Halloween Costume ideas 2015
MPS

Merayakan Mawlid - Mufti Mesir

Sesungguhnya menyambut dan merayakan Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. dengan niat untuk ingat kepada baginda dan membesarkan baginda adalah satu amalan yang besar dan dipandang utama oleh para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Para ulama kita menyatakan bahawa amalan ini adalah satu qurbah kepada Allah s.w.t dan kekasihNya s.a.w. Memandangkan kebanyakan umat Islam di dunia ini adalah pengikut Ahlus Sunnah wal Jama`ah, maka kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. terus dimuliakan dan diingati, alhamdulillah. Pandangan dan selaran pihak tertentu terus tenggelam ditelan kebenaran.

Kelahiran Nabi SAW merupakan suatu Rahmat yang mesti sentiasa kita ingati setiap saat dan ketika. Rahmat yang mesti kita syukuri, rahmat terbesar anugerah Ilahi. Alam dan segala isinya turut bergembira ketika tibanya cahaya Sang Nabi, cahaya yang ditunggu-tunggu yang menerangi seluruh mayapada. Wajar dan amat wajar bagi kita untuk bersyukur dan berbangga kerana menjadi umat baginda, tetapi alangkah bahagianya bila baginda juga berbangga dengan kita sebagai umatnya. Bagaimana bisa kita menggembirakan Junjungan kita?

Perhatikanlah kalam Habib 'Ali al-Habsyi :-

Ceriakanlah wajah Nabimu dengan amalan sholeh

Jadikanlah sarana sambutan Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. sebagai wadah untuk menyemarakkan lagi kecintaan dan kerinduan kita kepada baginda. Teramat penting bagi kita selaku umat baginda untuk mengikuti, menuruti, mentaati segala perintah Junjungan Nabi s.a.w. dengan penuh mahabbah. Mahabbah kepada Junjungan akan menaiktarafkan darjat kita di sisi baginda kerana sesungguhnya Junjungan Nabi s.a.w.

Marilah kita tingkatkan amalan-amalan sholeh kita. Lidah kita lazimkanlah dengan ucapan zikir dan sholawat. Anggota-anggota kita dijaga dari segala maksiat. Nescaya Junjungan pasti akan berbangga mengaku kita sebagai umat baginda. Percayalah bahawa selagi nafas masih ada, jalan untuk membaiki diri masih terbuka. Maka jangan sia-siakan, kerana detik terakhir tiada kita ketahui bila ianya.


Syaikh 'Ali Jum`ah, mufti Mesir, adalah antara ulama kontemporer yang memandang baiknya amalan memperingati Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. Dalam karya beliau "al-Bayan" pada halaman 164 beliau menyatakan, antara lain:-

Mengadakan sambutan-sambutan peringatan Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. adalah daripada seutama-utama amalan dan sebesar-besar qurbah, kerana bahawasanya ia adalah luahan atau ungkapan atau ekspresi atas kegembiraan dan kecintaan kepada baginda s.a.w. Cinta mahabbah kepada Junjungan Nabi s.a.w. adalah satu dasar daripada dasar-dasar keimanan.

Dan telah shohih sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. yang menyatakan

:- "Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidaklah beriman seseorang daripada kamu (yakni tidak sempurna iman) sehinggalah jadi aku paling dikasihinya berbanding ayah dan anaknya".

Dan bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-

"Tidak beriman seseorang daripada kamu (yakni tidak sempurna iman) sehinggalah jadi aku yang paling dikasihinya berbanding anaknya, ayahnya dan manusia sekaliannya."

Allahu ... Allah, wahai ikhwah, hendaklah kita membesarkan majlis-majlis memperingati Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. dengan menjaga segala adab dan etika demi memuliakan makhluk Allah yang paling agung, Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Perhatikanlah wahai ikhwah akan kata-kata Syaikh `Ali yang menyatakan bahawa majlis-majlis peringatan mawlid Junjungan Nabi s.a.w. adalah min afdhalil a'maal wa a'dhzamil qurubaat.

Maka biaq pilah kat mereka-mereka yang mencemuh peringatan Mawlid Junjungan s.a.w. Apa yang terlebih pelik adalah ada manusia yang sanggup berbelanja untuk meraikan hari kelahiran dirinya atau isterinya atau anaknya, tetapi dalam masa yang sama memandang serong terhadap orang yang merayakan hari kelahiran Junjungan Nabi s.a.w.


Maka, dengan ini dengan berbesar hati menjemput tuan puan, saudara saudari ke majlis ilmu dan zikir:-


1) Majlis bersama Ulama` :- Al-‘Alamah Prof Dr Ali Jum’ah (Mufti Mesir)

Tarikh : 14 Rabiulakhir 1430H/ 10 April 2009
Tempat : Masjid Al-Falah USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya
Bermula : selepas Maghrib dengan bacaan Ratib Al-Haddad, diikuti solat Isyak & Ceramah oleh al-Fadhil Syeikh Ali Jum’ah

*maklumat terperinci ‘klik sini’



2) Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW dan Haul Syaikh Abdul Qadir al-Jilani

Tarikh : 15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
Tempat : Masjid Negara, Kuala Lumpur
Bermula : 4.30 petang – 9.30 malam

*maklumat terperinci ‘klik sini’



5 April 2009
2.31 pagi
Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Selangor
Labels:

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget