Halloween Costume ideas 2015
MPS

Egypt 529: Tragedi Kehakiman dan Keadilan Dunia


Terdapat empat unsur utama yang mengkonsepsikan seterusnya membentuk sebuah negara-bangsa moden (modern nation-state): 'territory' (cakupan dan sempadan geografi); 'people' (rakyat); 'government' (kerajaan) dan 'sovereignty' (kedaulatan).

Empat unsur ini adalah saling melengkapi dan mengimbangkan antara satu dengan yang lain.

Dalam sebuah negara yang berdaulat, 'government' atau kerajaannya memacu negara tersebut berpaksikan prinsip-prinsip asas bernegara seperti keadilan sosial, kesaksamaan, urus-tadbir yang baik, kebajikan dan pelaksanaan undang-undang yang adil. #justice

Manakala rakyatnya terus kuat berusaha membantu membangunkan negara dan bersetia kepada negara serta menjaga kedaulatan watannya secara bersama. #rakyat

Malangnya, dalam kes #Egypt529, 'government' (kerajaan) telah menyalahgunakan kuasa dengan begitu berleluasa, sehingga terpamer kebodohan dalam tindakan mereka.

Sewajarnya, tiga organ utama kerajaan (the three organs if government): legislatif, judisari dan eksekutif, masing-masing bebas. Tetapi, yng berlaku, sang diktator dan rejim penguasa mempergunakan kesemua organ kerajaan ini sewenangnya. #nationstate

22 Mac yang lalu, telah diadakan sesi pendengaran pertama (first hearing session) bagi kes demonstrasi penyokong anti-coup pro-legitimasi di Mesir.

Sesi kedua diadakan pada 24 Mac, dua hari selepasnya. Dalam sesi kedua perbicaraan kes ini, mahkamah memutuskan suatu keputusan paling tidak masuk akal dalam sejarah penghakiman dunia, apabila 529 orang demonstran anti-coup pro-legitimasi dijatuhkan hukuman mati.

Ini masalah!

Keputusan menjatuhkan hukuman mati secara beramai-ramai dalam proses penghakiman yang berlangsung hanya selama dua sesi.

Gila. Ini mencarik logik.

Mana mungkin suatu keputusan yang adil dapat dibuat. Mana mungkin "fair review of evidence and testimony" yang konsisten dan menepati piawai penghakiman antarabangsa boleh dilakukan terhadap 529 defendan.

Berdoa supaya akan ada perubahan drastik proses rayuan. Hukuman tersebut tidak akan dilaksankan sehingga penghujung April. Masih ada masa untuk desakan dibuat.

Lantas, Menteri Luar kerajaan perampas kuasa Mesir menyatakan "careful study of the case has been done". #antiCoupProLegitimacy

Rejim Mesir ini bukan kira apa. Tiga orang wartawan AlJazeera pun masih lagi dalam tahanan Mesir. #Pray4AlJazeera

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget