TERKINI

Rujuk tag Majlis Ilmu pada ruang Kategori untuk perincian atau klik pada program di bawah.

--------------------------------------------------------------

PESTA BUKU

7 Disember 09 - 13 Disember 09

11 Disember 09 - 13 Disember 09

--------------------------------------------------------------

SEMINAR / SIDANG / KONFERENSI / SYARAHAN / CERAMAH / FORUM / DISKUSI

04 Disember 09


08 - 09 Disember 09

12 Disember 09


13 Disember 09

15 - 16 Disember 09

16 Disember 09

30 Disember 09

--------------------------------------------------------------

PENGAJIAN KITAB - BERTALAQI

13 & 27 Disember 09

--------------------------------------------------------------

KEBUDAYAAN

05 Disember 09

--------------------------------------------------------------

PERTANDINGAN

03 Disember 09

--------------------------------------------------------------


Intelektual VS Intelektuil (Siri 1 – Fir’aun)

on Isnin, 2009 Disember 07

Intelektual VS Intelektuil (Siri 1 – Fir’aun)






Dalam sejarah ketamadunan manusia, intelektual berperanan mencorak pola dan hala tuju  sesebuah negara. Namun, tidak kita nafikan, hidup ini satu perjuangan dan perjuangan menuntut pengorbanan. Intelektual yang sejati pastinya menghadapi pelbagai kendala, tribulasi, kepayahan, dan bermacam ancaman. Pastinya, para pemerintah yang zalim, kuku besi yang tirani takkan pernah senang dengan para intelektual sejati .


Dalam konteks Malaysia, kita punya tokoh-tokoh pemikir dan intelektual bertaraf antarabangsa. Sebagai contoh, seorang ilmuwan dan ahli falsafah terkemuka, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (Prof. al-Attas) yang cukup dikenali dengan ketajaman daya fikirnya, keberaniannya melawan kelompok orientalis barat yang telah sekian lama memutarbelitkan fakta, keteguhannya mempertahan prinsip-prinsip kebenaran, dan juga kemampuannya melawan autoriti dan pemerintah zalim.


Akibatnya, tokoh yang hebat ini ditendang keluar dari institusi yang ditubuhkannya sendiri iaitu International Institute of Islamic Thought and Civilisations (ISTAC) dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Angkara “Si Mamak Bendahara” (kini bergelar TUN) yang “takut dengan bayang-bayang hidung sendiri”, dunia intelektual khususnya tertanya-tanya, mengapa perkara sebegini terjadi. Kisah kejahatan Mamak Bendahara ini terhadap intelektual seperti prof al-Attas bakal kami paparkan dalam siri-siri seterusnya. Sebelum itu, kita singkap dahulu perwatakan Sang Mamak Bendahara ‘si hidung tinggi’ dengan membuat perbandingan secara historik dengan “watak-watak intelektuil”(baca betul-betul; bukan intelektual) yang pernah wujud dalam sejarah dunia.


Fir’aun. Raja Mesir yang bermaharajalela dengan kuasa dan kekayaan itu merasa tergugat dengan kemunculan Musa (a.s) sebagai pemimpin yang kian popular di kalangan kaumnya. Untuk membendung arus sokongan rakyat dari terus mengalir ke pihak Musa (a.s.), Fir’aun bertindak dengan mengeksploitasi kebodohan rakyat, mengabui mata mereka dengan mempamerkan kehebatannya sebagai pemilik kerajaan dan bumi Mesir dengan segala sungai-sungainya. Sementara itu Nabi Musa (a.s) dihinanya sebagai orang yang tidak punya apa-apa, malah berbicara pun tidak petah. (al-Zukhuf: 51-56)


Rakyat yang berfikiran singkat dan telah rosak jiwa dan mindanya memang mudah terpedaya dengan propaganda gaya Fir’aun itu. Apa lagi Fir’aun memang selamanya menggunakan kuasa dan kekayaannya untuk melaksanakan dan membiayai program-progam menyesatkan rakyat. Memperbodoh dan mengelirukan rakyat masa memang menjadi amalan lumrah kalangan penguaas diktator zalim di mana-mana. Ini mereka lakukan dengan cara menguasai media dan menutup semua saluran maklumat sehingga mereka tidak mengetahui fakta-fakta yang sebenar dan tidakberminat untuk mencarinya, cukup dengan menelan apa sahaja yang disogokkan. Dengan demikian mudahlah mereka dibuli dan diperalat, dikerah dan diarah mengikut telunjuk para penguasa.


