Halloween Costume ideas 2015
MPS

Melodi Jiwa




Pemandangan sekitar sungguh hebat – berseri-seri dengan sutera dan baldu, disinari candelier yang menyimbahkan pancaran keemasan. Asyik! Alunan melodi yang melumpuhkan deria yang lain; muzik yang berbicara dengan akal dan jiwa, seolah-olah tiada perkara lain - samada manusia mahupun selainnya – pernah melakukan yang sedemikian. Melodi tersebut berbicara tentang keresahan jiwa insan dan perjuangan dalam menghadapi kegentaran dan rasa putus asa. Tapi kini, segala kesangsian dan ketakutan nampakya dilenyapkan oleh teriakan keseronokan dan kegembiraan yang amat sangat.

Walau apa pun penderitaan yang dialami, alunan muzik yang berteriak;- alangkah bahagianya dapat hidup di mayapada ini. Menikmati keindahan, melihat dan mendengar, mencintai dan dicintai, unyuk sekadar dapat bernafas semata-mata, menjadi sebahagian daripada kehidupan adalah berbaloi dengan setiap pengorbanan yang terpaksa dicurahkan.

Tatkala nota terakhir lenyap, keadaan menjadi senyap sunyi – dan kemudian hatiku bertepuk;- gemuruh..


Kampung Pinang
17 November 09
12.37 malam

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget