Kasl, Ignoratio Elenchi dan Unconscious Stupidity:
Tuntutan Terhadap Pengorbanan
Oleh:
Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
Akal Sebagai Indikator Keunggulan Insan
Tindakan manusia didorong oleh apa yang difikirkannya. Semestinya, manusia berfikir mengunakan akal fikiran. Tuhan menganugerahkan akal fikiran kepada manusia sebagai kurnia besar dan membolehkan manusia dikenal sebagai ‘manusia’ dan membezakannya dengan makhluk yang lain. Potensi akal manusia sangat luar biasa. Bagi golongan yang tidak mensyukuri nikmat, sering sahaja kedengaran suara-suara sumbang yang berusaha untuk meremeh dan meruntuhkan kredibiliti akal. Tanpa menafikan had, limitasi dan keterbatasannya (akal), perbuatan meremehkan keunggulan akal harus dikutuk dengan sekerasnya. Golongan ini, secara implisit menderita penyakit ‘kejahilan yang tak tersedarkan’.
Dalam perbahasan falsafah, manusia diertikan sebagai ‘haiwan rasional’ (al-hayawan al-natiq). ‘Natiq’ yang bermaksud ‘rasional’ merupakan fakulti dalaman manusia yang memformulasi ‘makna’ (dhu nutq)”. Manakala konsep ‘makna’ (ma’na) adalah pengenalan terhadap tempat letak sesuatu dalam sistem yang diketahui apabila hubungan sesuatu dengan sesuatu yang lain dalam sistem berlaku dan difahami.
Artikulasi atau penampakkan (articulation) simbol linguistik kepada susunan bermakna (meaningful pattern) merupakan ekspresi luaran terhadap hakikat dalaman iaitu akal (‘aql). ‘Aql ialah suatu perkara dalaman (an innate property) yang memegang dan menjalin objek-objek pengetahuan melalui perkataan-perkataan.
Dengan kata lain, makna perkataan dijana dan difahami oleh daya akliah (cognitive power) iaitu akal, yang membentuk dan menyampaikan isyarat-isyarat bermakna (meaningful signs). Disebabkan isyarat-isyarat bermakna ini dijana oleh akal yang bersifat batin (dalaman), maka ia disampaikan atau diekspresikan ke dunia luar melalui daya berbahasa atau daya pertuturan dan pemahaman ini mendorong kepada tindakan jasmani.
Unconscious Stupidity (Kejahilan Yang Tak Tersedarkan): Angkat Ibu Jari Kaki ke Atas!
Kejahilan yang tak tersedarkan (Unconscious Stupidity) ialah keadaan di mana diri individu tidak menyedari kebodohan dan kejahilan dirinya walau dia mengerti kebanyakan tindakannya adalah tidak sesuai, bodoh dan mendatangkan dampak negatif samada terhdap dirinya mahupun terhadap orang lain. Ia timbul akibat kekeliruan dan kesalahan dalam memahami ilmu dan hakikat.
Kesannya, seseorang mengimani kepercayaan bodoh dan karut tentang sesuatu. Kekeliruan dan kesalahan memahami ilmu ini pula berpunca daripada sikap kasl (malas) yang menimbulkan kekeliruan dan salahfaham terhadap ilmu dan seterusnya menatijahkan Ignoratio Elenchi (irrelevant conclusion) iaitu kesimpulan yang tidak releven/berkaitan. Dalam kata lain, untuk berlakunya fenomena “kejahilan tak tersedarkan” (unconscious stupidity), kejadian-kejadian seperti malas, salahfaham terhadap hakikat dan ignoratio elenchi (kesimpulan tak releven) perlu berlaku terlebuh dahulu secara berturutan.