Tidak cukup dengan mengongkong pemikiran rakyat massa, Fir’aun berusaha untuk menguasai dan memperalat golongan "cendekiawan" yang terdiri dari kalangan ahli-ahli sihir. Ini lakukan dengan menawarkan ganjaran yang lumayan kepada mereka yang sedia memberikan khidmat memperkukuh kekuasaan Fir’aun. Dengan motif merebut ganjaran lumayan itulah mereka menyanggupi tugas melawan mu’jizat Nabi Muasa (a.s). Tetapi setelah kalah dalam perlawanan itu mereka membuka mata, menginsafi bahawa mereka berhadapan dengan kebenaran dan kuasa Tuhan yang sebenarnya, lalu mengambil keputusan untuk menerima hakikat tersebut. Mereka beriman dengan Nabi Musa (a.s.) dan bersedia menghadapi risikonya iaitu kemurkaan dan penganiayaan Fir’aun.


Seperti yang memang telah diduga, Fir’aun menjadi berang apabila mereka mengambil keputusan memihak kepada Musa (a.s) tanpa terlebih dahulu mendapatkan izinnya. Tetapi siksaan kejamnya tidak juga dapat mengubah pendirian ahli-ahli sihirnya itu (al-A‘raf: 113-126). Rupa-rupanya masih ada kelompok yang tidak dapat diperbodoh kerana memang mereka tidak bodoh. Meskipun tadinya mereka berhasrat mencari untung, tetapi apabila berhadapan dengan isu hak dan batil, benar dan salah, mereka tidak sanggup mengkhianati suara nuraninya sendiri. Mereka masih setia kepada etik keilmuan bahawa kebenaran tidak harus ditundukkan kepada kemahuan politik (penguasa).


Demikianlah kuasa sebesar manapun dan harta sebanyak manapun tidak dapat memuaskan nafsu seorang Fir’aun. Setelah tidak puas menjadi raja, Fir’aun seperti Namrud, bernafsu menjadi tuhan. Ia mahu agar rakyat tidak hanya merajakannya, tetapi mempertuhankannya. Kepada para pendukungnya ia selalu berkata, "aku tidak nampak ada tuhan lain bagi kamu selain aku!" (al-Qasas:38). Para pengampu yang mengamalkan politik "asal bapak senang" memang tidak pernah keberatan memberikan sokongan, malah tepukan gemuruh kepada kata-kata seperti itu meskipun tidak masuk akal.


Selama masa yang barangkali cukup lama Fir’aun bermaharajalela sehingga Nabi Musa (a.s.) yang banyak menderita akibat angkaranya, pada suatu ketika mengadu kepada Tuhan, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah berikan segala macam perhiasan dan kekayaan kepada Fir’aun dan orang-orangnya, Ya Tuhan kami, mereka (telah menyalahgunakan anugerah-Mu) untuk menyesatkan (dan menyelewengkan orang) dari jalan (petunjuk)-Mu" (Yunus:98). Kesempatan yang berikan kepada Fir’aun untuk merajalela tidak bererti Tuhan merestuinya. Sebaik-baik sahaja kezalimannya mencecah tahap yang ditentukan, Tuhan merentapnya tanpa sebarang amaran lagi. Tiba-tiba dalam sekelip mata Fir’aun hilang tenggelam diperut laut. Kisahnya diabadikan dalam al-Qur’an sebagai tugu sesuatu puncak kezaliman dalam sejarah kemanusiaan, untuk dijadikan iktibar buat generasi zaman mendatang.


Apakah akan tiba masanya untuk Sang Mamak Bendahara menerima akibat yang sedemikian?

Bersambung siri 2.



syarahan perdana prof al-attas 

Biografi Prof. DR. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (2)

on Rabu, 2009 Disember 02





Syed Muhammad al Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al Attas (Bogor5 September 1931) adalah seorang cendekiawan dan failasuf muslim saat ini dari Malaysia.Beliau menguasai teologi, falsafah, metafisik, sejarah, dan bahsa & kesusasteraan. Ia juga menulis pelbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, falsafah, dan kesusasteraan Melayu.

Pendidikan
Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bogor, Indonesia. Ia menempuh pendidikan dasar pada usia 5 tahun di JohorMalaysia, namun saat pendudukan Jepun ia pergi belajar ke Jawa untuk belajar Bahasa Arab di Madrasah Al-`Urwatu’l-wuthqa.
Setelah Perang Dunia II pada tahun 1946 ia kembali ke Johor untuk menyelesaikan pendidikan menengahnya. Ia tertarik dan mempelajari sastra Melayu, sejarah, dan kebudayaan Barat. Saat kuliah di Universitas Malaya, al-Attas menulis Rangkaian Ruba`iyat, sebuah karya literatur, dan Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays. Dari sini ia melanjutkan pelajaran ke the Institute of Islamic Studies di McGill UniversityMontrealKanada. Tahun 1962 Al-Attas menyelesaikan pasca sarjananya di sini dengan thesis Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh. Al-Attas kemudian melanjutkan pengajian ke School of Oriental and African StudiesUniversity of London di bawah bimbingan Professor A. J. Arberry dari Cambridge dan Dr. Martin Lings. Thesis doktornya (1962) adalah studi tentang dunia mistik Hamzah Fansuri.
Pada 1987, Al-Attas mendirikan sebuah institusi pendidikan tinggi bernama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Kuala Lumpur. Melalui institusi ini Al-Attas bersama sejumlah sahabat dan mahasiswanya melakukan kajian dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam, serta memberikan respons yang kritis terhadap Peradaban Barat.

Karya al-Attas

  • (1970The Correct Date of the Terengganu Inscription, Kuala Lumpur Museum Department.
  • (1975Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s Hujjat au’l Siddiq: A Refutation, Kuala Lumpur Museum Department.
  • (1978Islam and Secularism ISBN 983-99628-6-8
  • (1980The Concept of Education in Islam
  • (1988The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the `Aqa’id of al-Nasafi
  • (1989Islam and the Philosophy of Science, Kuala Lumpur: ISTAC, 2001)
  • (1990The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul
  • (1990On Quiddity and Essence
  • (1990The Intuition of Existence
  • (1992The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality
  • (1993The Meaning and Experience of Happiness in Islam, Kuala Lumpur: ISTAC, 1998)
  • (1994The Degrees of Existence
  • (1995Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam
  • dan banyak lagi...


--- wikipedia

Biografi Prof. DR. Syed Muhammad Naquib Al-Attas





 Biografi Prof. DR. Syed Muhammad Naquib Al-Attas


1. Sejarah Hidup dan Riwayat Pendidikannya
Prof. DR. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, dilahirkan di dibogor, Jawa Barat, pada tanggal 5 september 1931. Beliau merupakan adik kandung kepada Prof. DR. Hussein Al-Attasseorang ilmuwan dan pakar sosiologi di Univeriti Malaya, Kuala Lumpur. Ayahnya bernama Syed Ali bin Abdullah AL-Attas, sedang ibunya bernama Syarifah Raguan Al-Idrus, keturunan kerabat raja-raja Sunda Sukapura, Jawa Barat. Ayahnya berasal dari Tanah Arab (keturunan Hadrami - Arab hadramaut, Yaman) yang salasilahnya merupakan keturunan ulama dan ahli tasawuf yang terkenal dari kalangan sayid.


Latar belakang pendidikan (formal) Prof. DR. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (selanjutnya akan disebut Al-Attas), yang kami ketahui bermula sejak beliau berusia 5 tahun. Ketika beliau berada di Johor Baru, tinggal bersama dan di bawah didikan saudara ayahnya Encik Ahmad, kemudian dengan Ibu Azizah hingga perang dunia kedua meletus. Pada tahun 1936-1941, ia belajar di Ngee Neng English Premary Schoool di Johor Baru. Pada zaman Penjajahan Jepun, beliau kembali ke Jawa Barat dan menetap di sana selama 4 tahun. Ia belajar agama dan bahasa Arab Di Madrasah Al-Urwatul Wutsqa di Sukabumi, Jawa Barat Pada tahun 1942-1945. Tahun 1946 ia kemabali lagi ke Johor Baru dan tinggal bersama saudara ayahnya Engku Abdul Aziz (menteri besar Johor waktu itu), lalu dengan Datuk Onn yang kemudian juga menjadi Menteri Besar Johor (Dato Onn merupakan Presiden UMNO pertama). Pada tahun 1946, Al-Attas melanjutkan pelajaran di Bukit Zahrah School dan seterusnya di English College Johor Baru tahun 1946-1949. Kemudian, beliau menyertai angkatan tentera (1952-1955) sehingga pangkat Letnan. Namun, kerana kurang berminat akhirnya beliau keluar dari tentera dan melanjutkan kuliah di University Malaya tahun 1957-1959, seterusnya melanjutkan pelajarannya di Mc Gill University, Montreal, Kanada, dan mendapat gelar M. A. Tidak lama kemudian, beliau melanjutkan lagi pada program pascasarjana di University of London tahun 1963-1964 hingga mendapat gelar Ph. D.


2. Corak pemikiran pendidikan Al-Attas
Apabila ditelaah dengan cermat, format pemikiran pendidikan yang ditawarkan oleh Al-Attas, tampak jelas bahwa dia berusaha menampilkan wajah pendidikan Islam sebagai suatu sistem pendidikan terpadu.


Hal tersebut dapat dilihat dari tujuan pendidikan yang dirumuskannya, yakni tujuan pendidikan yang dirumuskannya, iaitu tujuan pendidikan dalam Islam harus mewujudkan manusia yang baik;- manusia universal (Al-Insan Al-Kamil). Insan kamil yang dimaksudkan adalah manusia yang bercirikan: 


pertama; manusia yang seimbang, memiliki keterpaduan dua dimensi kepribadian; 


a) dimensi isoterik-vertikal yang intinya tunduk dan patuh kepada Allah dan 
b) dimensi eksoterik, dialektikal, horisontal, membawa misi keselamatan bagi lingkungan sosial alamnya. 


Kedua; manusia seimbang dalam kualiti fikir, zikir dan amalnya (achmadi, 1992: 130). Maka untuk menghasilkan manusia seimbang yang punya ciri-ciri tersebut merupakan suatu ketentuan adanya upaya maksima dalam mengkondisi terlebih dahulu paradigma pendidikan yang terpadu dan integral.


Indikator lain yang menegaskan bahawa paradigma pendidikan yang ditawarkan Al-Attas menghendaki terbentuknya sistem pendidikan terpadu ialah; tertuang dalam rumusan sistem pendidikan yang diformulasikannya, yang mana tampak sangat jelas upaya Al-Attas untuk mengintegrasikan ilmu dalam sistem pendidikan Islam, artinya Islam harus menghadirkan dan mengajarkan dalam proses pendidikannya tidak hanya ilmu-ilmu agama, tetapi juga ilmu-ilmu rasional, intelek dan falsafah.


Dari deskripsi di atas, dapat dilacak bahwa secara makro, orientasi pendidikan Al-Attas adalah mengarah pada pendidikan yang bercorak "moral religius" yang tetap menjaga prinsip keseimbangan dan keterpaduan sistem. Hal tersebut terlihat dalam konsepsinya tentang Ta'dib (adab) yang menurutnya telah mencakup konsep ilmu dan amal. Di situ dipaparkan bahawa setelah manusia dikenalkan akan posisinya dalam tatanan kosmik/ jagatraya lewat proses pendidikan, ia diharapakan dapat mengamalkan ilmunya dengan baik di masyarakat berdasarkan adab, etika dan ajaran agama. Dengan bahasa yang berbeza dapat dikatakan bahawa penggunaan ilmu pengetahuan dan teknologi harus dilandasi pertimbangan nilai-nilai dan ajaran agama.


