Halloween Costume ideas 2015
MPS

Al-Fadhil Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki



Al-Fadhil Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan Selatan sehingga Tingkatan 'Aliyah. Seterusnya beliau melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur.

Pada tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India, bersama dengan ulama' terkenal asy-Syaikh Abul Hassan ‘Ali an-Nadwi di Nadwatul Ulama', Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan langsung datang ke Malaysia dan berkhidmat di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah sehinggalah ke hari ini.
Pada tahun 1988, beliau berkesempatan berguru dengan asy-Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani dan juga as-Sayyid al-Habib Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, sehingga beliau dianugerahkan dengan gelaran keluarga "al-Maliki" pada tahun 2002.

Beliau juga merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Muarateweh, Kalimantan, Indonesia yang dibuka pada tahun 2001 dan 2003. Disamping itu, beliau adalah Ketua Umum Majelis Ulama' Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah untuk sessi 2004 – 2009.

Beliau juga aktif didalam penulisan. Antara kitab yang beliau susun adalah '40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman', '40 Hadis Penawar Hati' dan '40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama', 40 Nasihat Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi. Selain itu beliau juga telah mentahqiq dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama' silam Alam Melayu Nusantara iaitu kitab karangan asy-Syaikh Abdusshamad al-Falimbani seperti 'Sairus Salikin' (4 jilid) dan 'Hidayatus Salikin'. Al-Fadhil Syaikh juga aktif menterjemahkan kitab seperti, 'Bidayatul Hidayah' dan 'Ayyuhal Walad' karangan Imam Al-Ghazali, 'Bustanul Arifin' karangan Imam An-Nawawi dan Lamiyah Ibnu Wardi karangan Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi.

Beliau juga aktif mengajar secara bulanan di Lembah Kelang iaitu Kitab Hikam Ibn ‘Athoillah di Anjung Rahmat ABIM, kuliah Kitab Hidayatus Salikin di Masjid al-Falah USJ 9 dan kuliah Kitab Qul Hadzihi Sabili di Pusat Pengajian Ba'Alawi. Beliau juga mengadakan pengajian kilat untuk mengkhatamkan kitab-kitab seperti kitab Ayyuhal Walad, Bidayatul Hidayah, Bustanul ‘Ariffin dan-lain-lain.



Maka, dengan ini dengan berbesar hati menjemput tuan puan, saudara saudari ke majlis ilmu dan zikir:-

Tarikh : 16 Rabiulakhir 1430H/12 April 2009 (Ahad) - 9.00 Pagi
Lokasi : Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru : Ustaz Ahmad Fahmi bin ZamZam
Kitab : Sair as-Salikin

Tarikh : 16 Rabiulakhir 1430H/12 April 2009 (Ahad) - 7.00 malam
Lokasi : Pusat Pengajian Baalawi,Pusat Pengajian Ba’alawi-No.9, Jalan UP2A Prima Ukay, Kemensah [belakang Zoo Negara]
Tuan Guru : Ustaz Ahmad Fahmi bin ZamZam
Kitab : Kuliyah Maghrib bersama tetamu Dr. Ahmed Omar Hasyim, ulama dari Mesir

MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Catat Ulasan

kenapa dia xhafal quran mcm sheikh2 arab...syg betul....aku lbh hormat sudais dr dia ni

Semoga Allah selalu memberkahi beliau diberikan umur panjang agar dapat menurunkan ilmu sbyk2nya n seluas2nya. AMIN

adakah yg bercakap lebih baik dari syeikh??

Semoga ALLAH SWT melimpahkan segala rahmat serta ilmu agama islam yg baik & benar kpd belia & semoga beliau beserta keluarga & para sahabat selamat di dunia & di akhirat. . .Amin ya robbal alamin (mohon maaf jika ada salah kata)

Semoga ALLAH SWT melimpahkan segala rahmat serta ilmu agama islam yg baik & benar kpd belia & semoga beliau beserta keluarga & para sahabat selamat di dunia & di akhirat. . .Amin ya robbal alamin (mohon maaf jika ada salah kata)

Semoga ALLAH SWT melimpahkan segala rahmat serta ilmu agama islam yg baik & benar kpd belia & semoga beliau beserta keluarga & para sahabat selamat di dunia & di akhirat. . .Amin ya robbal alamin (mohon maaf jika ada salah kata)

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget