Seminar
“TAQLID, IJTIHAD DAN TALFIQ : SKOP, AMALAN DAN BATASAN”
12 – 13 November 2009 / 24 – 25 Zulkaedah 1430H
MUQADIMAH
Di Malaysia, mazhab Shafi’i telah diwartakan sebagai mazhab rasmi dalam hampir semua perlembagaan dan enakmen undang-undang Islam negeri. Justeru, masyarakat secara umumnya menganggap bahawa mereka mesti mengamalkan mazhab tersebut secara tegar tanpa tolak ansur. Majoriti bukan sahaja ragu malah takut untuk menyimpang daripada ajaran mazhab berkenaan walaupun ada keperluan munasabah yang membenarkannya ‘penyimpangan’ yang dimaksudkan bagi memudahkan lagi pelaksanaan tuntutan-tuntutan agama. Sebahagian menganggap ‘berdosa’ mengamalkan ajaran agama di luar sempadan mazhab yang ditetapkan itu. Pun begitu, dalam beberapa hal tertentu, seperti ibadat haji dan zakat, kelonggaran untuk menerima pandangan mazhab lain memang telah diperakukan dengan alasan-alasan kukuh yang cukup praktikal. Apa yang lebih menarik, di Perlis, termaktub dalam perlembagaan negeri bahawa ia tidak tertakluk kepada mana-mana mazhab secara khusus. Masyarakat Islam di Perlis seolah-olah ‘bebas’ memilih dan ‘mencampur’ mazhab dalam kehidupan harian mereka.
Jelas terdapat paradoks dalam pengamalan ajaran Islam di Malaysia. Dari satu aspek, Syariah perlu ada keseragaman dan kesatuan. Dari sudut yang lain, undang-undang Islam haruslah bersifat dinamik, progresif, sedia berubah mengikut suasana dan keadaan selagimana ianya tidak bertentangan dengan prinsip dan matlamat Syariah. Apakah masyarakat Muslim dituntut mengikut ajaran mazhab tanpa soal? Jika “Ya,” apa penjelasannya? Jika “Tidak,” apa justifikasinya? Apakah keadaan yang membenarkan pengamalan agama dilakukan dengan mengambilkira pandangan dari mazhab-mazhab lain? Apakah bertentangan dengan semangat Syariah sekiranya Islam dihayati tanpa terikat dengan mana-mana mazhab sebagaimana yang cuba dipopularkan oleh sebahagian ilmuwan Islam?
OBJEKTIF
i. Memberikan kefahaman mengenai konsep taqlid, ijitihad dan talfiq serta lain-lain istilah berkaitan dan kedudukan mereka dalam Islam.
ii. Mengkaji ruanglingkup talfiq dan faktor-faktor yang mendorong kemunculan dan penggunaannya.
iii. Menganalisa pandangan ulama tentang keadaan-keadaan yang menolak dan mengharuskan pengamalan talfiq.
iv. Meningkatkan kefahaman tentang objektif undang-undang Islam dan menegaskan bahawa ianya sesuai untuk semua keadaan, tempat dan zaman.
