Kisah Cerpelai, Keldai dan Raja Rimba (Episod 1)
Sang keldai terus-menerus
memaki hamun Si Raja Rimba. Aku yang hanya cerpelai Helogale parvula tak tertahan
menyatakan duka:
"Duhai keldai, hidup ini tak semudah yang kau sangka. Apa
yang kau tahu tak semestinya benar, dan apa yang kau tak ketahui tidak bermakna
tak benar."
"Duhai sang keldai, apa yang
engkau dengkikan dengan Si Raja Rimba?" Hidupnya sudah lama, akalnya cerdas
nian; tiada tara akan engkau"
"Engkau Sang keldai takkan rugi sekiranya mengakui akan
hebatnya Si Raja Rimba. Kerna Raja Rimba juga tak mengangkat-ngangkat dirinya,
melainkan menyambung legasi silam yang punya kekuatan luar biasa, yang sama
sekali tak terduga oleh mereka yang buta benaknya".
"Ya, aku cerpelai kerdil ini
mengakui akan hebatnya Si Raja Rimba. Aku hormat dan kagum akan buah
fikirannya. Aku sanjung akan jasa-jasanya yang tidak sedikit itu. Malah, dia
itu keturunan mulia Junjungan Besar al-Mustofa. Aku sedar aku kerdil. Aku juga
mahu jadi besar. tapi jadi besar bukan dengan menghina 'yang sudah besar'.
Mudah-mudahan aku dibantu Tuhanku".
"Sang Keldai, engkau faham tak
bahasaku ini? atau laras bahsanya sangat berkiyas lagi berkinayah? Aku tau, kau
juga cerdik, boleh berfikir waras. Tidak aku paksakan kata-kataku ini untuk kau
terima, cuma tak salah kalau kau memikirkan akannya."
"Duhai keldai,
terkadang aku terasa letih melihat akan tindakan kau. entah apa jenis neraca
kau guna-pertimbangkan.. entah apa jenis feqah kau anutkan.. kau kata Si Raja
Rimba jilsah bersama si Zalim Buaya."
"Coba kau renung, si Zalim Buaya itu juga
bisa taubat, sekira-kira sampai serunya si Raja Rimba bijaksana menerap ke
sanubari Si Buaya. Sabar engkau wahai Keldai, Si raja Rimba itu bijak laksana, tetap
tekal pendiriannya. Engkau mesti tak pernah dengar kisah-kisah beliau
menempelak Si Zalim Buaya, akhirnya Si Buaya dan para konspirator
mengekor-ekor, mahu Si Raja jatuh tersungkur. Cuba meludah muka 'sang bistari',
tapi terludah muka sendiri."
-- tamat episod 1 --
|| Karya bebas, Peminggirkota
Catat Ulasan