Runtunan Jiwa di Perkampungan Kaum Muslimin
“semoga kedamaian dikurniakan kepada kalian, wahai para penduduk kampung Muslimin, sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul selepas ini bersama kalian”
“semoga Allah merahmati saudara-saudara kami yang telah lebih dahulu menuju Perkampungan Barzakh & juga yang menyusul kemudian”
Suasana malam itu, aku rasakan kian hiba. Tatkala mengenang detik-detik separuh dekad hidup bersama membuat hati ini bertambah pilu.
“abang, selamat tinggal bang… abang duduk elok-elok kat sini. Nanti abah datang pulak…”
“anak aku mati di laut… anak aku mati di laut.. abah redha bang… abah redha.. allahu akbar”
Rintihan seorang bapa yang kehilangan anak sulungnya langsung merobek kepiluan di hati. Tak tertahan lagi linangan di takuk bawah mata ini.
Perginya almarhum tiada yang dapat menggantikannya, kerna dia tetap tidak sama dengan insan lain dan insan lain, pasti tak akan sama dengan dia.
Kadangkala sukar untuk aku menerima kenyataan, namun semuanya sudah tersurat sedari azali. Mana mungkin mampu bagi aku, insan yang fakir daya ini menduga apa yang bakal berlaku. Semuanya secara tiba-tiba.
Azamir yang aku kenal memang seorang budak yang baik. Ramai kawan-kawannya. Kepetahan dan keramahannya seringkali mencuit hatiku. Aahhh.. sukar sekali nak digambarkan, betapa teruntunnya jiwa ini.
Moga Allah berkati roh almarhum & mengampuni segala dosa-dosanya.
Ya Allah Ya ArhamarRahimin..
Al-Fatihah.
24 Mac 2009 (Ahad)
11.50 petang
Kg Pinang, Kamunting, Perak
Catat Ulasan