Hadith Kejayaan Islam Memerangi Yahudi
Isu Gaza & Palestin semakin dingin. Perlu diingat, isu ini bukan isu bagi meraih simpati rakyat untuk kepentingan politik, kekuasaan, & kerakusan duniawi, tapi isu Gaza/ Palestin merupakan isu kemanusiaan, malah lebih dari itu; ia isu ummat Islam. Nah, hari ini setelah Gaza tidak lagi kelihatan dibedil secara terang-terangan oleh Rejim zionis Yahudi, maka tertampak sudah topeng-topeng kemunafikan kelompok yang opportunis terhadap isu ini. Hari ini, senyap isu Gaza. Isu lain pula yang dijulang-julang. Buat permulaan menyemarakkan kembali perjuangan Ummat menentang kezaliman & kejahilan, hayati petikan hadith Nabi SAW ini. Akan disusuli dengan penjelasan dan hasil kajian kelak.
Dari Abi Hurairah ra. bahawa Nabi SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi, “Wahai muslim, inilah Yahudi di
belakangku, bunuhlah!”
(HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami’ Ash- Shaghir no. 7414)
“Tidak akan terjadi hari kiamat, hingga muslimin memerangi Yahudi.
Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik
batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, “Wahai muslim, wahai
hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja.
Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon
Yahudi.”
(HR Muslim dalam Shahih Jami’ Ash-shaghir no. 7427)
Oleh ‘Peminggir kota’
22 Mac 2009 (Ahad)
5.25 petang
Kg Pinang, Kamunting, Perak
Catat Ulasan