Pengajian Kitab Siyarus Salikin bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
PENGAJIAN KITAB;- KITAB SIYARUS SAALIKIN
Bersama :
SHEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-MALIKI
pada :
AHAD , 3 MEI 2009 ,
SABTU , 16 MEI 2009 &
AHAD , 17 MEI 2009
masa :
JAM 9.00 PAGI - 12.30 TGHR
tempat :
Dewan Solat Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya
SEMUA DIJEMPUT HADIR
SIAPA SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM? KLIK SINI
Catat Ulasan
taw2 syeikh ni... dy da wat pengajian kitab kt masjid Perda... Bekal Akhirat..
Respon AZIE:
Pengenalan Kitab Bekal Akhirat susunan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam AlBanjari AlMaliki
Kitab ini merupakan risalah kecil yang besar manfaatnya; dipermudah dan ditranslasikan oleh Syeikh Fahmi daripada Kitab Khulashah Syawariq al-Anwar karya Syeikh AlHabib Syed Muhammad Alawi AlMaliki.
Pada malam Khamis, 21 Syawal 1423H/ 25 Disember 2002M, Abuya AsSayed Muhammad Ibn Alawi AlMaliki AlHasani Rahimahumullah (meninggal dunia di Makkah alMukarramah pada 15 Ramadhan 1425H/ 29 Oktober 2003M)- Ulama besar dari Mekah berketurunan Rasulullah SAW telah datang berkunjung ke Pondok Derang (Maahad Tarbiyah Al-Islamiyah), Derang, Pokok Sena, Kedah.
Beliau (Abuya Sayed Muhammad) telah berkenan mengijazahkan beberapa amalan seperti yang terkandung dalam kitab beliau, Khulashah Syawariq al-Anwar.
Pada waktu tersebut, Abuya Sayed Muhammad memberi kepercayaan kepada muridnya, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (penyusun risalah Bekal Akhirat) bagi menerangkan maksud sanad talqin zikir-zikir tersebut.
Maka, disusunlah kitab yang diberi nama "Bekal Akhirat" ini atas isyarat Abuya Sayed Muhammad. Dan dimuatkan juga di dalamnya tambahan-tambahan yang dirasakan perlu.
.............................................
Dan pada siang harinya (keesokan hari), penulis telah dianugarahkan Abuya Sayed Muhammad gelaran beliau sendiri iaitu "Al-Maliki". Gelaran ini merupakan gelaran yang besar dan terhormat kerana ia merupakan satu pengiktirafan (pengakuan), dan kata Syeikh Fahmi, ia juga satu harapan mendapat syafaat dan perhatian khusus Abuya Sayed Muhammad juga nenda beliau, Rasulullah SAW pada hari kiamat nanti
(hanya ada 2 orang di Nusantara yg masih hidup yang saya ketahui mendapat gelaran "alMaliki" ini- syeikh Fahmi dan Syeikh Fuad Kamaluddin;-rujuk http://peminggirkota.blogspot.com/2009/05/sheikh-fuad-kamaluddin-al-maliki.html)
Risalah Bekal Akhirat ini mengandungi amalan-amalan harian seperti surah pilihan, zikir, hizib, selawat, doa, qasidah, wirid dan amalan tareqat.
Kiranya punya kesempatan tenaga dan waktu, pergilah ke majlis pengajian bersamanya.
Moga Allah memberkati usaha kita bersama