Pertengahan bulan Mac menyaksikan dua buah negara Eropah Timur yang pernah bergolak suatu ketika dulu melaksanakan proses demokrasi dalam memilih kepimpinan negara.
Pertembungan di Slovakia menyaksikan perlawanan sengit merebut kerusi Presiden antara parti Sosial Demokrat yang dipimpin Perdana Menteri Robert Fisco dengan lawannya Andrej Kiska. Pusingan kedua pengundian akan berlangsung Sabtu ini (29 Mac). Slovakia pernah menjadi sebahagian negara Czechoslovakia yang bernaung di bawah kesatuan Soviet dan telah bercerai dua menjadi Slovakia dan Republik Czech pada 1993. #Slovakia
Perkembangan sama berlaku di Serbia, sebuah negara pecahan Yugoslavia; yang pernah mencatatkan peristiwa tragik penghapusan etnik oleh etnik Serb terhadap etnik Bosnia, Crotia dan Albania. #EthnicCleansing
Yugoslavia telah dipecahkan kepada beberapa negara: Slovenia, Crotia, Bosnia & Herzegovina, Serbia, Montenegro dan Macedonia. Sebahagian kawasan ini dikenal sebagai Semenanjung Balkan. #BalkanPeninsular
Timbalan Perdana Menteri Serbia Aleksandar Vucic, pemimpin Parti Progresif Serbia dan pakatannya telah berjaya mengalahkan Parti Sosialis Serbia, dan dengan selesa menguasai 158/250 kerusi parlimen. #Serbia
Kedua-dua negara bekas Kesatuan Sosialis Soviet yang pernah bergolak dengan kekejaman pemerintahan kuku besi ini mula beralih memilih demokrasi.
Perkembangan ini berbeza sekali dengan apa yang berlaku dalam krisis Crimea. Rusia seakan-akan mula menggerakkan agenda peluasan kuasa. Menurut sesetengah penganalisis politik antarabangsa, Rusia tidak terhenti setakat di Crimea; mungkin melanjutka perluasan kuasa ke Transnistia di negara Moldova. #CrimeaCrisis
Teringat waktu menuntut di universiti, dalam kuliah History of Russia and Muslim Eurasia, Prof. Bogdan Kopanski, seorang berketurunan diRaja Poland yang begitu obses dengan 'battle' pernah sebut tentang ide the #3rdRome.
Katanya, ada ramalan (prophecy) oleh seorang rahib Kristian Ortodoks yang mistikal yang bernama Filofei yang begitu yakin bahawa Rusia, walau dalam apa bentuk pemerintahan sekalipun bakal menjadi "The Third Rome".
Catat Ulasan
mengapa Rusia begitu berminat dengan Transnestria sedangkan negara itu adalah negara yang tidak diiktiraf?