Suatu Ketika : Catatan 004 – Tali Besen & Hari Raya
Teringat aku, sewaktu kecil-kecil dahulu, pabila tiba sahaja hari raya, tali besen dok tayang gambaq feveretnya tiap taun (televisyen sering menayangkan cerita yang jadi kegemaran ramai setiap tahun) iaitu (1) Ultraman (2) Sarkas
Boleh dikatakan,
“asal raya saja ada sarkas & ultraman, asal ada sarkas & ultraman saja, raya le tu..”
Akan tetapi, 3-4 tahun kebelakangan ini tidak ada lagi sarkas dan ultraman. Citarasa masyarakat hari ini lebih tinggi. Tak main la sarkas. Tak main la ultraman.
Wah! Cerita-cerita sekarang lebih menarik dan menyelerakan. Sesuai dengan kehendak zaman. Up to date! Macam-macam ada.
Trend dan pattern cerita pecah panggung zaman sekarang cerita Ha, Nun, Ta, Wau (HANTU). Entah apa yang menariknya cerita hantu itu aku tak pasti. Tapi, bagi aku, cerita hantu di Malaysia ini untuk tontonan orang-orang yang kurang cerdik sahaja. Sebab itu, jalan cerita, plot dan gaya pengkisahannya kurang complicated, tidak menumpu kepada rasionaliti, melanggar hukum kausal (sebab-akibat), penuh dengan emosi yang buta dan bodoh, penayangan dan penonjolan watak jumud “segelintir” bangsa Melayu,.
Yang paling menggelikan; bukannya wajah hantu yang sememangnya geli – tapi si bomoh @ pawang @ dukun @ shaman @ ustaz @ pak haji, yang begitu berkuasa sehingga keluar “fire” dari tangan ketika menewaskan hantu– walaupun dia menggunakan kalimah Allah dan baca potongan ayat al-Quran, ini sebenarnya suatu pencabulan terhadap kesuciaan al-Quran al-Karim.
Sang bomoh @ pawang @ dukun @ shaman @ ustaz @ pak haji kelihatan begitu ganas dan garang sekali apabila menewaskan hantu. Cuba jangan guna kekerasan, gunalah cara yang lebih moderat dan diplomatik. Bawa berbincang dahulu. Ini tidak, mentang-mentang tangan boleh mengeluarkan “fire”, habis di”fire” sang hantu-hantu semua. Hantu pun makhluk Tuhan juga. Mereka punya hak yang patut dihormati.
Cerita hantu yang ditayangkan sebenarnya tidak menggambarkan situasi sebenar. Ia satu penghinaan terhadap para ‘alim dalam bidang makhluk halus ini kerana mereka pun tak berbuat demikian rupa.
Cerita hantu sekarang ini sebenarnya cerita orang Melayu zaman pra-Islam yang sekadar dipakaikan baju Melayu dan kopiah putih. Diselitkan kalimah-kalimah suci Islam dalam kebusukan mentera dan manderam jahiliyah.
Satu lagi genre yang tak dapat tidak mesti ditayangkan di tali besen saban tahun dari dulu hingga sekarang; Drama Melayu Sedih. Sentimental!!
Sentimental ini tidak lama bertahan, saya fikir. Umat Melayu pasca moden hari ini , tambah lagi orang muda dah tak layan lagi dah cerita-cerita sentimental semacam itu. Mungkin juga pada musim-musim Syawal akan datang; 4-5 tahun lagi, drama sedih Melayu akan mengalami nasib yang sama dengan cerita sarkas dan ultraman.
p/s : kepada pengkarya dan penggiat seni, cerita Melayu perlu lebih kreatif. Jangan “stereotype”. Cubalah berjiwa seni sikit.
Catat Ulasan