Halloween Costume ideas 2015
MPS

Memahami Garis-garis Besar Haluan Perjuangan (Bahagian 3)






Memahami Garis-garis Besar Haluan Perjuangan Bahagian 2 (klik sini)





3. Keciciran dalam perjuangan

Memang ramai.. malah sudah jadi sunnah, dalam berjuang pasti ada yang kecundang, tercicir dalam jalan dakwah. Pelbagai factor mempengaruhi. Ia bergantung kepada sistem nilai yang dipegang oleh setiap kader. Perlu bebas;- tidak bergantng kepada pihak lain yang berkepentingan. Satu kisah diceritakan Ustaz Siddiq, seorang ulama bernama Shahnun. Kehidupannya begitu ringkas sekali. Makannya, Cuma roti kering celup air garam. Orang berkata, alangkah zuhudnya hidup beliau. Beliau menafikan. Katanya,

“aku sengaja membentuk gaya hidupku seperti ini supaya aku tak memerlukan mereka”(sambil jarinya menuding ke satu arah ; arah lokasi pusat pemerintah)

Adapun yang tercicir kerana kesibukan, menurut Ustaz Siddiq itu bukan alasan. Cuma, bagaimana mahu mengurus masa?

Saiyidina Umar RA pernah ketika menjadi Amirul Mukminin jadi runsing :

 “jika aku tidur malam, aku abaikan hak Allah, kalau aku tidur siang, aku abaikan hak rakyat.”

Bilamana mau tidur? Sebab itulah kualiti pemimpin yang sentiasa prihatin terhadap hubungan dengan Tuhan dan sesama makhluk (hablum minalLah wa hamblum minan nas). Jadi, sibuk bukan alasan.

Ustaz Siddiq begitu terkesan dengan suatu hadith Nabi yang sentiasa diulang-ulang saiyidina Umar.

“Barangsiapa daripada lelaki yang memegang urusan kaum muslimin, kemudian tidak bersungguh dan tidak merasa penat, maka neraka baginya..”
                                                                        (hadith riwayat Muslim)

Maka, dalam perjuangan ini wajib ber ‘penat’.

Pada ketika ini, penulis renung riyak wajah Ustaz Siddiq. Penulis lihat matanya. Allah… penulis berdoa agar semangatnya kami warisi. Amin.




4.  Politik kepartaian itu bagaimana kedudukannya?

Politik kepartian itu adalah al-umur al-janibiyah (perkara-perkara pelangkap); ia tidak menduduki tempat jauhar al-‘amal (teras amal) iaitu Dakwah dan Tarbiyah.

Bukankah bahasa politik itu beza dengan bahasa dakwah? (Kalian mampu menilainya sendiri - penulis)





5. Berubah kepimpinan, hilang kader?

Dalam jemaah, kita punya fikrah Islamiyah dan acuan tersendiri. Sememangnya, apabila bertukar pimpinan, maka akan ada serba sedikit perbezaan dari segi approach. Ada yang begini, ada yag begitu.. masing-masing ada caranya mengurus dan bergerak. Dan ini tak jadi masalah selagi tidak lari daripada kerangka induk perjuangan. Maka, nasihat Ustaz Siddiq kepada para kader dakwah sekalian supaya tidak taksub kepada perorangan. Jangan sangat terpusat kepada presiden, tetapi kepada ummat.

Ustaz Siddiq menyatakan ke’tidak-senangan’annya kepada golongan yang mengagung-agungkan para pemimpin atas pencapaian tertentu, seakan-akan pencapaian tersebut diusahakan pemimpin itu secara berseorangan. Sebagai contoh, pabila sampai ulangtahun kemerdekaan, gambar-gambar Perdana Menteri lah yang menghiasi poster-poster, iklan-iklan, sebaran dan selembaran dengan ucapan ‘Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan’ seolah-olah Pak-pak Menteri ini saja yang berjasa memerdekakan nusa. Bagi ustaz siddiq, ini cobaan menafikan jasa dan usaha rakyat. Hakikatnya, rakyat dan akar umbi bekerja keras dengan darah dan air mata bagi mencapai kemerdekaan. Ini sebenarnya penyakit yang di’rebak-barah’kan para orientalis klasik dalam karya mereka yang mengklafikasikan para sultan dan pencapaian zamannya, sedangkan dalam tradisi penulisan sejarah oleh para sejaraawan Islam tidak pernah mengetengahkan gaya penulisan demikian.

---

Penulis fikir sekadar ini dahulu yang dapat dikongsikan pada kesempatan yang dipunyai. Moga Allah memberkati usaha kita bersama. Kami doakan Ustaz Siddiq Fadzil diberi karunia yang pelbagai; kesihatan dan kekuatan fizikal-mental,  kesempatan masa memperkemas strategi dakwah, para sahabat seperjuangan yang setia bersamanya, keluarga beliau yang sentiasa menjadi –qurrotu ain - penyejuk mata hati, sentiasa beliau istiqamah dalam tugas mulia, menerus misi profetis, rahmatan lil-‘alamin dan beliau terus membakar semangat dan meniup roh perjuangan dalam diri para du’at.  Amin.



11.23 malam
26 Mei 2010
Batu 8 Gombak
Selangor Darul ehsan
Labels:

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget