Halloween Costume ideas 2015
MPS

Yang Jelik Tak Kelihatan (3)

Maha Suci Allah yang telah menegur Kekasihnya, Nabi sallalLahu ‘alaihi wa sallam bilamana Baginda memalingkan wajahnya dari Ibnu Maktum yang buta dan tua. Maha Suci Alah yang telah menegur isteri Nabi tatkala mereka membisikkan amanah Nabi.

Ayat-ayat teguran itu termaktub dalam Kitab Suci al-Quran yang sehingga kini dibaca orang.

Mengapa kita perlu malu mengakui kesilapan?

Nabi dan keluarganya yang suci itu tidak menyembunyikan kesilapan. Kesilapan membawa kebaikan sebagai iktibar buat ummatnya.

Kesilapan adalah fitrah kerana di sana ada namaNya;- ‘al-Ghafur’ (Yang Maha Pengampun)

Tidak mahu mengaku kesilapan adalah menganggap dirinya sempurna dan itu merupakan suatu kesombongan.

“sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri...” (an-Nisa`: 36)

Iblis tak mahu mengakui kesilapannya apabila ditegur oleh Allah, maka ia terus melakukan kesilapan demi kesilapan.

Rendahkanlah dirimu kepada Allah dengan memperbanyakkan taubat dan akui diri banyak melakukan kesilapan. Kesilapan tidak akan menghancurkan kehidupan.

Jika kita melakukan kesilapan, katakana “ya”. Akui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulanginya. Beri peluang kepada diri, tapi bukan dengan terus angkuh dan menutup kesilapan diri dengan pelbagai helah.

Kesilapan adaah ubat dariNya untuk menembuhkan penyakit takabbur, riya`, cintakan dunia dan kemahsyuran dan sebagainya.

Para kekasih Allah lebih rela dicerca daripada dipuja. Mereka tahu pandangan hakiki itu bukan pandangan manusia, tapi pandangannya Allah. Mereka bukan cinta sanjungan manusia, hanya cinta Allah yang dicari.

Jangan rasa maruah telah jatuh apabila mengakui kesilapan.

Sebenarnya maruah dirimu lebih berharga apabila kau bangun berterus terang mengakui kesilapan, bangun dengan menyapu segala debu sama ada yang di hadapan ataupun yang dibelakang.

Orang yang tak pernah jatuh tidak akan tahu ada debu di belakangnya, kerana ia hanya melihat di hadapan. Ramai para kekasih Allah adalah mereka yang bangun dari lumpur kesilapan.


Awaslah, tenggelam dalam kepujian dan sanjungan amat berbahaya kepada hati.
Sang monyet jatuh dari pohon yang tinggi kerana terlena dengan angin yang lembut.

Hati yang tidak benar-benar tenggelam dengan Allah akan binasa. Makin subur sifat takabbur, riya`, cintakan pengikut, munafik dengan sifat sebenar dan terbuka luas pintu duniawi yang menyeretmu kepada kelalaian. Ia akan terlena dengan pujian, merasa dirnya sudah sempurna, tidak boleh ditegur, malah lebih bahaya lagi ia merasa aman dari mrka Allah.

Ketahuilah, bahawa kesilapan itu adalah ubat

Ketahuilah, terus melakukan kesilapan adalah racun

Ketahuilah, tidak mahu mengakui kesilapan adalah kemusnahan!


Jadikanlah kesilapanmu sebagai anak tangga kepada kebaikan. Jadikanlah ia sebagai pedoman bagi orang lain. Hanya kepada Allah berhak kita malu dan bergantung.

Jika Dia mahukan kemulian kepada seseorang, tiada siapa yang mampu menjatuhkannya.

Jika Dia mahu menghinakan seseorang, tiada siapa yang dapat menolongnya.

Sesungguhnya, Allah amat suka kepada suara yang merintih mohon keampunan.

Sesungguhnya, Allah amat mencintai hambanya yang berjalan di atas muka bumi dalam keadaan merendah diri.

“dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang..” (al-Isra`: 37)



26 Ogos 2009
10.33 pagi
Kampung Pinang, Kamunting

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget