Mufti Perak; Benarkah Beliau Turut Bersubahat?
Kesal Dengan Hinaan Ke Atas Sohibus Samahah Datuk Seri Dr Harussani Zakaria
Tersentuh dengan situasi masyarakat umum di Malaysia. Khususnya yang dihadapi oleh institusi alim ulama dan Raja Berpelembagaan. Hanya disebabkan Sohibus Samahah Datuk Seri Dr Harussani Zakaria mengeluarkan penyataan yang kelihatan menyokong sesetengah pihak, lantas beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak munasabah. Hinaan, cacian serta kejian bagaikan mainan terhadap seorang ulama yang mengorbankan seluruh hidupnya ke arah penyatuan Islam. Seolah-olah, beliau tidak pernah berfungsi sebagai ulama yang memperjuangakan Islam dengan sesungguhnya.
Apakah kita melupakan jasa-jasa beliau dalam menentang isu Interfaith Commitee yang jelas satu usaha memurtadkan masyarakat Islam secara seluruh? Pandangan dan lontaran beliau dalam menangkis pandangan taksub pihak yang tidak bermazhab? Pada isu tersebut ternyata lebih tinggi kesannya kepada akidah umat Islam di bumi Malaysia ini khususnya. Atau kita lupa peranan Datuk Seri Dr Harussani Zakaria yang juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dipilih atas persetujuaan syura, bukan atas kepentingan diri.
Terkesan dengan sikap sebilangan kecil penyokong-penyokong parti politik yang bertaqlid buta tuntas menghukum Sohibus Samahah Datuk Mufti Perak dengan pelbagai gelaran dan hinaan. Saya berasa khuatir candu politik semakin meresapi pemikiran umat Islam. Bibit perpecahan sangat mudah ditiup, hatta pantas sahaja sesebuah isu berlaku, pelbagai tohmah dan fitnah segera bertebaran.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". [Al-Hujuraat : 6]
Asal sahaja tidak bersama dalam lingkaran sesebuah parti, pantas dijatuh hukum sesat atau tidak punya sifat nasionalis yang tinggi. Mengapa harus dibiarkan emosi menguasai akal? Matanglah dengan sifat tawadhhu kepada ALLAH SWT.
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri [Surah Luqman :18]
Sepatutnya kita lebih rasional dengan emosi yang terkawal dalam memberi kritikan. Kata-kata keji dan makian hanya mengeruhkan perhubungan. Apakah dengan cercaan mampu membendung permasalahan? Andai berlaku juga kurang faham terhadap maksud yang disampaikan, mengapa jalan pertemuan empat mata tidak didahulukan? Ketika kita sibuk memukul gendang perang sesama saudara, ada pula segelintir kumpulan bertepuk tangan melihatkan hasil usaha mereka memusuhkan kita sesama Islam.
(petikan cetusan sahabat kami, saudara Ikram Husin;- http://almukminun.blogspot.com/ ketika peristiwa Mufti Perak dicemuh ketika pergolakan politik dan rampasan kuasa mula berlaku di Perak)
Dahsyat..
Cemuhan orang ramai terhadap ulama ini.
Ada yang kata beliau mengaji tak tinggi mana.. ada yang kata beliau jadi penjilat orang 'kaya dan sebagainya. Astaghfirullah.
Kebiadaban terhadap ulama ini tak patut didiamkan. Saya cuba lanjutkan kekesalan ini kerana hinaan dan cemuhan terhadap beliau (ustaz Harussani) tak putus-putus sehingga ke hari ini; termasuk ketika pesta Jom Heboh dianjurkan di Lumut, Perak baru-baru ini.
Saya (Peminggir Kota) sempat menjengah laman2 blog mereka yang kurang adab ini. Juga menyatakan kekesalan saya dalam komentar pada blog mereka.
Persoalannya,apakah mereka yg mencemuh ini sebenarnya kenal akan Ustaz Harussani?
Apakah belajar ke luar negara merupakan indikator menilai keilmuawan seseorang? sedang ramai tok2 guru pondok kita yg tak pernah jejak kaki untuk belajar di luar negara, tapi punya keilmuwan yg sangat luas, ditambah hikmat (wisdom) kurniaan Allah kepada mereka.
Sememannya saya rasa kesal dengan tindakan kelompok 'berakal dangkal' ini. Pandangan mereka hanya bersisikan untung-rugi kepartaian lalu mereka katakan itu sebagai perjuangan Islam?
Islah perlu dilakukan dalam masyarakat Islam hari ini dari sudut kerangka berfikir yg benar. Islah perlu bersifat substantial (jawhariy), bukan sekadar superficial-cosmetic yang 'aradhiy. Pandangan sarwa yang kabur tentang Islam telah menatijahkan tindakan yg keanak-anakkan dan bengong.
Berhubung soal Konsert Sure Heboh atau Jom Heboh, memang Ustaz harussani telah menfatwakannya sebagai haram sejak pertama kali ia dilaksanakan di Ipoh (walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan menyangkal fatwa Ustaz Harussani dan menganggap ia sebagai pandangan peribadinya).
Kajian telah dibuat tentang kesan penganjuran Jom Heboh (Sure Heboh) ketika itu. Ternyata, kemudharatan mengatasi kebaikan.
Maka, menurut qaedah usul fiqh; "kemudharatan mesti dihapuskan" - bersandarkan kepada sabdaan Nabi Muhammad SAW,
"Tiada kemudharatan dan tiada jua yang dimudharatkan"
(hadis riwayat Malik, Baihaqi, Hakim, dan Dariqthini)
Maka, ketika itu, Negeri Perak tidak membenarkan TV3 menganjurkan Jom Heboh di Perak buat dua tahun berturut-turut sejak tahun 2004.
Malangnya, pada tahun 2006, Jom Heboh telah diadakan semula di Perak.
Saya (peminggirkota) secara peribadi telah bertemu dengan Ustaz Harussani sejak peristiwa Jom heboh dilaksanakan semula di Perak. Pada awalnya, guru saya Tuan Guru Haji Zaki Ahmad telah menceritakan kronologi ke arah penganjuran semula Jom Heboh di Perak dan beliau mendapat khabar tersebut daripada Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hasyim yg merupakan salah seorang peran aktif dalam tragedi tersebut.
"satu hari, pejabat Mufti menerima faks bagi menghadiri mesyuarat penganjuran Jom Heboh di Perak. Apakah mereka (kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato Tajol Rosli Ghazali) tak tahu pendirian Mufti Perak?"
Maka, kata tok Mufti kepada pembantunya (ustaz Zamri Hasyim), "ana tak pergi mesyuarat ni.. enta pergi"... tapi jangan duduk saja, LAWAN".. tercengang Ustaz Zamri. Lalu, malam itu, beliau kalut menyiapkan kertas kerja hujah membantah penganjuran Jom Heboh memandang kepada implikasinya terhadap masyarakat.
12 muka surat hujahnya!.
Hari mesyuarat; mesyuarat tu Ustaz Zamri Hasyim yang punya. Kerajaan Negeri kalah hujah. Mereka kata tangguh mesyuarat dan kata putus pada mesyuarat kedua.
tup,tup.. Jom Heboh muncul.. Tak dak mesyuarat kedua seperti yg dijanjikan.
Heboh, memang heboh..Perjuangan menentang maksiat tetap dijalankan. Mereka tak berputus asa. Segala lapangan digunakan sebaik mungkin bagi membangkitkan kesedaran ummat baik secara halus mahupun terang-terangan.
Perjalanan Dakwah diteruskan melalui lapangan Pejabat Mufti walaupun usianya telah melebihi tahap umur pencen atas titah tuanku.
Selepas Menteri besar dari PAS memerintah Perak, Jom Heboh dihentikan. Namun, belum pun lagi selesai kes 2 Menteri Besar Perak di mahkamah, kerajaan Perak di bawah pimpinan Dr Zambry abd Kadir telah membenarkan penganjuran Jom Heboh di Lumut.
Apakah dia tak tahu fatwa Ustaz Harussani? Jadi saya mempersoalkan tindakan beliau mencium tangan Ustaz Harussani seolah-olah satu lakonan sandiwara bagi memperlihat beliau sebagai seorang yg menhargai ulama sedang fatwa ulama tersebut tak diikutnya.
Apakah Ustaz Harussani bersubahat?
Perak, Tanah Tumpah Darahku.
29 April 2005
tebgah malam
Bandar Tasik Selatan
Catat Ulasan