Halloween Costume ideas 2015
MPS

Mengesat Mata di Lengan (1)

Senja itu,

jiwa meruntun..

sayu... sedih.. pilu..


Budak perempuan dengan pakaian tak terurus - duduk sambil memeluk lutut. Tersedu-sedu dia menangis. Kadang, dia terkedu. Dia ‘mengesat matanya di lengan’.


Si kecil itu
mangsa dera yang terbiar
mimpi manisnya musnah
siang malamnya berlalu
dalam duri-duri bisa
peritnya
sebuah derita
entah bila kan berhenti

Si Manja; budak perempuan dengan pakaian tak terurus itu – bangun dari tempat duduknya. Ditolehnya ke kiri dan ke kanan, lalu ditekupnya tangan ke telinga. Dia menjerit. Jeritan memberontak. Jeritan tanpa suara.

‘Hati kecil’nya meronta, seolah-olah berkata;

“memang dunia ini penuh dengan kezaliman. Orang-orang yang lemah seperti tiada tempat lagi dalam dunia ni. Dunia penuh dengan orang jahat dan zalim. Aku benci! Aku benci!”

--------
“memang dunia ini penuh dengan kejahatan, kepura-puraan dan kezaliman. Tapi kau jangan lekas putus asa. Kau masih mampu lupakan semua kesusahan itu kalau kau mahu. Kau boleh ketawa dan riang macam orang lain.” Tiba-tiba kedengaran suara entah dari mana, seakan-akan menjawab kata-kata ‘hati kecil’ Si Manja; budak perempuan dengan pakaian tak terurus itu.

“siapa kau?” jerit Si Manja. Dia terkejut, takut, seriau. Perasaannya bercampur baur. Tak keruan. Dia menoleh kiri dan kanan.. Dia ‘mengesat matanya di lengan’.

Suasana sunyi seketika... angin ‘senja’ bertiup. Senja? Suara siapa?
“Jangan kau tanya siapa aku... aku cuma mau membantu,” balas suara misteri itu.

Si Manja tak berpuas hati dengan jawaban suara misteri, “Ibu tiriku sendiri tidak pernah mau menolongku, inikan pula kau yang tidak ku kenal. Kaulihat saja calar-balar di kakiku ini. Lihatlah tubuhku yang kurus kerana tak diberi makan.”

------------

Dalam suasana gelita, tiba-tiba terprojeksi wajah-wajah orang yang gembira, mereka menari dan ketawa, bercampur lelaki dan perempuan, berpelukan, berciuman; terhoyong-hayang, mabuk.. mabuk dengan nikmat duniawi. HIBURAN! Ya, itu kata kuncinya.

“kau lihat tu. Dengan HIBURAN itu seribu kegembiraan akan kau rasai. Nikmat macam mana yang kau mahu? Kegembiraan yang bagaimana kau idamkan? Cakap saja. Kalau kau setuju, kau boleh ikut aku. Ikut aku sekarang!” , pujuk suara misteri terhadap Si Manja.

-------------
Bujuk rayu itu langsung ditenggelami suara tangisan bayi. Bayi menangis?


Si Manja dengar. Diamatinya arah suara tangisan bayi itu.

“Haa! Jumpa” , terus Si Manja menuju ke tepi tong tempat pembuangan sampah domestik yang bertimbun isinya. Terbaring bayi yang berselimut tuala nipis; wajah mulusnya pucat lesi. Bayi ini pakai bedak, tapi bedaknya warna merah. Ada sesuatu di perutnya. Panjang macam tali...



(bersambung ..... - Mengesat mata di Lengan (2))


25 Ogos 2009
1.13 pagi
Kampung Pinang, Kamunting

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget