Halloween Costume ideas 2015
MPS

Yang Jelik Tak kelihatan (2)

Apabila manusia memujimu atau mengangkat martabatmu atau memakaikanmu dengan sesuatu gelar yang baik atau meletakkan suatu pertanggungjawaban ke atasmu dengan perasaan dan sangkaan yang baik-baik padamu ;

Sesungguhnya, mereka (manusia) itu pada hakikatnya dihijab oleh Allah daripada melihat pada dirimu akan ke’aibanmu, kecacatanmu, kecelaanmu, kejelikan yang pernah engkau perbuatkan, kesalahan yang pernah engkau kerjakan, dosamu yang bertimbun;-

;- yang jikalau dilihat orang akan apa yang telah engkau perbuatkan selama ini, pasti tidak akan keluar daripada mulut mereka itu sebarang bentuk pujian, tidak akan mereka itu mengangkatmu dan memakaikanmu dengan gelaran kebaikan, tidak akan mereka itu rela meletakkan suatu taklifan ke atasmu; melainkan engkau akan menjadi buah mulut manusia yang memperkatakan tentang aib dan dosamu.

Maka, apakah ertinya pujian dan sangkaan baik manusia terhadapmu itu?


Ertinya, Allah sangat menyayagi dirimu.

Ertinya, Allah tidak mahu dirimu dibenci oleh makhluknya yang lain.

Ertinya, Allah memberi kesempatan kepadamu untuk kembali ke pangkuanNya.

Ertinya, Inilah Isyarat dari Allah; menyuruh engkau Insaf dan bertaubat daripada dosa dan kesalahan yang telah engkau lakukan.

Ertinya, Allah mengurniakanmu ubat-ubatan yang khusus untuk dirimu; hanya Allah dan dirimu sahaja yang mengetahui akan penyakitmu (dosa dan kejelikan dirimu). Ubat itu adalah hijab yang menutupi kejelikanmu. Taubat adalah tanda-tanda kesembuhan daripada ubat yang engkau makan.

Bertaubatlah!!!


Rendahkanlah dirimu kepada Allah dengan memperbanyakkan taubat dan akui diri banyak melakukan kesilapan. Kesilapan tidak akan menghancurkan kehidupan.

“Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah; Dia-lah yang menerima taubat hamba-hambanya?”
(at-Taubah: 104)



24 Ogos 2009
1.30 tengah hari
Kampung Pinang, Kamunting

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget