"Let them eat cake if they have no bread": Solusi Isu Pemilikan Rumah di Malaysia
Marie Antoninette, watak antagonis dalam lakaran peristiwa Revolusi Perancis yang bersejarah, mengemukakan satu cadangan penyelesaian, pada ketika zaman rakyat menderita kelaparan:
"Let them eat cake if they have no bread"
Chang Kim Loong, dalam The Star hari ini mengkritik kajian yang dibuat oleh Sime Darby Property bersama Fakulti Alam Bina Universiti Malaya (UM) sebagai tidak relevan kepada masyarakat terbanyak.
Kajian tersebut menyimpulkan bahawa: "rumah dalam kawasan terpilih di Lembah Klang adalah masih mampu dimiliki oleh pemilik rumah yang ingin memilik rumah kedua."
Dalam suasana rakyat terbanyak di Malaysia yang masih dihimpit belenggu kos sara hidup yang tinggi, dan fenomena "homeless generation", para cerdik-pandai di universiti memilih untuk mengkaji prospek mampu-milik untuk memiliki rumah kedua.
Puluhan ribu rakyat masih tidak mampu memiliki rumah pertama, mengapa memfokus kepada pemilikan rumah kedua?
"Let them eat cake if they have no bread" - "Kalau tak mampu memiliki rumah, kenapa tidak miliki rumah kedua?"
Rakyat tak mampu untuk dapatkan roti pun, kenapa beri cadangan makan kek? — bersama Fazril Saleh.
Catat Ulasan