Halloween Costume ideas 2015
MPS

Mengesat mata di Lengan (2)

;-Sambungan daripada ‘Mengesat mata di Lengan (1)’

------------

‘Hati kecil’ Si Manja bertanya, “Engkaukah yang menangis tu, duhai bayi?”


Dengan tidak semena-mena...

“Ya, aku menangis kerana lapar.. aku sejuk... aku takut..” , Bayi Mulus;- Bayi yang berselimut kain nipis, berbedak merah, bertali di perut: menjawab kata ‘hati kecil’ Si Manja.


“Kau tak boleh berjalan lagi. Macam mana boleh sampai sini?” Si Manja kehairanan.


“Kira-kira suku jam tadi ibuku meninggalkan aku di sini,” jawab Bayi Mulus dengan nada penuh rasa sedih, nada orang yang masih belum mengerti apa-apa melainkan erti belaian kasih sayang orang yang melahirkannya.


“maksud kau... ibu kandung kau pun tak sayangkan engkau?” tanya Si Manja yang sudah lama kehilangan ibu kandung yang dia sangat sayangi.


Si Manja sudah lama kehilangan ibu kandungnya – ibu yang sangat menyayanginya, ibu yang memakaikannya baju dan menyisir rapi rambutnya setiap pagi. Ibu yang menyuapkan mulutnya dengan makanan, yang ‘menepuksayang’ dan mendodoikannya setiap malam. Ibu yang banyak jasanya... ibu selalu buat itu.. ibu selalu buat ini... ibu buat macam-macam, semuanya untuk Si Manja.

Bergenang air jernih dalam takungan kelopak matanya Si Manja; teringat akan orang yang paling dia sayang, yang telah pergi meninggalkannya. Perginya ibu, Si Manja yang selalu manja jadi ‘si muram durja’, ‘si gundah gulana’, ‘si masam cuka’.

Si Manja ada ibu baharu, tapi ibu tiri. Macam dalam drama Melayu dahulu kala, juga dalam sinetron orang Indonesia; ibu tiri yang garang tak bertempat. Suka pukul Si Manja. Si Manja tak buat salah apa-apa pun. Suka marah-marah. Tapi depan Abah, dia buat-buat baik dengan Si Manja, buat-buat sayang Si Manja. Bila Abah tak ada di rumah, dia marah Si Manja, dia pukul Si Manja. Tengoklah kaki Si Manja yang berbirat ni...badan Si Manja yang kurus kering kerana tak diberi makan ni. Hakikatnya, ibu tiri tak sayang Si Manja, dia benci dengan kewujudan Si Manja.


“maksud kau... ibu kandung kau pun tak sayangkan engkau?” Si Manja mengulangi pertanyaannya kepada Bayi Mulus.


“Entahlah, aku pun tak tahu. Tapi setahu aku, ibu aku masih belajar.. di tempat yang namanya Menara Gading, Menara Gading tu tak jauh dari tempat ni. Dia malu kalau ada ahli keluarga, cikgu, kawan-kawan dia tahu akan kelahiran aku,” jawaban Bayi Mulus yang cukup meningkatkan tahapan kehairanan Si Manja. Bayi Mulus masih lagi dengan reaksinya yang tidak mengerti (blur).


“Hairan sungguh aku! Bagaimana semua tu boleh berlaku?” Si Manja kehairanan. Hairan yang tersangat. Hairan Bin Ajaib.


Bayi Mulus membalas,

“Gambaran yang terprojeksi tadi, yang kau lihat orang-orang ketawa dan bergembira, berpeluk dan bercium, menari dan berdansa ... yang kata kuncinya HIBURAN. Ya, itulah punca segala-galanya. Ibuku terjerumus ke Lembah Hina Dina, tempat berkumpul segala macam HIBURAN DUNIAWI; lembah yang dimiliki oleh Tuan Besar Nafsu Amarah Bi AsSuu`. Tuan Besar Nafsu Amarah Bi AsSuu` ada seorang anak yang tampan dan gagah, namanya ‘Tuan Muda Syahwat’. Tuan Besar dan Tuan Muda ada seorang personal assistant (PA). Tak tahu apa nama sebenarnya. Cuma orang panggil dia Syeikh... hmmm... Syeikh Tan, Syeikh Tan. Ya, Syeikh Tan.. Syeikh Tan ni la yang menyelenggara Lembah Hina Dina ni...”


Bayi Mulus menyambung lagi,

“...... Ibuku jatuh terjelepok, tak mampu berdiri lagi, walau dia cuba memanjat keluar dari Lembah Hina Dina. Ada orang yang cuba memanjat ibu. ‘Orang Itu’ yang ibu sayang, buah hati ulam jantung ibu. ‘Orang Itu’ dah panjat ibu, ibu pun panjat ‘Orang Itu’ balik... Mereka berdua berbalas panjat. Ibu tak mampu keluar lagi dari Lembah Hina Dina masa tu...”



(bersambung ..... - Mengesat mata di Lengan (3))



25 Ogos 2009
4.37 petang
Kampung Pinang, Kamunting

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget