Kuselak helaian
dedaun nan tipis
sehelai demi sehelai
bertebaran, berselerak
aku tak sanggup
walau kucoba selak
aku tak mampu
aku kata aku tak upaya, aku rayu- melutut; macam orang tak malu minta sedekah
aku kata aku tak larat, aku merengek- terlentang; macam orang nazak
aku tak tahu
aku siapa?
Tak semena-mena kudengar pintuku diketuk
Siapa? Kujenguk dari tepi jendela
Tak nampak kecuali bayang-bayang
Perlahan
Kuselak daun pintu
Terbuka
Aku nampak!
Aku nampak!
Si pengetuk pintu itu
Macam orang yang dah lama kukenal
Tapi aku tak kenal dia
Siapa engkau si pengetuk pintu rumahku?
Ku jerit; ku tanya; ku marah
Si pengetuk pintu mulakan bicara
Dengan satu frasa, aku terdiam seribu bahasa
Aku adalah Kau....
26 Ogos 2009
12.10 malam
Kampung Pinang, Kamunting
Catat Ulasan