Ketepikan semua keputusan PRK! Tak perlu berbangga kalau menang. Tak perlu kecewa jika kecundang. Mari bersedia dengan 'kesedaran-kendiri' yang baru dan 'momentum bermatlamat', dengan itu kita tahu yang kita telah berjaya! - P.K
Konsep ‘Student Power’ atau ‘Ketuanan Mahasiswa’ atau ‘Kuasa Pelajar’ atau apa sajalah yang sama maksud dengannya sudah lama diperdebat dan coba dihidupkan kembali setelah ketara kemalapannya. Berbanding era lewat 60-an, 70-an, dan awal 80-an, pergerakan mahasiswa selepasnya dilihat lesu, malah ada ketikanya tampak lembik.
Oleh sebab yang demikian, mutakhir ini kerap kali, ada sahaja usaha untuk mengangkat pengaruh mahasiswa dengan menyatukan pelbagai kelompok mahasiswa kampus yang progressif dalam satu kolisi yang diharapkan mampu membawa idealism anak muda dan kemahasiswaan serta mampu mengutarakan kritik-kritik membina terhadap establishment.
Semenjak beberapa tahun kebelakangan, gerakan mahasiswa yang bebas dan anti-establishment yang menggelar diri mereka sebagai pro-mahasiswa (lawan pro-aspirasi) dilihat menguasai kampus-kampus dalam negara. Ada antaranya berjaya mengambil alih tampuk kepemimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kelompok pro-mahasiswa ini mendakwa diri mereka cuba membawa suara, aspirasi dan idealism mahasiswa, dalam erti kata lain mereka cuba mem’bawa-kembali’kan ‘Student Power’. Persoalannya, apa dah jadi kepada mahasiswa yang mendakwa berpegang kepada konsep Student Power apabila sudah established di kampus;- membentuk ‘Student Government’?
‘Student Government’; merujuk kepada kelompok yang berada dalam MPP. Apa sudah jadi?
Apa mereka buat?
Apa mereka buat?
Apakah ada perbenturan (clash) antara ‘Student Government’ dengan ‘Student Power’?
Nampak gayanya, semacam ‘Student Government’ ini sedikit demi sedikit menelan idealism ‘Student Power’. Jadi jangan berbangga jika front kalian menang dalam Pilihan Raya Kampus (PRK), kerana ini mungkin strategi pihak tertentu bagi memadam ‘kegarangan’ mahasiswa.
Jangan jadi naïf! Apakah kalian ingat kalian orang yang cerdik kerana berjaya menang dalam PRK? Jaga-jaga!!
Apakah matlamat utama (primary goal) ‘mahasiswa’ ialah untuk memenangi pilihan raya kampus (PRK)? Dan apa yang kita sanggup lakukan untuk menang PRK? Gadaikan prinsip? Berdiam diri tanda setuju dengan sistem e-voting kerana kita pernah menang dalam sistem yang kita lawan sebelum ini? [malah ada juga sesetengah proxy pro-mahasiswa yang kata tak dak masalah untuk e-voting. Nampak sangat tak faham konsep ‘Student Power’ yang berteraskan keadilan dan kebenaran]
Atau
Kita mahu membangkit dan menyedarkan lebih ramai mahasiswa, rakyat dan khalayak tentang isu-isu kampus yang penting tapi kerap diabaikan?
Aduhai, boleh saya bertanya, siapakah sebenarnya makhluk yang bergelar mahasiswa ini?
Mungkin ini dampak gagasan ‘Student Government’ ke atas legasi ‘Student Power’ dan perkara ini coba dipaksakan kepada mahasiswa dalam keadaan mereka tak sedar, malah mereka bertepuk tangan gembira apabila menang PRK tanpa tahu mereka Cuma dipandang bodoh dan bangang oleh pihak yang lebih cerdik dan licik.
Jangan ingat kalian cerdik pabila menang pilihanraya kampus!
Kalau dulu, mahasiswa bangga menjadi pejuang ummat. “Mahasiswa jurubicara ummat”. Pelbagai aksi kemahasiswaan melatari senario politik negara ketika itu. Cerok kampong diteroka melihat kesan pembanguan tak seimbang yang bermanifestasi daripada dasar dan polisi serta pelaksanaannya yang bobrok serta menindas. Mereka bangkit menyuarakan perkara ini atas nama kebenaran dan keadilan. Tapi, yang lebih utama, di balik kegarangan mahasiswa dewasa itu, program keilmuan menjadi terasnya. Seminar pendidikan, kongres, konferens, diskusi ilmiah, debat intelektual dan sebagainya dilaksana, terserlah kematangan aktivis mahasiswa ketika itu. Ini baru namanya ‘Student Power’. bukan sekadar cakap-cakap sahaja semacam yang banyak berlaku hari ini. Tidaklah mereka ketika itu cuma tunjuk belang masa musim PRK sahaja!
INGATLAH!
Kita ini berpegang pada idealism mahasiswa dan anak muda. Kita STUDENT POWER; jundi dan laskar yang menentang status quo, coba mencapai dan membina masyarakat progresif yang madani. Oleh sebab itu, perlu sedar bahawa kuasa Student Government bukan sekadar menuntut tempat duduk yang lebih baik distadium university ataupun menjanjikan kepada penghuni kampus yang autoriti bakal menyediakan ruang parking yang lebih dalam kampus.
Precedent Student Government tidak akan mengehadkan visi dan aspirasi kita sebab kita tahu ‘kuasa’ sentiasa bersama kita sejak lama dulu, sebelum kita dilabel sebagai Presiden MPP atau representative atau apa sahajalah jawatannya. Kuasa kita ‘intrinsic’; sejak azali kita punya kuasa itu. Kita punya mandat-sendiri (self-mandate) dan kita keluar untuk blow up konstruk Student Government yang coba menjadikan mahasiswa sebagai ‘pet’ yang jinak.
Ketepikan semua keputusan PRK! Tak perlu berbangga kalau menang. Tak perlu kecewa jika kecundang. Mari bersedia dengan kesedaran-kendiri yang baru dan momentum bermatlamat, dengan itu kita tahu yang kita telah berjaya!
Itu sebabnya, STUDENT POWER tidak mati pada malam pengumuman keputusan PRK. Kadernya terus menyuluhkan sinar, atas nama kebenaran dan keadilan.
10.07 pagi,
28 Mei 2010,
Batu 8 Gombak
Elangor Darul Ehsan
Catat Ulasan