Halloween Costume ideas 2015
MPS

MH 370, Egypt 529, Taiwan Protest & Awas Bas


Jurucakap Inmarsat, Chris McLaughlin menggambarkan analisis data yang diapplikasikan - untuk mengesan kedudukan akhir #MH370 di tengah Lautan Hindi - sebagai "grounding-breaking math-based, peer reviewed process revealing a direction of travel".

Katanya, walaupun sistem perhubungan pesawat telah gagal pada hari kehilangannya, 08 Mac yang lalu, salah satu satelit Inmarsat terus menerima isyarat dari pesawat.

Kemungkinan pesawat terbang pada kelajuan 450 knots, dan berada di ruang udara selama lima jam selepas meninggalkan Malaysia.

Persoalannya, kenyataan PM Najib Razak semalam masih belum jelas. Yang sudah dikesan ialah lokasi akhir pesawat, dan logik menyatakan lokasi akhir pesawat di tengah Lautan Hindi yang luas yang jauh daripada sebarang lapangan terbang bermaksud pesawat terhempas ke dasar lautan.

Innalillah. Jawapan belum diketemukan sebenarnya. Sementara itu, di media massa global, teori konspirasi sedang rancak dimainkan. Itik langgar pesawat MAS pun jadi isu besar.

Sementara di Mesir, suatu kepelikan dalam 'logik keadilan dunia' apabila sekumpulan manusia seramai 529 orang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah yang hilang kredibiliti dan kelayakan untuk menghakimi. #Egypt529

Di Taiwan, polis dan FRU kerajaan mula bertindak ganas untuk meleraikan para demonstran yang memprotes keputusan kerajaan Taiwan mengadakan hubungan kerjasama ekonomi dengan China. #TaiwanProtest

Tak lupa, kepada para guru yang bawa rombongan anak-anak didik sekolah ke mana-mana kem luar sekolah, tolong pesan kepada abang 'dreba' bas, elakkan memandu laju. Di Ulu Langat, satu rombongan sekolah jadi trauma - bas terbalik; seorang mati dan beberapa orang cedera. #AwasBas

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget