Halloween Costume ideas 2015
MPS

Budaya dan Tradisi Ilmu



Ilmu merupakan pra-syarat kepada penerimaan sesuatu amalan. Dan semua yang disebut di atas sebelum ini tidak akan mampu tercapai tanpa ilmu. Dengan ilmu manusia mampu mengenal hakikat wujudnya. Dengan ilmu manusia sedar betapa kerdil dirinya. Dengan ilmu, manusia mampu tunduk mengabdi diri kepada Tuhannya. Dengan ilmu, manusia mampu menganjak martabat dirinya melangkaui martabat malaikat. Usaha menyubur-bugarkan budaya ilmu wajib diteruskan. Budaya ilmu bermula dengan kecenderungan seseorang terhadap ilmu yang kemudiaannya membentuk sikapnya dan berkembang menjadi budaya. Disiplin ilmu yang perlu dipelajari termasuklah ilmu agama dan cabangannya, falsafah, sains tabii, matematik, sains kemasyarakatan dan lain-lain. Namun harus diingat, budaya ilmu mestilah dilandasi dengan tradisi ilmu yang kita warisi (turath) iaitu tradisi ilmu Islam. Hal berkaitan epistemology;- makna dan takrif ilmu, sumber ilmu, tujuan ilmu, ruang lingkup ilmu, adab-adab dalam menuntut dan mengajar ilmu, pendekatan dan cara menuntut ilmu dan sebagainya perlu diambil perhatian. Tidaklah jiwa muda kita hari ini hanya mampu menjadi anak murid kepada Pak Syeikh Tenet (Internet) sahaja!





3.53 petang
27 Mei 2010
Dar al-Hikmah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Gombak, Selangor

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget