Hubungan dan talian kasih sayang (silaturrahmi) sesama insan apatah lagi sesama Muslim dan darah daging sendiri wajar diperhatikan. Hubungan dengan ibu bapa yang menjadi syarat redha Allah kepada seorang anak, hubungan sesama tetangga, hubungan dengan guru, hubungan dengan rakan karib, hubungan dengan orang yang lebih tua, hubungan dengan orang yang tidak dikenali dan juga hubungan dengan alam; flora dan fauna – perlu dipelihara seutuhnya. Kemesraan perlu dikembangkan dalam hati setiap kader. Kita perlu insaf peranan manusia sebagai khalifah dan makhluk sosial dan berusaha melaksanakan sebaiknya peran tersebut. Perlu diingat, ukhuwah sesama kader dakwah perlu diikat oleh tali ikatan yang kukuh; tidak rapuh supaya ukhuwah itu tidak berakhir seperti kata keluhan ”teman ketawa ramai, teman berduka seorang diri”. Betapa indahnya dunia ini jika ukhuwah dibina dengan ikatan solat, tilawat al-quran, dzikir, dan sadaqah. Ini yang mahu kita bina walaupun pada peringkat permulaannya, pendekatan yang pelbagai dalam pembinaan ukhuwah dipraktikkan.
Catat Ulasan