sekarang beliau merupakan Mufti Negara Mesir. Himpunan fatwa beliau diberi nama “Al-Kalimu at-Tayyib” yang sekarang telah diterbitkan sebanyak dua jilid. Selain himpunan fatwa tersebut, banyak lagi hasil-hasil tulisan beliau yang telah diterbitkan, antaranya;
1. Qadhiyyah Tajdid Fi Usul al-Fiqh
2. Al-Hukm as-Syar’ie ‘Inda al-Usuliyyin
3. Al-Imam as-Syafi’ie Wa Madrasatuhu al-Fiqhiyyah
4. Aliyatul-Ijtihad
5. Ar-Ru’yah Wa Hujjiyyatuha al-Usuliyyah
6. Al-Imam al-Bukhari
1) Majlis bersama Ulama` :- Al-‘Alamah Prof Dr Ali Jum’ah (Mufti Mesir)
Tarikh : 14 Rabiulakhir 1430H/ 10 April 2009
Tempat : Masjid Al-Falah USJ 9, Subang
Bermula : selepas Maghrib dengan bacaan Ratib Al-Haddad, diikuti solat Isyak & Ceramah oleh al-Fadhil Syeikh Ali Jum’ah
*maklumat terperinci ‘klik sini’
2) Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW dan Haul Syaikh Abdul Qadir al-Jilani
Tarikh : 15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
Tempat : Masjid Negara, Kuala Lumpur
Bermula : 4.30 petang – 9.30 malam
*maklumat terperinci ‘klik sini’
Catat Ulasan