PENYERTAAN
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Atur Cara 12 November 09
8.00 pagi Ketibaan / Pendaftaran Para Peserta / Sarapan Pagi
MAJLIS PERASMIAN
9.00 pagi Ketibaan YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi,
Pengerusi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
9.05 pagi Bacaan Doa
9.10 pagi Ucapan Perasmian oleh YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi,
Pengerusi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
9.30 pagi Jamuan Ringan
SESI I : ASAS-ASAS AGAMA DAN FILSAFAT, TAKRIFAN, LATAR BELAKANG SEJARAH
Moderator : En. Md. Asham Ahmad
(Fellow, Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, IKIM)
10.00 pagi Kertas 1 : “Taqlid, Ijtihad dan Talfiq : Penjelasan Epistemologi Sunni“
Pembentang : YBhg. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
(AJK Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu)
10.30 pagi Kertas 2 : “Ijtihad Taqlid dan Talfiq Dilihat dari Perspektif Maqasid al-Syari’ah”
Pembentang : YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abd. Majid
(Timbalan Dekan, International Institute of Islamic Thought & Civilization [ISTAC],
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [UIAM])
11.00 pagi Kertas 3 : “Taqlid dan Kemunculan Talfiq dalam Tradisi Keilmuan Islam”
Pembentang : YBhg. Dr. Zulkifli Muda
(Pensyarah Kanan, Jabatan Ekologi Sosial, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,
Universiti Malaysia Terengganu [UMT])
11.30 pagi Kertas 4 : “Taqlid dan Talfiq dalam Pemikiran Aliran Salafiah”
Pembentang : YBhg. Dr. Hamid Fahmi Zarkasyi
(Pengarah, Institut Pengajian Pemikiran dan Tamadun Islam [INSIST], Jakarta)
12.00 t/hari Sesi Soal Jawab dan Perbincangan
12.30 t/hari Jamuan Tengah Hari dan Solat Zuhur
SESI II : MENANGANI CABARAN SEMASA I
Moderator : YBhg. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad
(Fellow Kanan/ Pengarah, Pusat Syariah, Undang-undang & Sains Politik, IKIM)
2.00 ptg. Kertas 5 : “Aplikasi Taqlid dan Talfiq Dalam Aqidah dan Fiqh : Suatu Penilaian”
Pembentang : YBhg. Ust. Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari
(Penolong Pengarah, Pusat Pengajian Al-Quran dan Ilmu Teras,
Institut Latihan Islam Malaysia [ILIM])
2.30 ptg. Kertas 6 : “Penggunaan Talfiq dalam Muamalat Islami”
Pembentang : YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang
(Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya [UM])
3.00 ptg. Kertas 7 : “Modernisme Agama dan Usaha Memerangi Taqlid :
Satu Tinjauan Baik Buruknya“
Pembentang : YBhg. Dr. Ahmad Bazli Shafie
(Pensyarah Kanan, Jabatan Ekologi Sosial, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,
Universiti Malaysia Terengganu [UMT])
3.30 ptg. Sesi Soal Jawab dan Perbincangan
4.00 ptg. Bersurai
Atur Cara utk 13 November 09
SESI III : MENANGANI CABARAN SEMASA II
Moderator : YBhg. Tn. Haji Abdul Walid Abu Hassan
(Ketua, Unit Pembangunan Undang-undang Keluarga Islam dan Sistem Kehakiman Syariah, Seksyen Syariah,
Jabatan Peguam Negara)
8.30 pagi Kertas 8 : “Beberapa Manifestasi Penggunaan Ijtihad dan Talfiq dalam Peruntukan-Peruntukan Statut Moden di Malaysia“
Pembentang : YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman
(Penasihat Syariah, Jabatan Peguam Negara)
9.00 pagi Kertas 9 : “Keunikan Amalan Bermazhab di Negeri Perlis : Teori, Sejarah
dan Hakikat Semasa”
Pembentang : YBhg. Sahibus Samahah Dr. Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)
9.30 pagi Sesi Soal Jawab dan Perbincangan
10.00 pagi Jamuan Ringan
SESI IV : PENGALAMAN SERANTAU DAN KESIMPULAN
Moderator : YBhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz
(Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM])
10.30 pagi Kertas 10 : “Tuntutan Serta Praktek Taqlid-Talfiq di Indonesia“
Pembentang : YBhg. Dr. KH Muhammad Achmad Sahal Mahfudz
(Ketua Umum, Majelis Ulama Indonesia [MUI])
11.00 pagi Kertas 11 : “Taqlid-Talfiq di Negara Brunei Darussalam : Keperluan dan
Pengalaman”
Pembentang : YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.)
Ustaz Hj. Awang Abdul Aziz bin Juned
(Mufti Kerajaan Brunei Darussalam)
11.30 pagi Kertas 12 : “Dalil-dalil Konklusif Dalam Penghujahan dan Pengamalan Talfiq”
Pembentang : YBhg. Prof. Dr. M. Amin Suma
(Dekan, Fakulti Syariah dan Hukum, Universiti Islam Negeri Syarif
Hidayatullah, Jakarta, Indonesia)
12.00 t/hari Sesi Soal Jawab dan Perbincangan
12.30 t/hari Jamuan Tengah Hari / Solat Jumaat / Bersurai
* Senarai perasmi, pembentang dan moderator adalah tertakluk kepada perubahan; dikemaskini pada 16 September 2009
Catat Ulasan