“semoga kedamaian dikurniakan kepada kalian, wahai para penduduk kampung Muslimin, sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul selepas ini bersama kalian”

“semoga Allah merahmati saudara-saudara kami yang telah lebih dahulu menuju Perkampungan Barzakh & juga yang menyusul kemudian”


Innalillahi wa inna iaihi raji`un


Kepada guru yang kami kasihi lagi kami cintai, Tuan Guru Hj Abdul Latif Abd Rahman (Pak Teh Latip), kehilanganmu amat dirasai.

Tersentak...

Tak kesempatan menjenguk almarhum sebelum kepulangannya, juga ketika saat akhir beliau. Dari kejauhan, hanya iringan doa dan linangan air mata yang tak tertahan mengiringi pemergian beliau.

Terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Zaki Ahmad, murabbi dan guru yang banyak berjasa atas pengesahan beliau akan pemergian Pak Teh awal pagi tadi.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh almarhum

Al-Fatihah.




UIAM Gombak
11.00 pg, 30 September