Halloween Costume ideas 2015
MPS

Wacana Fikir 9 : ‘Polemik Antara Walisongo dan Sheikh Siti Jenar’




Wacana Fikir 9 : ‘Polemik Antara Walisongo dan Sheikh Siti Jenar’


Tarikh : 24 November 2009
Tempat : Bilik Wacana ATMA

Prof. Dr. Wan Mohd. Nor dan Dr. Khalif Muammar


ATMA Sepintas Lalu


PENGENALAN

Institut Alam dan Tamadun Melayu bermula sebagai Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) yang telah ditubuhkan pada 1 Disember 1972. Tujuan penubuhan Institut ialah menawar program pengajian pascasiswazah iaitu Sarjana Persuratan dan Doktor Falsafah serta penyelidikan dalam Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu serta menjadi pusat rujukan bidang- bidang tersebut. Penukaran nama IKKBM kepada ATMA pada tahun 1992 telah meluaskan daerah kajian kepada Alam dan Tamadun Melayu.
Semenjak penubuhan, institut berpandu konsep takrifan luas bidang Alam dan Tamadun Melayu yang mencakupi falsafah, pemikiran, kepercayaan, budaya material, identiti dan semua aspek kehidupan dalam kosmologi Melayu. Sempadan memagari konsep Alam Melayu diluaskan lagi melangkaui landskap Tanah, Samudera dan Angkasa. Tiga dimensa tersebut dipayungi Benak Melayu iaitu pemikiran intelek, roh dan etos Melayu.
Untuk menyahut cabaran global, ATMA menampil peradaban Melayu sebagai daya ketamadunan saling dampak, sinambung dari zaman ke zaman. Interaksi resapan dan dinamika tamadun menghasil negara bangsa baru-muncul abad ke-20 dan ke-21 yang menyumbang kepada usaha strategik inovasi dan teknologi sambil melestari identiti, juga ditujah.

MISI

Membina dan memajukan ilmu mengenai pengajian Alam dan Tamadun Melayu selari dengan misi UKM


VISI

Menjadikan ATMA labuhan idaman dunia dalam pengajian Alam dan Tamadun Melayu

MATLAMAT
  • Memperkukuh pengajian Pemikiran, Peradaban dan Teknologi Melayu.
  • Mengantarabangsakan pengajian Alam dan Tamadun Melayu sebagai penyumbang utama Peradaban Asia Tenggara.
  • Memperluaskan jaringan akademik dan intelek di Nusantara, Eropah, Asia Barat, Asia Tengah dan Asia Timur.


MESEJ PENGARAH ATMA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Para pengunjung yang dimuliakan,


Selamat Datang ke Laman Web Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Syukur kepada Allah s.w.t. serta selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w., pembangunan laman web yang baru ini dapat dilakukan dengan baik dan lancar. Adalah diharapkan laman web institut ini akan memberikan sumber maklumat yang berguna dan terkini kepada pengguna sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia.

Institut Alam dan Tamadun Melayu telah ditubuhkan sejak 1 Disember 1972. Pada ketika itu institut ini dikenali sebagai Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Objektif penubuhan awalnya adalah untuk menawarkan program pengajian pada peringkat pascasiswazah dengan menawarkan program seperti Sarjana Persuratan dan Doktor Falsafah disamping memfokuskan penyelidikan dalam bidang-bidang seperti Bahasa Melayu, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Kini, penyelidikan di ATMA telah berkembang kepada empat bidang tujahan utama iaitu 1)Arkeologi dan Budaya Visual Melayu, 2)Bahasa, Persuratan Melayu dan Linguistik, 3)Pembinaan Teori dan Epistemologi Melayu, serta 4)Sains dan Teknologi Alam Melayu. Sungguhpun demikian, penyelidikan yang dijalankan tidak terhad kepada bidang-bidang ini sahaja.

Pada masa ini kami sedang melipatgandakan usaha penyelidikan di samping mengeratkan hubungan akademik yang strategik di peringkat global dengan institut-institut, universiti-universiti dan pusat-pusat kecemerlangan yang ada hubungan dengan alam Melayu. Dengan adanya peningkatan usahasama kajian akademik di pelbagai peringkat yang berteraskan empat bidang tujahan ini, kami berharap dapat melahirkan graduan-graduan yang berilmu tinggi dan berkualiti di samping terus menerajui penyelidikan tentang alam dan tamadun Melayu di persada antarabangsa.
Silalah mengunjungi kami, terima kasih.

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget