Halloween Costume ideas 2015
MPS

Seminar Sains Ketamadunan 2015: "Sains Ketamadunan Pasca Ibnu Khaldun"

Seminar Sains Ketamadunan 2015

Tema:
"Sains Ketamadunan Pasca Ibnu Khaldun"

Tarikh:
7hb & 8 hb Mac 2015 (2 hari)
 
Masa:
08:30 pagi - 05:00 petang
 
Tempat:
Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, Kajang
 
Yuran Pendaftaran:
RM 60.00 sahaja

Pertanyaan lanjut, hubungi 013-2775313 (Fazril)


[Senarai Pembentang dan Topik Pembentangan untuk Seminar Sains Ketamadunan 2015]

1. Dr. Ghazali Basri,
"Transformasi Konsep Tamadun Pendekatan Profetik - Pengalaman Kristian dan Islam: Sebuah Penilaian"


2. Dato' Dr. Siddiq Fadzil,
"Ketamadunan dalam Refleksi Persuratan Melayu"


3. Prof Emeritus Dr. Shaharir Mohd Zain,
"Kosmologi Bangsa Melayu dan Pembangunan Ketamadunannya"


4. Dr. Mohamad Alinor Abdul Kadir,
"Sains Ketamadunan Menurut Pemikir-Pemikir Inggeris Moden"


5. Mohd Nasir Mohd Tap,
"Tipologi Pemikiran Muslim dalam Dialog Ketamadunan Islam-Barat"


6. Mohd Fazril Mohd Saleh,
"Tinjauan Terhadap Kajian Tamadun Islam Perspektif Marshall Hodgson"


7. Dr. Zulkifli Hassan,
"Renaissance Islam Abad ke-21: Realiti atau Mitos"


8. Dr. Rumaizuddin Ghazali,
"Ketamadunan Menurut Said Ramadhan al-Buti"


9. Dr. Nurdeng Deuraseh,
"Pemikiran Peradaban Malek Bennabi"


10. Dr. Noriah Mohamed,
"Pemikiran Jawa dalam Beberapa Karya Warisan Jawa"


11. Hazman Baharom,
"Pengenalan Analisis Sistem-Dunia Immanuel Wallerstein"


12. Faridah Mohd Tap,
"Analisis Ringkas Manifesto Komunis Marx dengan Irtafaqat Shah Waliullah al-Dihlawi"


13. Dr Shahrizal Mohd Zin,
"Westphalia dalam Pembentukan Tamadun Eropah dan Kesannya pada Undang-Undang Antarabangsa"


14. Dr. Clarissa Lee
"Teori Spekulatif: Ilmu Mantik dalam Interpretasi Teori Kuantum di Anjang Timur-Barat”

Catat Ulasan

Dua seminar dengan fokus penerokaan disiplin ilmu baharu yang dikenali sebagai ‘Sains Ketamadunan’ telahpun dilaksanakan secara berturut-turut oleh Akademi Kajian Ketamadunan (AKK): Seminar Perbandingan Peradaban Timur-Barat (14hb-15hb Julai 2012) dan Seminar Sains Ketamadunan (11-12 Mac 2013). Dua seminar tahunan ini direalisasikan dengan beberapa matlamat utama: 1) memahami pengertian ketamadunan dan menyorot pengalamannya dalam sejarah manusia; dan 2) mengungkap faktor-faktor pembangunan tamadun dengan melibatkan aspek-aspek yang pelbagai.

Beberapa makalah yang dibentangkan oleh tokoh pengkaji dan akademia telahpun dibahaskan, seterusnya dimuatkan dalam Jurnal Kajian Ketamadunan JAWHAR Jilid 11 (2014). Kajian perlu terus dijalankan. Justeru, bagi tahun 2015, Seminar Sains Ketamadunan sekali lagi diadakan dengan mengangkat tema “Sains Ketamadunan Pasca Ibnu Khaldun”.
Ibnu Khaldun (1332-1406) merupakan seorang tokoh pemikir terkenal kelahiran Tunisia, digelar Bapa Sosiologi Moden, yang memberi sumbangan yang begitu besar kepada perkembangan ilmu ekonomi, sosiologi dan historiografi. Pemikiran dan gagasannya diceduk ramai sarjana, dan diwacanakan sehingga ke hari ini.

Sudah semestinya, wacana peradaban dengan gagasan yang dikemukakan Ibnu Khaldun menjadi suatu khazanah yang sangat bernilai. Walau bagaimanapun, menyedari bahawa sifat kajian sesuatu ilmu sentiasa berkembang dan kemunculan ramai sarjana pada setiap zaman pastinya memainkan peranan yang signifikan, Akademi Kajian Ketamadunan (AKK) memutuskan untuk memfokus aspek kajian dan wacana kali ini kepada wacana ketamadunan pasca Ibnu Khaldun.

Eropah pada abad ke-15M rancak dengan kajiann dan penerokaan pelbagai disiplin ilmu. Dengan pengalaman sejarah dan semangat zaman baharu penerokaan dan pencerahan, pastinya ramai sarjana Barat muncul mengolah idea ketamadunan yang tersendiri.

Dalam masa yang sama, para sarjana Islam masih lagi meneruskan penulisan karya hebat dan cemerlang dalam disiplin-disiplin ilmu tertentu wlaupun kuasa politik umat semakin merudum. Juga tidak dinafikan peranan yang dimainkan oleh para sarjana Asia Timur dan Benua India-Pakistan serta sarjana Alam Melayu dalam mengangkat kajian peradaban pada sekitar abad ke-18, 19 dan 20M.

AKK mensasarkan wacana kali ini dapat menghimpunkan informasi dan maklumat penting dalam rangka mengungkap beberapa pembolehubah pentamadunan seperti sejarah, geografi, ekonomi, sains dan teknologi, asronomi, kajian sosial dan sebagainya, untuk dimanfaatkan dalam memahami perkembangan kajian ketamadunan menuju abad moden.
Cita-cita kami ke arah mengkonsepsi sebuah disiplin ilmu dikenali sebagai ‘Sains Ketamadunan’ akan terus berlangsung sekiranya wacana ini terus disuburkan. Justeru, penerbitan Jurnal Tahunan Kajian Ketamadunan JAWHAR akan terus diterbitkan secara konsisten. Dalam masa yang sama, penerbitan periodicals samada dalam bentuk buletin dengan kadaran terbitan yang lebih kerap adalah dilihat penting. Sesi diskusi, sumbang saran dan penulisan ilmiah serta pelatihan untuk pengkaji muda juga diusahakan bagi memastikan kelangsungan kajian Sains Ketamadunan ini.

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget