Halloween Costume ideas 2015
MPS

Jangan Tinggal daku

Allah tidak menolong kaum yang fasiq. Apakah makna hidup ini jika Allah meninggalkanmu?

Dia amat manyayangimu tetapi perbuatanmu terlalu melampau. Dia jadikan hatimu satu, tetapi engkau mengisinya dengan pelbagai kecintaan.

Engkau lebih cinta pada seruan nafsu dan syaitan, bahkan engkau berpaling dari seruanNya melalui petunjuk RasulNya (sallalLahu ‘alaihi wasallam).

Jika begitu, bagaimana engkau mahu mencapai kebahagiaan?

Engkau tidak akan ketemu syurga dalam kehidupanmu di dunia, apatah lagi di akhirat nanti.

Perjalanmu menyimpang ke neraka dan engkau akan derita.

Dunia ini akan mndatangkan pelbagai masalah, bagaikan kapal yang bocor; yang mana air laut akan masuk melimpahinya sedikit demi sedikit.

Tutuplah lubang itu dengan kasih sayangNya dengan taubat Nasuha, berdiri teguh dengan akidah dan syariat serta senantiasa berzikir kepadaNya, berselawat ke atas Junjungan Besar NabiNya; insyaAllah, segala kebocoran akan tertutup.

Dia tidak akan meninggalkanmu. Dia akan senantiasa menyebutmu apabila engkau menyebutNya.

Dia tidak menciptamu untuk tujuan membencimu.
Percayalah, tiada keraguan padanya.

“Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah; Dia-lah yang menerima taubat hamba-hambanya?”

(at-Taubah: 104)



24 Ogos 2009
12.50 tengah hari
Kampung Pinang, Kamunting

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget