Halloween Costume ideas 2015
MPS
01/01/2010 - 02/01/2010

BismilLahi -rRahmani –rRahim
Budaya Ilmu  & Pembinaan Tamadun Khayra Ummah
(Siri 1 : Kemanusiaan, Budaya Ilmu dan Ijtimae’i)
Oleh : Fazril Saleh

“Usahlah kamu kenali kebenaran itu pada manusia, akan tetapi kenalilah kebenaran itu (terlebih dahulu), nescaya kamu akan mengenali mereka yang benar”
(saidina Ali KaramalLahu wajhah; dipetik dari Kitab al-Munqidzh min al-Dhalal karya Imam al-Ghazali)

“Kemanusiaan” merupakan suatu istilah yang merujuk kepada manusia, sifat dan perbuatannya. Memandangkan manusia merupakan makhluk terbaik ciptaan Ilahi dan diberi amanah memakmurkan muka bumi Tuhan ini, istilah kemanusiaan merupakan suatu ‘istilah suci’ yang  dikenakan kepada sesuatu atau seseorang. Dalam kata mudahnya, kemanusiaan itu hadir bersama manusia dan manusia itu makhluk terbaik. Maka, kemanusiaan ialah sifat terbaik sesuatu makhluk.  Kemanusiaan hadir bersama manusia dan kemanusian adalah untuk manusia.

Kemanusiaan sebagai suatu sifat terbaik hidupan pastinya memerlukan pendefinisian yang terbaik; paling tidak mampu difahami dengan kayu ukur (bench mark) tertentu. Kayu ukur ini pula perlulah suatu kayu ukur yang mampu menunjukkan ciri unggul pada kemanusiaan itu.

BismilLahi -rRahmani –rRahim

Meninjau Pandangan Alam Islam; Memangku Wajah Hakikat
(Siri 1 : Pandangan Alam Islam & Survival Para Du’at)
Oleh
Fazril Saleh


Kebangkitan Islam abad moden mula tampak ketara sekitar penghujung tahun 70-an dan awal tahun 80-an. Kesungguhan para pendakwah dewasa itu dalam melaungkan seruan ‘tauhid’ dalam erti kata sebenar; menjangkau segala bidang kehidupan insan – pada hakikatnya adalah pelestarian dan kesinambungan misi profetis yang telah diTanzilkan Tuhan kepada insan sedari kewujudan bapa manusia, Adam ‘alaihi s-solatu wa s-salam dalam mengingatkan manusia terhadap janji mereka di alam Lahut ketika termetrai “proklamasi alastu”. Insan yang asal mulanya bersifat dengan ‘nur’ mula diselubung ‘dzulm’ (kegelapan) akibat ketidak’cakna’an mereka. Justeru tugas penyeruan “rahmatan lil ‘alamin” ini digalas para du’at sepanjang sejarah kehidupan manusia dengan dirintis oleh para anbiya wa l-mursalin bermula Nabi Adam AS sehingga Khatim al-anbiya` Saiyidina Muhammad Bin Abdullah SAW, diikuti para sahabat dan tabiin, para pemuka sufi, para ulama` salaf mahupun khalaf, para cendiakawan Islam dalam pelbagai bidang, para penggerak harakah Islamiyah dan orang perseorangan.

      Sudah menjadi sunnah, pasti sahaja puak-puak pengganggu seperti mehnah, tribulasi dan kendala membuat kacau dan melakukan fasad sepanjang perjalanan orang yang berjuang. Hanya mereka yang kuat dan punya daya tahan sahaja yang mampu meneruskan misi ini. Bukan berniat menakutkan mana-mana pihak, akan tetapi inilah hakikat yang tak sewajarnya disorok di bawah selimut orang yang sedar dan mengetahui. 


WARKAH

(Siri 1 : Mahasiswa, Iblis & ‘PemBENGONGan’)



“aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong  takbur di atas muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat-Ku  (yang menunjukkan kekuasaan-Ku); dan mereka (yang bersifat demikian)  jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.”
(Qs. Al-A’raf : 146)

Saudara-saudari yang budiman,
Ivan Illich dalam karyanya, “Deschooling Society”, dengan keras mengkritik institusi pendidikan yang telah hilang fungsi ‘mendidik’.  Malah, fungsi ‘mendidik’ itu telah bertukar kepada ‘mengelirukan’. Menurut beliau:

“the pupil is thereby ‘schooled’ to confuse teaching with learning, great advancement with education, a diploma with competence, a fluency and the ability to say something new. His imagination is ‘schooled’ to accept service in place of value”

Bil. Muzakarah         :           Kali Ke-82

Tarikh                       :           5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat                      :          Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star Kedah
1)         Ulasan/Hujah
i.  Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana  perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
ii.  Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam  bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
iii.  Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
iv.  Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
v.  Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
vi.  Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan  berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.


Penggunaan Kalimah ALlah


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN



SEMINGGU dua ini, negara amnya dan masyarakat Islam khasnya hangat membicarakan tentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama selain Islam. Ruangan ini turut terpanggil untuk cuba menjernihkan fahaman dalam isu ini.


Terutama apabila ada juga tokoh dan individu Islam yang mengeluarkan pandangan mempertahankan keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini yang membenarkan satu penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah Allah.


Apabila menimbangkan boleh atau tidak sesuatu itu dilakukan di sisi Islam, kaedah syarak menuntut kita mengenal-pasti hukum asal perkara tersebut serta turut memahami realiti sebenar atau situasi yang melatari sesuatu perbuatan atau isu.


Dalam ruang yang terbatas ini, kami akan membentangkan beberapa hujah di sebalik pandangan yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama selain Islam.


Di dalam al-Quran sendiri terdapat beberapa ayat yang membawa larangan dan peringatan tentang menyalah-gunakan nama Allah.



JADUAL LENGKAP LAWATAN ZIARAH DAN DAKWAH
HABIB UMAR BEN HAFIDZ
DI MALAYSIA
10 - 13 JAN 2010

1)
AHAD , 10 JAN , QIYAM 4.00 pg & KULIAH SUBUH :
DI MASJID UIA , GOMBAK .
"PERHIMPUNAN MAHASISWA BERSAMA HABIB UMAR"
mahasiswa mesti hadir , mahasiswa mesti hadir , mahasiswa mesti hadir

2)
AHAD , 10 JAN , 11.00 PAGI - 1.00 PTG :
DI MADRAS AN-NUR,
PANTAI DALAM , KL
(PUSAT PENGAJIAN YG DIASASKAN OLEH HABIB UMAR BEN HAFIDZ)

3)
AHAD , 10 JAN , 6.00 PTG - 10.00 MLM
DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA
"HIMPUNAN RIBUAN UMAT"
anda mesti hadir , anda mesti hadir & anda mesti hadir

4)
SELASA, 12 JAN , 6.45 PTG - 10.00 MLM
DI BAITUL QURRA',
PAYA RUMPUT JAYA ,
SUNGAI UDANG, MELAKA

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget