"Aduhai keldai. Kau bikin pusing lagi. Katakau, taqwa itu takutkan
Tuhan, maka jauhi kezaliman, bukan bersamanya. Waduh... benar nian katamu itu,
cuma Junjungan Mulia al-Mustofa juga pernah bicara dan jilsah bersama orang
zalim; tak lain tak bukan untuk menyampaikan seruan kebenaran. Al-Mustofa
bersama teman-teman setianya bersama berkendara dengan golongan zalim kufr
Quraisy usai mereka tahallul haji qada' tahun ke-7 hijrah. Seruan itu boleh
saja disampaikan berbagai cara. Usah zalimi dirimu dengan sebab kejahilan yang
membelenggu."
Sang Keldai menyepi seketika.
"Duhai keldai. Apa khabar kau di sana?. Kau senyap saja sehari
dua. Apa engkau sedang memikir? atau engkau sedang fakir? hmm.. usah la engkau
rasa bersalah, fitrah makhluk asalan lemah. Tika tiba saat dan waktu, jasad
badan terbujur kaku."
"Sahabatku, Keldai. Ini ada satu cheritera mahu aku khabarkan
padamu, benar suatu ketika dulu berlaku. Moga ia ada pengajaran, untuk kita
buat bekalan:
Hari itu, Sohibul Fadhilah Imam Abu Hanifah sedang mengajarkan
ilmu dalam halaqah. Pengajarannya lama lagi panjang, sedang penat semalamnya
belumpun hilang; demi amanat pengendong ilmu, tiada berkeluh tiada jemu. Selesai
mensyarah soalan dibalas, kakinya pula terasa kebas. tampak gaya halaqah dah
habis, mahu saja dilunjur betis.
Baru saja hendak melunjur, si Imam disentak
seraya terbujur. diberitakan ia orang mendatang, bersama orang hajat ditatang.
Lalu masuk si orang itu, berserban besar berjubah bulu. detik si Imam di dalam
hati, orang berilmu wajib hormati.
Gaya pakai ala ulamak, pasti ilmu banyak di
benak. si Imam menunggu apa gerangan, katanya hajat di dalam tangan. Buka saja
si mulut dia, si Imam pula senyum beriya. Ketawa ia berdekah jua, tak tertahan
geletek geli hatinya.
Si Imam melihat betis dan paha kebas, terpacul dari
mulutnya lantas; Apa gerangan risaunya tadi, bolehlah Abu Hanifah melunjur
kaki."
-- tamat episod 2 --
|| Karya bebas, Peminggirkota
Catat Ulasan