Pintu Hantu
Kemudian daripada demikian itu
Dimulakan syair wasiat suatu
Menyatakan tempat syaitan dan hantu
Masuknya daripada beberapa pintu
Tempat syaitan dan hantu (baris ketiga: Menyatakan tempat syaitan dan hantu)
ialah ‘qalb’ iaitu hati manusia.
Ada beberapa pintu yang dapat ditembusi oleh syaitan dan hantu (Baris keempat: Masuknya daripada beberapa pintu) iaitu melalui:
1. Loba (tamak)
2. Panjang angan-angan
3. Sangat menuntut ni’mat dunia
4. ‘ujub (takjub dengan diri sendiri)
5. Takbur (membesar-besar akan perihal diri)
6. Meringan-ringan sesama Islam
7. Hasad (dengki)
8. Riya` (memperlihatkan kelebihan diri)
9. Bakhil (sangat kedekut)
10. Syamatatah (suka orang lain kena bala)
11. Ghadab (pemarah)
12. Su`ul-zhan (bersangka buruk)
13. Israf (berlebih-lebihan)
14. Sum-‘ah (memperdengarkan perihal diri)
Maka, adalah terlebih baik pada kesempatan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini diambil peluang ‘menutupkunci’kan pintu-pintu tempat masuk hantu dan syaitan ini. Sesungguhnya, Allah tidak akan mensia-siakan hamba-hambaNya. Allahu arRahman arRahim.
Rujukan :
1. Syair Pintu Hantu karya Raja Haji Muhammad Tahir Ibn al-Marhum Raja Haji Abdullah Mursyid
2. Syair Siti Sianah karya Raja Ali Haji
24 Ogos 2009
4.25 petang
Kampung Pinang, Kamunting
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.