Mohd Saleh nama diberi. Insan yang kami panggil 'Abah'. Hari ini hari lahir Abah. Apabila mengenangkan jasa-jasanya, pasti tak kering kelopak mata kami.
Abah bukanlah orang berpelajaran tinggi. Sampai sekarang sudah 20 tahun lebih beliau berkerja sebagai pekerja kilang tayar. Saya masih ingat, sewaktu sekolah rendah, terdetik juga rasa malu dengan kawan-kawan, sebab Abah hanya kerja kilang. Ya Allah! Kalaulah saat kini aku punya perasaan sedemikian, betapa berdosanya aku.
Gaji Abah tak sampai seribu ringgit, sampailah kami masuk ke sekolah menengah. Masa itu adik beradik pin makin ramai. Sudah pasti beban perbelanjaan terpaksa Abah tanggung setiap bulan khususnya untuk persekolahan.
Semasa di sekolah rendah, ketika itu darjah empat Syukur (4S), guru kelasku namanya Cikgu Baha Binti Man, seorang cikgu matapelajaran Bahasa Melayu. Aku merupakan anak didik yang beliau sayangi. Cikgu Baha berpindah ke Perlis dua tahun kemudian dan sampai kini kami belum dapat mengesan beliau.
Pernah suatu ketika semasa kami menyiapkan sepanduk untuk perarakan Maal Hijrah, cikgu Baha berkata: "Ingatkan Fazril sekolah arab petang..." Betul, kami tidak bersekolah arab (Sekolah agama rakyat), sehinggalah masuk darjah lima.
Pabila sudah dewasa kini, baru aku tahu. Bukan Abah tidak mahu menyekolahkan kami di sekolah Arab, tetapi mungkin sebab tak punya keupayaan menanggung kos persekolahan.
Sebenarnya kami rasa malu. Kerana sehingga ke hari ini kami masih belum mampu membantu Abah untuk meringankan bebanan perbelanjaan di kampung sana. Sedangkan kami anak yang sulung. Sepatutnya sekarang, sudah habis belajar, perlu kerja kuat. Yuran sekolah adik-adik kami patut selesaikan. Belanja dapur patut kami hulurkan sedikit sebanyak. Tapi sampai sekarang kami masih belum mampu. Kami malu.
Sejak kami kecil, kami ingat Abah akan "OT" (over time) hampir setiap hari. Setelah dua puluh tahun lebih, Abah masih lagi OT.
Ya Allah, berkati Abah kami. Walaupun Abah orang yang tak pandai agama, amal biasa-biasa saja, tapi bagi kami Abah adalah seorang wali.
Patutkah aku berdiam dan selesa dengan keadaan sekarang? Aku perlu balas jasa Abah.
Catat Ulasan