Halloween Costume ideas 2015
MPS

Kisah Cerpelai, Keldai dan Raja Rimba (Episod 4)

Kisah Cerpelai, Keldai dan Raja Rimba (Episod 4)

 
"Keldai, wah..wah.. dengar khabar cakap berdegar, orang bangang asyik tercengang; makin hari makin menjadi, bak orang gila main nafiri;, keldai, apa kau tahu tentang hakikat, yang hanya tercapai dengan makrifat; bepakaian ia dengan syariat, berbuat ia hanya yang berkat."
  
"semakin banyak kau bicara, yang tampak hanya yang bodoh cuma; Kaurasa engkau orang bijak, tapi lidahmu wajar dijijak; Di daerah ini kauberpencak, semacam anjing kurap menyalak; mudah saja engkau mencabar, kau minta tuntut di padang mahsyar; tampak benar engkau bodoh, bukan sekadar bersuara hodoh; benar nian Kalam Tuhan: "jika di bumi engkau berjalan, tunduk dagumu diangkat jangan, tutur tak gopoh suaranya nyaman, suara keldai mohon jauhkan".
  
"Keldai, aku lihat kelibat musuhmu, rupanya tidak sedikit. Apa yang kaubuat sehingga melebar kebencian sebegini? kau serang di situ, kau serang di sini; Ya Tuhan, fitnah merata, musuhmu juga sebodoh engkau, soal hakikat bukan sechangkat, usah bicara semacam ustad, jikalau belajar ilmu meningkat, belumpun tentu terima hikmat."

"Rupanya dikau tidak mengerti, akan cerita yang aku beri; perihal imam Abu Hanifah, mendidik tak kenal penat dan lelah. Lama mengajar kakinya kebas, orang bertandang dilayan pantas. Datang orangnya bukan kepalang, berserban berjubah tampak tak calang. Perkara utama yang jadi inti, untuk kita sedarkan diri. orang tak tahu bodohnya kita, hinggalah saat mulut dibuka; Maha Benarlah Firman Tuhan, barang siapa yang punya iman, bicaralah dengan sebaik perkataan, atau saja mulut senyapkan."
 
"Duhai keldai mengertilah dikau, usah berjuang meragau-ragau; tiba saat waktu dijanji, pasti Tuhan akan memberi; cuma satu perlu kauingat, tercapai ia ada bersharat; bekal ilmu iman hakiki, rahmat Tuhan shafaat nabi."
  
"Sang Keldai, "sedar dirimu ingat selalu, matakau dua hatimu satu" ; kalau Tuhan engkau harapkan, masakan yang lain engkau nafikan; dua matamu sungguhlah lemah, hatimu kecil sebesar zarah; berbuat engkau picis-picisan, tapi yang itu engkau banggakan; sedang kami berbuat yang agung, cuma tidak tertayang di panggung; beringat selalu wahai kawanku, nanti di mahsyar tak gigit kuku".

"hikmah itu tindaknya bijak, kerja-buatnya tiada terlajak; kiranya engkau mahu berjuang, sifat bangangmu perlu kau buang; andainya engkau punyai hati, cubalah mengerti apa yang pasti; jangan bodohmu tak-tersedarkan, semacam ikan dan rakan-rakan" : http://peminggirkota.blogspot.com/search/label/Tiga"
 


-- tamat episod 4 -- 


|| Karya bebas, Peminggirkota
 

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget