Tidak perlu diperkenalkan lagi : Israel si Iblis Suci
Sejak tahun 2006, Gaza telah berdepan dengan embargo oleh Israel. Mereka langsung tidak memberi ruang kepada bantuan kemanusiaan (humanitarian aid) masuk ke Gaza dengan dakwaan bahawa Gaza masih dalam keadaan yang baik dan tidak memerlukan sebarang bantuan dari luar. Israel mendakwa mereka telah menghantar cukup bantuan ke Gaza.
Namun, fakta sebenar ialah lebih daripada 75% kediaman penduduk Gaza dimusnahkan langsung, dan mereka masih lagi menderita kesan daripada serangan ofensif Israel, Operation Cast pada 2008-2009. Ini merupakan fakta yang disahkan oleh laporan UNDP. Atas alasan menyerang pengkalan ketenteraan pengganas di Gaza, Israel sebenarnya meninggalkan Gaza dalam kemusnahan seluruh yang dahsyat (total ruin). Mereka mensasar dan memusnahkan keperluan asas awam yang sangat diperlukan penduduk Gaza bagi meneruskan kehidupan mereka. Universiti, sumber air, sekolah, stesyen janakuasa, masjid, gereja, jambatan, jalan raya, lapangan terbang, kilang, ladang tanaman – semuanya menjadi mangsa sasaran serangan ganas tentera artillery, aerial dan naval pihak Israel. Lebih 6000 keluarga masih tinggal di dalam khemah sehingga ke hari ini. Selain itu, sejak dua tahun mutakhir ini, lebih 10 ribu penduduk Gaza kehilangan nyawa disebabkan penyakit yang tak mampu diubati kesan embargo yang dikenakan.
Mereka terhalang daripada mendapatkan keperluan paling asas – makanan, nutrisi, air bersih, penjagaan kesihatan, hak mendapatkan pendidikan dan ‘bumbung di atas kepala mereka’.
Israel juga langsung tidak membenarkan sebarang kemasukan bahan-bahan pembinaan seperti simen, batang besi, dan sebagainya dengan alasan dan andaian bahawa bahan-bahan ini akan digunakan bagi membina pengkalan tentera. Hakikatnya, Israel tidak mahu Gaza dibina semula. Semua fakta ini dan lebih lagi telah disenaraikan oleh UN (Goldstone Report) dan Amnesty International dalam laporan mereka berkenaan Gaza. Maklumat ini mampu diakses oleh seluruh dunia. Tapi mengapa dunia masih lagi membutakan mata terhadap ke’Maha-tidakadil’an ini?
Sebenarnya, dunia telah coba untuk bekerjasama dengan Kerajaan Israel untuk menghantar bantuan yang cukup ke Gaza tetapi sia-sia. Pentadbiran Israel tidak pernah ikhlas. IHH (Humanitarian Relief Foundation of Turkey) telah pun menghantar permohonan rasmi bertulis kepada Kedutaan Israel di Turki hampir du tahun lalu tapi hampa.
Apa yang bermain dalam kepala hotak Zionis ini ialah ‘inter-twined maze’ yang membawa kita somewhere tetapi nowhere (pusing-pusing tak ke mana / pi mai, pi mai, tang tu). Dengan perjanjian damai itu dan ini yang ditandatangani, kononnya untuk berdamai dan aman, semuanya sandiwara semata. Mereka sememangnya tidak ikhlas, dan menidakkan pandangan seluruh dunia. Dan mereka menjadikan ini semakin jelas dengan tindakan mereka. Israel dan embargo kejam ke atas Gaza ini bertanggungjawab ke atas krisis kemanusiaan yang berlaku ke atas Gaza kini.
Apa-apa pun, tindakan Israel ini sentiasa dianggap betul oleh AS dan sekutu-sekutu Israel walaupun keganasan tahap Iblis yang telah mereka laksanakan. Israel tetap dianggap suci oleh AS dan orang-orang bengong yang seangkatan dengan mereka. Israel tidak perlu lagi diperkenalkan. Semua sudah mengetahuinya. Israel, si Iblis Suci.
12.30 tghr
8 Jun 2010
Batu 8 Gombak
Catat Ulasan