Ketahuilah sesungguhnya dunia ini seperti
rumah tumpangan, berehat pada waktu
malam dan berpindah pada waktu pagi
Sesungguhnya dunia ini fana, dunia ini tidak kekal
Sesungguhnya dunia ini ibarat sarang
yang ditenun labah-labah
Yang Maha Besar
Aku hairan kepada orang mencari dunia
walhal mati mencari-carinya
Aku hairan pada orang-orang
yang mempunyai mahligai
walhal kubur juga tempat bersemadinya
Dan kematian itu adalah pintu
Kematian adalah pintu bagi semua manusia masuk
Kematian adalah gelas darinya semua manusia minum
Mereka tidur semasa mereka hidup
Namun mereka berjaga apabila mereka mati
Rujukan: tulisan-tulisan pada batu nisan kubur lama
26 Ogos 2009
11.04 malam
Kampung Pinang, Kamunting
Catat Ulasan