Kesannya, seseorang mengimani kepercayaan bodoh dan karut tentang sesuatu. Kekeliruan dan kesalahan memahami ilmu ini pula berpunca daripada sikap kasl (malas) yang menimbulkan kekeliruan dan salahfaham terhadap ilmu dan seterusnya menatijahkan Ignoratio Elenchi (irrelevant conclusion) iaitu kesimpulan yang tidak releven/berkaitan. Dalam kata lain, untuk berlakunya fenomena “kejahilan tak tersedarkan” (unconscious stupidity), kejadian-kejadian seperti malas, salahfaham terhadap hakikat dan ignoratio elenchi (kesimpulan tak releven) perlu berlaku terlebuh dahulu secara berturutan.
Malas/Kasl ----- Kekeliruan dan salahfaham terhadap ilmu dan hakikat ----ignoratio elenchi ----- Kejahilan tak tersedarkan (unconscious stupidity)
Ini jelas kelihatan dalam kalangan mereka yang mengambil mudah dalam berfikir, membuat kesimpulan yang simplistik, sering melakukan pra-hukuman yang tidak matang terhadap sesuatu tanpa sebarang hujah dan selidikan, tak punya keupayaan menganalisis sesuatu isu dengan baik dan pelbagai lagi simptom yang berlaku tanpa disedari si pelakunya. Syed Munawwar, melalui ‘laman jaringan sosial’ Facebook, secara sinikal menonjolkan ketidak-puasan hatinya terhadap kelompok ini dengan saranan beliau ‘mengangkat ibu jari kaki ke atas’ tanda protes terhadap konsekuensi tindakan golongan ini.
Sebagaimana teori Sigmund Freud tentang Prinsip Kepuasan (Pleasure Principle), individu yang menderita penyakit kejahilan tak-tersedarkan ini seolah-olah selesa dan puas dengan keadaan diri yang jahil dan terus-menerus mengekalkan kejahilan dalam diri mereka. Malah, sebarang perbuatan yang melanggari norma kemalasan dan kejahilan yang mereka anuti selama ini akan mendapat tentangan yang berterusan.
Fenomena Kasl dan Ignoratio Elenchi
Malas itu agaknya sudah menjadi fenomena biasa bagi sesetengah golongan. Dalam konteks masyarakat Melayu Islam di Malaysia, sejak zaman penjajahan lagi, perang saraf dilancarkan para penjajah dengan momokan dan penyebaran mitos ‘kaum pri-bumi malas’. Akibatnya, bagi mereka yang malas berfikir lansung mengiyakan propaganda diabolis Barat ini. Lantas, akibat kelemahan daya akli dan kemalasan berfikir, mereka terkeliru dan tersalahfaham dalam memahami hakikat, lalu membuat kesimpulan yang tidak releven (irrelevant conclusion/ Ignoratio Elenchi). Justeru, suara-suara lemah seraya kedengaran: “kita ini buat jarum pun tak pandai, inikan pula mahu memerintah negeri sendiri”. Kata-kata seperti ini merupakan manifestasi ‘kejahilan tak tersedarkan’ yang menjalar dalam diri masyarakat dewasa itu.
Fenomena ini bukan hanya berlaku di Tanah Melayu, bahkan di seluruh tanah yang terjajah oleh kuasa Imperialis Barat. Malek Ben Nabi menamakan fenomena jahil tak tersedarkan ini sebagai imferiority complex yakni penderitaan jiwa akibat rasa rendah diri yang amat. Ini bermakna, akar jati diri terus tercabut dan langsung tiada keyakinan terhadap diri dan kebudayaan sendiri.
Yang lebih pelik, dalam era moden ini, gejala kejahilan tak tersedarkan ini mengalami evolusi. ‘Kejahilan yang sengaja dibuat-buat tak sedar’ muncul dan menambah-burukkan keadaan parah umat. Inilah golongan manusia yang disebut dalam al-Qur`an sebagai orang yang ‘lebih sesat daripada haiwan ternak’ (surah al-A’raf ; ayat 179). Golongan ini langsung tidak peduli akan hakikat, kebenaran, keindahan, ketersusunan yang telah Allah aturkan sesuai dengan fitrah dan sunnatulLah. Umpama kata peribahasa Melayu, “Bagai beruk mendapat bunga”, segala yang baik itu dirosakkannya, dijungkarbalikkan, dan dipunahkannya.
Hakikatnya, golongan ini cuba menjarakkan diri mereka daripada landasan fitrah dan sunnatulLah. Apa sebenarnya yang mereka fikirkan hanyalah ilusi hasil kesimpulan tidak releven (Ignoratio Elenchi).
Pengorbanan: Mujahadah, Ijtihad dan Jihad
Al-Attas merupakan antara orang yang paling berjasa dalam menyusun makna-makna dan kata kunci yang memancarkan pandangan alam Islam. Dengan mengaplikasikan konsep ‘Adab’ yang disusun al-Attas, manusia-manusia yang menderita penyakit ‘jahil yang tak-tersedarkan (Unconscious Stupidity) ini dapat disamakan sebagai orang yang mengalami keruntuhan adab (the loss of Adab) atau dalam kata lain disebut biadab. Perkataan ‘biadab’ sebenarnya berakar daripada kata ‘adab’ manakala ‘bi’ pada awal perkataan adab itu merupakan imbuhan pinjaman daripada bahasa Parsi yang bermaksud ‘tidak’. Jadi, ‘biadab’ bermaksud tidak ada adab. Al-Attas, dengan pengaruh falsafah sufi tinggi, mendefinisikan ‘adab’ sebagai “pengenalan dan pengakuan, tentang kedudukan sebenar segala sesuatu menurut martabat kejadiannya, dengan itu membawa kepada pengenalan dan pengakuan tentang kedudukan/ martabat Tuhan menurut susunan kewujudan”.
Sepertimana yang telah disinggung sebelum ini, manusia yang menderita penyakit ‘jahil yang tak-tersedarkan (Unconscious Stupidity) mengalami pengosongan nilai (nihil) adab dalam diri. Pengosongan nilai positif adab ini telah menyebabkan vakum dan akhirnya keadaan vakum tidak bertahan lama kerana arus deras kebodohan tidak tertahankan. Proses berlakunya kebodohan ini adalah berlawanan secara total dengan proses mencapai kebijaksanaan. Bijaksana di sini bermaksud “orang yang mampu mengenal hakikat dirinya yang sebenar dan kedudukannya dalam martabat kewujudan Khaliq dan makhluk”. Proses mencapai kebijaksanaan, berdasarkan logik tazkiyah al-nafs ala-sufi, adalah seperti berikut:
Takhalli ------------ Tahalli ------------- Tajalli
Takhalli adalah proses “mengosongkan” diri daripada akhlak/nilai rendah, diikuti proses kedua iaitu tahalli – “memasukkan” diri dengan akhlak/nilai tinggi yang baik, lalu berlakulah penampakan atau manifestasi pada pandangan dan dalam diri manusia. Pada tahap tajalli ini, berlakulah pengiktirafan selepas pengenalan terhadap hakikat. Dan inilah formula bagi menangani fenomena ‘jahil yang tak-tersedarkan (unconscious Stupidity). Namun, formula ini menuntut kepada beberapa pra-syarat iaitu ijtihad, mujahadah dan jihad.
Asal ketiga-tiga perkataan ijtihad, mujahadah dan jihad berakar daripada akar kata bahasa Arab: j-h-d. Secara umumnya, ketiga-tiga perkataan membawa maksud ‘usaha’ ‘kesungguhan’ dan ‘berjuang’, cuma berbeza pada dimensi pengamalan. Ijtihad adalah sinonim dengan lapangan intelektual. Ijtihad dalam konteks ini bermaksud usaha dan kesungguhan menggunakan akal fikiran kurniaan Tuhan bagi mencapai tujuan yang baik. Alat bagi ijtihad ialah akal. Manakala mujahadah pula lebih dekat dengan aspek dalaman yang bersifat rohaniyah. Mujahadah dalam konteks ini bermakna kesungguhan untuk berjuang melawan hawa nafsu bagi mencapai sesuatu yang baik. Alat bagi mujahadah pula ialah hati. Jihad pula menampakkan pengertian pada dimensi tampak yang lebih tangible. Jihad di sini bermaksud berjuang dengan penuh kesungguhan dengan segala tenaga bagi mencapai sesuat yang baik. Alat bagi jihad ialah anggota badan.
Apa lagi yang diperlukan untuk mencapai semua ini kalau bukan “pengorbanan”? Ijtihad, mujahadah dan jihad, ketiga-tiganya menuntut pengorbanan akal, hati dan anggota daripada bersenang-lenang dengan kejahilan yang tak tersedarkan (unconscious stupidity). Pilih samada ‘berkorban’ untuk melepaskan diri dari kejahilan atau ‘menjadi korban’ kepada kejahilan.
“Katakanlah. Bukankah tidak sama orang yang mengetahui dengan orang tidak mengetahui? Tidak mengingat melainkan orang mempunyai fikiran.”
(Surah az-Zumar, ayat 9)
01 Dzulhijjah 1431H / 08hb November 2010
11.40 pagi
Dar al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Catat Ulasan
fazril,
ggasan ang tak brubah dari dulu smp skang.
mrtbt wujud akal. ontologi manusia, alam, tuhan.
tasawuf dn hub dgn tauhid dan mnusia.
tp, smakin mengembang kfahaman martabat wujud ang.
mmg aku pun mencari makna diri. mcm ang.
sbb itu aku 'dekat' dgn ang..dn mudah compatible dgn tulisn2 ang.
aku fikir pncarian ini blum slesai. inilah usuluddin-prinsip akar pmikiran muslim. dgnnya, muslim tiada kan goyah lg. tndkanny trpandu sesuai dgn mrtbt wujud semua. tp perlu sgt bnar2 trbntuk dan mantap.
aku hairan, mngapa org mmptikai falsafah dlm mgenal Tuhan?
dn ggsan alattas bg aku, kalu bnar2 difaham dan hdup mekar dlm diri, pndgn tauhid seseorg akn mantap tpasak (aqidah), lalu dia mnekuni sufi.
tp,mngapa smacam para pnekun alattas ini serupa tak tertampak pada mereka akhlak?
nmpak mcm, mreka mgkaji ggsan alattas krn ide2 bsar beliau. bkn krn mcari makna diri.
fazril, aku tgu pngmbangan dalam rukyatul islam lil wujud ini.
sampai aku bnar2 puas, dan dpt the real happiness.ketemu Tuhan, mrasa nikmat abadi tak terungkap.
tlg perbetul yg mana salah. atau mlgkap yg cacat. minta komen balas.
shaibani,
kritikan aku ni umum sifatnya..
kdg2, bila aku baca-baca balik, mcm kena atas batang hidung sendiri.
Apa yang aku risaukan, aku ni tertipu dengan sesuatu yang aku anggap betul.
mungkin sesuatu itu hakikatnya sudah benar, cuma kesalahan dalam memahami kebenarannya akan membawa kepada penyalahgunaan.
jadi, bagi aku secara peribadi.. kena teropong diri lebih lagi dari teropong org lain.
aku dok teropong diri la ni... smpai aku kdg2 rasa mcm org tak betul, sbb mmg banyak tindakan aku tak betul.
mmg kena ada ruang utk uzlah dan muhasabah.
teori tu memg cantik ats kertas, tapi diri ni susah skali nak melawan sifat mazmumah. Allah...
Doakan aku, syaibani
Allahu a`lam
ya. insya ALLAH.
aku pun sama.
ilmuwan2 trdahulu tlah bertingkah dan berbual pnjg spnjg sejarah pkmbgn ilmu dn intelektual.
lalu setara mana kbenaran kita pd hari ini?
insaf.
alghazalli akhirnya mnyimpulkan intuisi sbg puncak kbenaran. ALLAH lah yg plg bnar.
sdgkan hub. aku dgn ALLAH sgt jauh.
doakan aku sama.
terima kasih atas pencerahan =)
Terima kasih atas pencerahan :)