Hal itu merupakan indikator bahawa pada dasarnya paradigma pendidikan yang ditawarkan Al-Attas lebih mengacu kepada aspek moral-transendental (affective) meskipun juga tidak mengabaikan aspek kognitif (sensual–logis) dan psikomotorik (sensual-empiris). Hal ini relevan dengan aspirasi pendidikan Islami, yakni aspirasi yang bernafaskan moral dan agama. Kerana dalam taksonomi pendidikan Islami, dikenal adanya aspek transendental, iaitu domain iman disamping tiga domain kognitif, afektif dan psikomotorik yang dikembangkan B.S.Bloom dkk. (Muhaimin, 1991 : 1971: 72-73). Domain iman amat diperlukan dalam pendidikan Islami, kerana ajaran Islam tidak hanya menyangkut hal-hal rasional, tetapi juga menyangkut hal-hal yang supra-rasional, dimana akal manusia tidak akan mampu menangkapnya, kecuali didasari dengan iman, yang bersumber dari wahyu, yaitu Al-Qur'an dan Al-Hadis. Domain iman merupakan titik sentral yang hendak menentukan sikap dan nilai hidup peserta didik, dan dengannya pula menentukan nilai yang dimiliki dan amal yang dilakukan.




Festschrift “KNOWLEDGE, LANGUAGE, THOUGHT AND THE CIVILIZATION OF ISLAM: Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib al-Attas”


Festschrift 

KNOWLEDGE, LANGUAGE, THOUGHT AND THE CIVILIZATION OF ISLAM
Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib al-Attas






Edited by Wan Mohd Nor Wan Daud and Muhammad Zainiy Uthman
Published by Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Price: RM 89 





(To purchase the festschrift, please attend our HAKIM and PKPIM “Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.” Details of this event can be found here.)







Title of the essays included in the festschrift:
1. AL-ATTAS: A REAL REFORMER AND THINKER
Wan Mohd Nor Wan Daud

2. RE-ISLAMISING THE WORLD
Ali Alawi

3. SHIFTS OF LANGUAGE AND TURNS IN WORLDVIEW:
Naquib Al-Attas’ Perspective
Ahmad Kazemi Moussavi

4. REFLECTIONS ON AL-ATTAS’ CONCEPTION OF THE ISLAMIC UNIVERSITY:
Implications for Academic Freedom, Institutional Autonomy and Philosophy of Education in South Africa
Yusef Waghid

5. THE NEGOTIATION OF MODERNITY THROUGH TRADITION IN CONTEMPORARY MUSLIM INTELLECTUAL DISCOURSE:
The Neo-Ghazalian, Attasian Perpsective
M. Afifi al-Akiti and H. A. Hellyer

6. ILLUMINATIVE KNOWLEDGE IN MAWLANA RUMI
Bilal Kuspinar

7. KANT AND GHAZALI ON HUMAN NATURE:
A Comparative Philosophy of Man
Alparslan Acikgenc

8. DIALOGUE OF CIVILIZATIONS THROUGH THE CORRIDORS OF FAITH AND MIND:
Some thoughts concerning the philosophy of Syed Muhammad Naquib al-Attas and its contribution for proper understanding ofConditio Humana
Fred Muhic

9. PROLEGOMENA TO WEST AND EAST:
Kant and Ibn Khaldun
Ernest Wolf-Gazo

10. CHALLENGES FOR EDUCATION IN THE AGE OF GLOBALIZATION
Marietta Stepanyants

11. EVOLUTION:
The Epitome of the Emerging Contemporaneous Global Civilization
Saban Teoman Durah

12. SCIENCE IN ADAB LITERATURE
Paul Lettinck

13. SCIENCE CONNECTING SCHOLARS AND CULTURES IN KHWARAZM:
The Case of Khwarazmshah Ma’mum Ibn Ma’mun
Hans Daiber

14. SOME REMARKS ON THE WAKF INSTITUTION IN THE OTTOMAN EMPIRE
Mehmet Ipsirli

15. ISLAMIC CAPITALISM AND THE WEST
Murat Cizakca

16. AL-ATTAS’ CONCEPT OF HAPPINESS:
A Reflection on the Contemporary Meaning of Development
Amer Al-Roubaie

17. THAI-IRANIAN RELATIONS IN HISTORY:
A Glance at the Persian Community in the Ayutthaya Kingdom
M. Ismail Marcinkowski

18. THE NAME AND THE NAMED:
On the Extent of Hamzah Fansuri’s Renown in the Malay Indonesian World (Notes and Materials)
Vladimir Braginsky

19. SUFISM AND ARCHITECTURAL ART IN THE MALAY WORLD
Md. Salleh Yaapar

20. CONCERNING ONE NAME MENTIONED IN THE TUHFAT AL-NAFIS:
Two Interesting Revelations
Tatiana Denisova

21. THE CORRECT DATE OF THE TERENGANU INSCRIPTION:
Reconfirmed using Astronomical Computer Programs
Muhammad Zainiy Uthman and Azlan Hashim

Tentang filem ‘2012’

on Selasa, 2009 Disember 01



2012
Sejak akhir-akhir ini heboh diperkatakan bahawa berakhirnya kehidupan dunia adalah pada 2012. Visualisasi melalui sebuah filem Hollywood yang diberi nama ‘2012’ kini menjadi perbincangan hangat masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Berita kiamat yang bersumber dari Kalender Maya dianggarkan terjadi pada 21 Desember 2012.
Dasar hujahan kiamat akan datang pada 2012 adalah sekali dalam setiap 25,800 tahun. Matahari sejajar dengan pusat Bima Sakti yang menandakan matahari berada di titik terendah kaki langit. Peristiwa itu akan terjadi pada 21 Desember 2012.
Pendapat tersebut diyakinkan oleh pakar astronomi bahawa penjajaran atau gangguan magnetik boleh menimbulkan pergeseran kutub. Diperkirakan pergeseran kutub-kutub itu berlangsung selama satu juta tahun.
Dalam karya Arguelles berjudul "The Mayan Factor: Path Beyond Technology" (Bear & Company, 1973) diungkapkan bahawa sistem kalender suku Maya mencatatkan, akan terjadi putaran besar (the great cycle) yang dijangka lima ribu dua tahun lebih pada galaksi tata suria, iaitu waktunya dari 3113 Sebelum Masihi (SM) hingga 2012 Masihi.
Kalender hitungan milik suku Maya dimulai pada tahun 3113 SM hingga 2012 Masihi. Kalender ini menandakan putaran 394 tahun sebagai Baktun. Angka tiga belas adalah angka penting dan genting bagi kaum Indian Maya. Suku ini memercayai Baktun ke-13 berakhir sekitar 21 Disember 2012.
Filem 2012 memperlihatkan gambaran datangnya kiamat berbentuk gempa bumi, hujan meteor dan gelombang tsunami yang mencampakkan sebuah kapal induk ke Rumah Putih, kediaman Presiden Amerika Syarikat.
Filem karya Roland Emmerich itu menghadirkan kesan khas (special effect) yang menarik dengan visualisasi lapisan bumi retak, tanah merekah dan bergoncangan di mana-mana. Imbasannya memperlihatkan kesan domino yang tragis iaitu gedung-gedung ranap, jalan-jalan bersimen dan berturap habis hancur, menghentam setiap kenderaan yang bergerak di atasnya. Kejadian itu merupakan efek gempa bumi maksimum berskala 13 Richter.
Selanjutnya terjadi hujan meteor berdiameter 3-6 meter yang jatuh dari awan di langit biru. Hentamannya menimbulkan getaran maha dahsyat sehingga menimbulkan lubang-lubang di tanah.
Kesan susulan daripada hujan meteor itu adalah permukaan laut menaik, menimbulkan gelombang setinggi ribuan meter. Dahsyatnya hujan meteor hingga puncak Himalaya pun tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya.
Sebelumnya, Emmerich menggarap sejumlah filem penuh efek lainnya, seperti Independence Day, The Day After Tomorrow, dan 10,000 BC.
Ramalan ilmiah
Sebelum berjaya diangkat ke layar perak, perbincangan tentang kiamat 2012 di mulakan dengan penerbitan buku-buku yang memiliki kekuatan menyingkap rahsia yang akan terjadi pada tahun tersebut. Buku itu antara lain: "Apocalypse 2012: An Investigation into Civilization' s End", "2012: Mayan Year of Destiny", "Beyond 2012: Catastrophe or Awakening?", "2012: Science or Superstition", "The Mystery of 2012: Prediction, Prophecies and Possibilities", "How To Survive 2012", "Unlocking the Secrets of 2012", dan "Fractal Time: The Secret of 2012 and a New World Age". Daripada sejumlah buku di atas, buku "Apocalypse 2012: An Investigation into Civilization' s End" karya Lawrence E Joseph telah diterjemahkan ke dalam versi Bahasa Indonesia oleh penerbit Gramedia.
Sumber penulisan buku ini oleh penulisnya berasal dari sejumlah hasil seminar, jurnal ilmiah dan sejumlah temuan misi luar angkasa NASA (badan angkasa Amerika Syarikat) dan ESA (badan angkasa Eropah) serta wawancara dengan para pakar fizik dan ilmuwan luar angkasa yang sedang demam 2012.
Berdasarkan buku tersebut, bolehlah dikatakan bahawa penulisannya mengungkapkan akan terjadinya peristiwa alam maha dahsyat pada 2012 yang dapat disebut sebagai Hari Kiamat. Bencana itu disebabkan oleh berbagai-bagai faktor seperti radiasi (cahaya) panas matahari, kesan badai awan dan bintang, perubahan drastik yang terjadi di muka bumi kerana pemanasan global, pergeseran medan magnet bumi, koyaknya perisai magnet bumi dan hentaman antara planet hingga berkecai. Penulis buku tersebut bukan hanya mengetengahkan cerita Hari Kiamat berdasarkan ramalan suku Maya, juga mengajak pembaca berkelana memasuki rahsia bumi, alam semesta, matahari, sistem suria, galaksi, dan luar angkasa.
Buku-buku lain mengkhabarkan peristiwa terputusnya pancaran dari pusat galaksi yang akan merosakkan mekanisme normal sistem suria dan bumi. Kesannya adalah dislokasi dalam skala global berupa bencana kerana terjadinya pergeseran konfigurasi planet walaupun kecil.
Apabila bencana itu datang, diperkirakan tidak semua permukaan bumi akan luluh hancur sehingga menyebabkan kehidupan manusia menjadi musnah. Para ilmuan dan astronomi sedang merancang senario terburuk, termasuk dengan pendekatan ilmu kesihatan darurat. Tugas para ilmuan bukan saja berupaya menyingkap rahsia alam semesta, tetapi juga berupaya meramal dan mencari alternatif jalan keluarnya secara ilmiah.
Kini para ilmuan sedang mencari jawapan mengenai hubungan titik matahari dan ledakan-ledakan matahari dengan fenomena yang terjadi di muka bumi seperti gempa, badai, letusan danau dan pelbagai angin taufan. Pada dekad 1970-an, lebih daripada 10 satelit penelitian matahari diluncurkan sejak Helios I dan II menjelajah angkasa. Majoriti satelit tersebut dikirimkan oleh NASA dan ESA.
Pada tahun 1980, dikirim lagi misi Maksima Matahari bertujuan mengamati aktiviti suria pada puncak jangka titik matahari. Sedangkan pada tahun 1990 diluncurkan satelit Ulysses dengan tujuan khusus pada bahagian tertentu spektrum matahari seperti sinar -X, ultraviolet dan angin suria.
Satelit sebesar kenderaan BMW itu, dengan kelajuan 56,000 kilometer sejam, telah menempuh perjalanan hampir 8.85 juta kilometer atau sepadan dengan tiga kali putaran orbit matahari. Satelit ini mengakhiri tugasnya pada Jun 2009 lalu yang ditaja NASA dan ESA. Lebih daripada 1,000 artikel ilmiah dan dua buku dihasilkan daripada informasi yang diperoleh Ulysses.
Misi Ulysses berjaya mengungkap adanya angin suria dan faktor-faktor penyebabnya, selain mendalami partikel-partikel yang dipancarkan oleh matahari ke seluruh sistem suria. Ternyata aliran kuat partikel-partikel subatom yang memancar dari matahari hingga lebih satu kilometerl sejam berkurang hingga level terendah dalam 50 tahun terakhir.
Data berharga lainnya adalah info mengenai kawasan kutub matahari, debu angkasa di sistem suria, planet Jupiter dan objek transitnya. Info baru yang boleh diketahui manusia adalah soal heliosfer.
Heliosfer adalah selubung pelindung yang dihasilkan matahari melalui anginnya kepada bumi dan tujuh planet lain yang mengitarinya. Angin suria itu berperanan menyapu radiasi dan sinar kosmik yang datang dari galaksi lain.
Secara teori, heliosfer yang semakin lemah akan membuatkan masuknya sinar kosmik ke dalam sistem suria dan akan menjadi semakin besar. Radiasi sinar kosmik yang semakin kuat tentu membahayakan para angkasawan ketika berada di luar angkasa.
Ramalan lain daripada para ilmuan adalah bakal terjadinya badai matahari dahsyat yang belum pernah terjadi dalam sejarah pada 2012 nanti. Seorang ilmuan dari Lembaga Penerbangan dan Angkasawan Nasional (LAPAN) di Indonesia, Bambang S Tedjakusuma mengetengahkan, yang akan muncul pada sekitar 2011-2012 adalah badai matahari.
Ramalan ini berdasarkan pemantauan pusat pemantau cuaca angkasa pada beberapa negara semenjak tahun 1960-an di Indonesia oleh LAPAN sejak tahun 1975.
Badai kecil matahari pernah terjadi pada 4 November 2003 yang mengakibatkan saluran telekomunikasi seluruh dunia mengalami gangguan. Di Amerika Syarikat kala itu muncul sinar kutub yang sangat luas di California, sedangkan di Sweden sekitar 500 ribu penduduknya tidak memperoleh kemudahan aliran elektrik. Isyarat awal badai matahari adalah bintik matahari yang akan terus meningkat pada tahun-tahun mendatang.
Sebagai satu ramalan, peristiwa itu boleh saja terjadi atau sebaliknya boleh tidak terjadi. Tugas para ilmuan adalah menyedarkan masyarakat dan mengingatkan pemerintah agar mempersiapkan langkah yang akan terjadi berbentuk penyiapan sistem kesihatan darurat agar tidak memakan korban jiwa dan kerugian material yang banyak.
Pada umumnya ada tiga langkah dalam sistem kesihatan darurat iaitu alert sign (meningkatkan kepedulian bencana), warning sign (meningkatkan perhatian terhadap tanda bersiap sedia) dan alarm sign (tindakan segera terhadap bahaya bencana).
Walaupun filem ini digarap dalam bentuk fiksyen, ia menyerlahkan keyakinan manusia bahawa alam ini suatu hari nanti pasti akan musnah. Kajian-kajian dan pemerhatian secara saintifik mendorong mereka membuat ramalan bahawa 21 Disember 2012 adalah tarikh hari besar tersebut.
Jadi, apakah sikap kita?
Setakat mempercayai bahawa alam ini akhirnya akan musnah sesungguhnya selari dengan keyakinan kita, umat Islam, yang beriman kepada hari akhirat. Namun, waktu sebenarnya berlaku kiamat itu tetap berada dalam pengetahuan Allah yang Maha Mengetahui. Tugas kita di dunia hanyalah terus menjadi hamba dan khalifah-Nya, terus mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Maksudnya, kehidupan mesti diteruskan sesuai dengan tuntutan Ilahi, bukan asyik berkeluh kesah mendengar ramalan itu dan ini.
Ingatlah pesanan Rasulullah sallallahualaihi wasallam:
“Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku hari kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut.”