Halloween Costume ideas 2015
MPS

Polemik Peristiwa Bukit Kepong dan Malaysia Tak Pernah Dijajah: Sejarah Boleh Berubah?


Dalam kehangatan porak peranda isu bantahan pelaksanaan GST dan demonstrasi ‪#‎kitalawan‬ serta tangkapan polis terhadap para aktivis dan demonstran, isu yang berlarutan hampir tiga tahun ini tenggelam.
Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan fitnah Bukit Kepong.
Peristiwa Bukit Kepong dirakamkan dalam sebuah filem nukilan Jins Shamsudin (orang Taiping). Dalam filem tersebut digambarkan perjuangan "polis melayu" melawan "pengganas komunis".
Sebaliknya menurut Mat Sabu, Mat Indera, watak sejarah yang mengepalai serangan ke atas balai polis/ rumah pasung tersebut diangkat oleh Mat Sabu sebagai wira manakala pihak polis adalah pengkhianat bangsa. Pendiriannya ini disokong dengan tulisan dan penerbitan buku sejarah Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor yang memasukkan Mat Infera sebagai salah seorang wira anak Johor.
Saksi terakhir daripada 11 orang saksi yang dipanggil oleh pihak pendakwa adalah Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim, guru sejarah saya sewaktu menuntut di universiti. Prof Khoo memberikan kenyataan beliau pada 27 Mac yang lalu.
Mat Sabu dituduh mengeluarkan kenyataan kontroversi tentang kejadian Bukit Kepong yang berlaku tujuh tahun sebelum pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu dalam ceramah beliau di Bukit Gelugor pada bulan Ogos 2011.
Kenyataan beliau dalam ceramahnya itu telah meletuskan polemik nasional tentang status Mat Indera yang mengetuai serangan ke atas balai polis atau rumah pasung Bukit Kepong di Johor sebagai pejuang atau pengkhianat.
Dengan tidak semena-mena, kenyataan bahawa "Malaysia tidak pernah dijajah" dikeluarkan oleh Majlis Professor Negara (MPN) di bawah sebuah kluster pimpinan Prof. Zainal Kling. Kenyataan ini mencetuskan polemik baharu pula dalam negara.
Saya pernah berdiskusi secara bersemuka dengan Prof Khoo bertanyakan tentang isu ini.
Pandangan beliau tentang "Malaysia tidak Pernah Dijajah" adalah pandangan asli beliau, yang kemudiaannya diangkat oleh Majlis Professor Negara di bawah kluster pimpinan Zainal Kling.
PKPIM ada menemplak pandangan MPN pada September 2013:http://www2.bharian.com.my/…/TafsiranMPNmengenaiBri…/Article
Menurut beliau, Malaysia tak pernah dijajah kerana "last say" adalah terletak pada Raja-raja Melayu, bukan kerajaan British. Malah, bayi yang lahir di Tanah Melayu adalah rakyat Tanah Melayu, bukan rakyat British sepertimana lazimnya berlaku kpd tanah jajahan British yg lain. Sebagai contoh, bayi yang lahir di Strait Settlement (Melaka, Penang dan Singapura) adalah warga British kerana strait settlement diletakkan langsung di bawah Colonial Office di London.
Secara perundangan, Tanah Melayu dikategorikan sbg negara lindungan (protectorate state), bukan negara jajahan.
Hujah ini digunakan oleh Zainal Kling melalui Majlis Profesor Negara utk memberi indikasi bahawa "mat Indera yang menyerang Balai Polis Bkt Kepong" adalah pengkhianat negara kerana beliau menyerang Balai Polis Tanah Melayu, bukan Balai Polis British.
Hujah yang sama digunakan oleh para sejarawan euro-sentrik yang mengatakan para pejuang kemerdekaan Tanah Melayu seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dol Said, Abd Rahman Limbong, Dato Maharaja Lela, semuanya sebagai pengkhianat negara.
Polemik sejarah ini dilihat sebagai suatu isu yang paradoks bagi para pengkaji sejarah. Ternyata, yang dikatakan "sejarah" itu sebenarnya boleh berubah.

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget