Halloween Costume ideas 2015
MPS

TAK ADA TUHAN? @ TAK ADA OTAK?






Isu akidah merupakan isu pokok ummat Islam. Arus pemikiran dari Tamadun Barat yang begitu dominan di dunia hari ini telah membentuk satu kerangka berfikir yang bersifat empirik, logik, relatif, ratio-analitik, reduksionik dan matematikal. Dengan tidak menafikan beberapa kebaikan daripada budaya fikir Barat, penulis (Peminggir Kota) merasakan Ummat Islam perlu lebih berhati-hati, berbudaya mengkaji & kritikal terhadap apa-apa yang datang dari Tradisi Barat ataupun yang ‘didakwa’ datang dari Tradisi Islam.

Dewasa ini, banyak pihak yang begitu berani & terbuka mempersoalkan akidah Islam & pensyariatannya (merangkum aspek Tauhid, Ibadah & pengamalan ritual). Malah, pelbagai kaedah dipraktiskan bagi merancu dan mengelirukan ummat termasuk menggunakan nama ‘Allah’ bagi Tuhan Orang Kristian. Lebih malang lagi, ‘kegelongan’ ini membarah dengan kenyataan beberapa figure dan pemimpin beragama Islam di Malaysia yang tanpa berfikir panjang mengeluarkan kenyataan yang penulis anggap umpama ‘Siti Nurhaliza bersuara Donald Duck’. Begitu simplistik! (isu ini bakal dibicarakan lanjut dalam kesempatan akan datang)

Dalam kalangan ummat Islam di Malaysia pula, terdapat pihak tertentu yang menolak tradisi-tradisi keilmuwan Islam yang sebenarnya sudah establish & tidak bercanggah dengan Ajaran Islam, malah dipelopori & diterima pakai oleh Ijmak Ulama besar dunia Islam. Sebagai contoh, ada pihak yang menolak malah mengkafirkan golongan yang mengajar & belajar Ilmu Sifat 20 kerana didakwa mempunyai akar falsafah & logik Yunani. Kelompok ini, pada hemat penulis, muncul disebabkan terpisahnya meraka daripada tradisi & budaya ilmu Islam yang telah terbina kukuh sejak dahulu lagi.(pandangan ini juga dipersetujui oleh Dr Farid Shahran- seorang pemikir muda yg kini berkhidmat di UIAM)

Namun, dalam kesempatan ini, hanya satu bentuk pemikiran sahaja yang bakal penulis sentuh secara ringkas dalam bentuk cerita iaitu pemikiran atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan). Guna logik akal saja, tak perlu dalil naqli (wahyu- al-Quran & Hadis) pun dah boleh patahkan hujah kelompok ini. Budak Tadika pun boleh fikir. Tu pun ada yg menolak Ilmu logik Islam (contoh- Ilmu Sifat 20). Pelik..pelik…pelik..




Kisah seorang Cikgu Atheis dgn anak murid Tadikanya


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid : Ada cikgu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya.

Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan.

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?

Murid-murid : nampak.

Amin : cikgu ada tak?

Murid-murid : ada.

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?

Murid-murid : tak nampak.

Amin : cikgu ada otak tak?

Murid-murid : tak ada.


:)
“Lu pikir la sendiri” )


22 Mac 2009
04.05 petang
Kampung Pinang, Kamunting, Perak Darul Ridzuan

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget