Halloween Costume ideas 2015
MPS

Mengesat mata di Lengan (3)

;-Sambungan daripada ‘Mengesat mata di Lengan (2)’

-------------

Bayi Mulus menambah,
“...akhirnya, ibu sanggup mencampakkan darah daging sendiri.. di tempat ini, kerana benda yang bernama HIBURAN itu.”


Si Manja;- budak perempuan dengan pakaian tak terurus itu marah, geram dan benci dengan gambaran yang dia lihat tadi. Dia pejamkan mata. Dia cuba merenyuk-renyukkan gambaran tadi; yang dah tersimpan dalam memori benaknya.


Linangan jernih yang bertakung tak mampu lagi ditampung kelopak nan halus. Mengalir air jernih membasahkan pipi Si Manja yang cekung dan comot itu. Si Manja ‘mengesat matanya di lengan’ seraya meluah isi hatinya,

“Nasib kau lebih malang daripada aku. Engkau memang sengaja dibuang sedangkan aku melarikan diri kerana tidak tahan dengan deraan ibu tiriku. Aku terdampar di sini setelah tak berdaya lagi melangkah. Lagipun, mana tahu di sini ada sisa-sisa makanan yang boleh mengisi perutku yang kosong ini.”


“Agaknya perangai ibu kandung pada alaf moden ni sama sahaja macam perangai ibu tiri zaman dahulu kala, juga ibu tiri zaman ini. Kasih sayang di hati mereka dah kering. Masing-masing kejar kemewahan. Masing-masing kejar hiburan. Mereka sibuk dan sudah tiada masa untuk kita. Hidup mereka nafsu-nafsi..” jawab Bayi Mulus. Air matanya juga mengalir. Namun, dia yang masih kecil tak berdaya untuk ‘mengesat matanya di lengan’.

----------------------

Bunyi kucing mengiau silih berganti dengan bunyi salakan anjing. Budak perempuan dengan pakaian tak terurus itu yang namanya Si Manja itu berjalan mundar-mandir sambil mencari-cari arah datangnya bunyi.
Kelihatan anjing dan kucing berjalan seiringan. Seiringan?

“Eh, bermimpikah aku? Apakah aku ini bermimpi? Apakah benar apa yang ada di hadapanku?” Si Manja seperti tak percaya dengan apa yang sedang dia perhatikan. Hairan Bin Pelik Bin Ajaib!

“apa maksud kau budak perempuan? Bukankah tempat ni selalu dikunjungi oleh anjing dan kucing? Apa yang kau hairankan?” sampuk Bayi Mulus.

“betul kata kau tu.. tapi cuba kaulihat keadaan mereka. Sudah berabad lamanya mereka bermusuhan. Sehingga datuk nenek moyang bangsa kita mencipta perumpaan ‘Macam anjing dengan kucing’” Si Manja masih kehairanan. Hairan Bin Pelik Bin Ajaib!

-------------

“Cis, kamu berdua ni prejudis, selalu suka berprasangka buruk! Dia ini ibuku!” sentak Kucing seraya memuncungkan mulutnya ke arah anjing;- sebagai penegasan: anjing itu ibunya!

“ha, ha, ha! Kelakar bunyi kenyataanmu itu. Setahu aku bangsamu sama sahaja dengan bangsaku; melahirkan anak yang seiras dengan ibunya.. tapi kamu berdua ganjil sengguh. Ha,ha, ha!..” ketawa kehairan Si Manja memecah kesunyian senja itu.


(bersambung ..... - Mengesat mata di Lengan (4))



25 Ogos 2009
7.05 malam
Kampung Pinang, Kamunting

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget