Halloween Costume ideas 2015
MPS

Wacana Intelektual



Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh

Moga saudara saudari Tuan Puan berada di bawah lembayung Iman dan Iltizam Islam
Grup Jil (Generasi) Salahuddin Al-Ayyubiy (GJSA), sebuah grup pemikir muda akan menganjurkan wacana intelektual bagi mengupas secara intensif sebuah kajian daripada buku bertajuk “Hakadza Zhahara Jailu Salahuddin wa Hakadza `adat al-Quds” karya Dr Majid Irsan Kaylani. Buku tersebut telah pun di alih bahasa dalam Bahasa Melayu dan diberi judul “Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Quds ke Pangkuan Islam” -diterbitkan oleh Thinkers Library pada tahun 2000 (terbitan pertama).

Usaha penganjuran wacana ini juga sebagai langkah memberi kefahaman mendalam dan mendasar tentang perjuangan mengembalikan semula Palestin dan Al-Quds ke pangkuan umat Islam.


Sehubungan dengan itu, kami bercadang mengadakan tiga siri wacana dengan kupasan buku kajian tersebut. Penyertaan dibuka kepada semua penuntut di IPT, pensyarah dan orang awam yang berminat. Justeru, Kami mengharapkan penyertaan yang ramai sedari wacana pertama supaya kesinambungan perbincangan dapat diwujudkan.
Tarikh dan tempat akan diberitahu kemudian (tempat di sekitar Lembah Klang). Yang pasti, kemungkinan besar 3 siri wacana tersebut akan diadakan dalam bulan April, Mac dan Jun.

Kami pohon supaya mereka yang berminat dapat memberikan maklum balas (nama,umur,pekerjaan/IPT,jurusan,alamat perhubungan,emel, no telefon bimbit)& bagi penuntut di IPT, pohon diberitakan bila tarikh peperiksaan dan cuti semester.

Maklum balas/pertanyaan :-

Saudara Fazril Saleh ; Koordinator Taadib & Tadabbur GJSA

(emel- fazrilsaleh@gmail.com / sms sahaja – 0132775313)



InsyaAllah, moga usaha kita dapat keberkatan daripada Allah Taala

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget