Halloween Costume ideas 2015
MPS

Gelanggang Pemuda - sudah Tiba ketikanya Anak Muda Berpencak!




Prolegomena


Alangkah bahagianya dapat hidup di mayapada ini. Menikmati keindahan, melihat dan mendengar, mencintai dan dicintai, untuk sekadar dapat bernafas semata-mata, menjadi sebahagian daripada kehidupan adalah berbaloi dengan setiap pengorbanan yang terpaksa dicurahkan.

Dunia yang aman, sentosa -  dengan curahan kasih sayang, sentuhan keadilan, kebebasan dengan pegangan dan prinsip moral -  hak setiap yang bernyawa terpelihara, inilah impian setiap dari kita yang bergelar manusia dan punya nilai yang namanya “kemanusiaan”.
 
Apakah semua ini kita rasai dalam dunia ini khususnya dalam bumi yang bernama Malaysia?

Berapa ramai yang masih derita kemiskinan? Berapa ramaikah masih merintih kepayahan? Berapa ramai kanak-kanak yang dinafikan hak untuk mendapat pelajaran?  - penderitaan akibat dinafikan hak mereka oleh para Bourgeois keparat yang memenuhkan perut mereka dengan duit haram yang mereka rampas daripada si penderita itu.

Berapa ramai pula yang ditangkap, disumbat dalam sel dan lokap, dilayan umpama “tikus mondok yang mencuri makanan”? sedang ada dalam kalangan mereka bersuara membela yang teraniaya, atas nama keadilan dan kebenaran.

Permainan kotor politik para pemegang ‘kepala duit’ ; sanggup berbuat apa sahaja dengan kuasa wang untuk berkuasa dan membolot lebih banyak wang. Mereka cantas yang selain mereka.

Mungkin ada yang berbangga dengan pencapaian ekonomi negara yang membangun, lalu bertanya kepada kita, “apa lagi yang tak kena?” Inilah peranan kita bagi menyembuhkan “mata-mata” mereka yang sudah dibutakan. Pemerasan oleh “Orang Besar” terhadap “orang kecil” tidak boleh didiamkan.

Situasi semasa menuntut kesungguhan dan kesanggupan, idea dan buah fikiran, tenaga dan kudrat, cinta dan kasih sayang, dan juga segala macam instrumen yang mampu memacu perjuangan menuju “kebahagian”. Pastinya hidup itu untuk berjuang kerana perjuanganlah yang merencahkan kehidupan, dan kemanisan menempuh kendala itu sesuatu yang tak mampu dilakar dengan bahasa lisan.

Justeru, menginsafi situasi tersebut, perlu ada kelompok yang serius mengembleng segala upaya, memacu perjuangan suci ke arah keadilan dan kebenaran. Kita menyeru kelompok yang punya kekuatan idealisme, aktivisme, spiritualisme dan intelektualisme dan sudah tiba ketikanya, anak muda berpencak! 




Kampung Pinang
19 November 09
12.15 mlm

Catat Ulasan

apakah itu "prolegomena"?

ya..berpencak atas landasan akidah dan keadilan..go for it!

Prolegomena itu ertinya mukadimah/pengenalan/introduction

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget