Halloween Costume ideas 2015
MPS

Intelektual VS Intelektuil (Siri 1 – Fir’aun)

Intelektual VS Intelektuil (Siri 1 – Fir’aun)



Dalam sejarah ketamadunan manusia, intelektual berperanan mencorak pola dan hala tuju  sesebuah negara. Namun, tidak kita nafikan, hidup ini satu perjuangan dan perjuangan menuntut pengorbanan. Intelektual yang sejati pastinya menghadapi pelbagai kendala, tribulasi, kepayahan, dan bermacam ancaman. Pastinya, para pemerintah yang zalim, kuku besi yang tirani takkan pernah senang dengan para intelektual sejati .

Dalam konteks Malaysia, kita punya tokoh-tokoh pemikir dan intelektual bertaraf antarabangsa. Sebagai contoh, seorang ilmuwan dan ahli falsafah terkemuka, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (Prof. al-Attas) yang cukup dikenali dengan ketajaman daya fikirnya, keberaniannya melawan kelompok orientalis barat yang telah sekian lama memutarbelitkan fakta, keteguhannya mempertahan prinsip-prinsip kebenaran, dan juga kemampuannya melawan autoriti dan pemerintah zalim.

Akibatnya, tokoh yang hebat ini ditendang keluar dari institusi yang ditubuhkannya sendiri iaitu International Institute of Islamic Thought and Civilisations (ISTAC) dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Angkara “Si Mamak Bendahara” (kini bergelar TUN) yang “takut dengan bayang-bayang hidung sendiri”, dunia intelektual khususnya tertanya-tanya, mengapa perkara sebegini terjadi. Kisah kejahatan Mamak Bendahara ini terhadap intelektual seperti prof al-Attas bakal kami paparkan dalam siri-siri seterusnya. Sebelum itu, kita singkap dahulu perwatakan Sang Mamak Bendahara ‘si hidung tinggi’ dengan membuat perbandingan secara historik dengan “watak-watak intelektuil”(baca betul-betul; bukan intelektual) yang pernah wujud dalam sejarah dunia.

Fir’aun. Raja Mesir yang bermaharajalela dengan kuasa dan kekayaan itu merasa tergugat dengan kemunculan Musa (a.s) sebagai pemimpin yang kian popular di kalangan kaumnya. Untuk membendung arus sokongan rakyat dari terus mengalir ke pihak Musa (a.s.), Fir’aun bertindak dengan mengeksploitasi kebodohan rakyat, mengabui mata mereka dengan mempamerkan kehebatannya sebagai pemilik kerajaan dan bumi Mesir dengan segala sungai-sungainya. Sementara itu Nabi Musa (a.s) dihinanya sebagai orang yang tidak punya apa-apa, malah berbicara pun tidak petah. (al-Zukhuf: 51-56)

Rakyat yang berfikiran singkat dan telah rosak jiwa dan mindanya memang mudah terpedaya dengan propaganda gaya Fir’aun itu. Apa lagi Fir’aun memang selamanya menggunakan kuasa dan kekayaannya untuk melaksanakan dan membiayai program-progam menyesatkan rakyat. Memperbodoh dan mengelirukan rakyat masa memang menjadi amalan lumrah kalangan penguaas diktator zalim di mana-mana. Ini mereka lakukan dengan cara menguasai media dan menutup semua saluran maklumat sehingga mereka tidak mengetahui fakta-fakta yang sebenar dan tidakberminat untuk mencarinya, cukup dengan menelan apa sahaja yang disogokkan. Dengan demikian mudahlah mereka dibuli dan diperalat, dikerah dan diarah mengikut telunjuk para penguasa.

Tidak cukup dengan mengongkong pemikiran rakyat massa, Fir’aun berusaha untuk menguasai dan memperalat golongan "cendekiawan" yang terdiri dari kalangan ahli-ahli sihir. Ini lakukan dengan menawarkan ganjaran yang lumayan kepada mereka yang sedia memberikan khidmat memperkukuh kekuasaan Fir’aun. Dengan motif merebut ganjaran lumayan itulah mereka menyanggupi tugas melawan mu’jizat Nabi Muasa (a.s). Tetapi setelah kalah dalam perlawanan itu mereka membuka mata, menginsafi bahawa mereka berhadapan dengan kebenaran dan kuasa Tuhan yang sebenarnya, lalu mengambil keputusan untuk menerima hakikat tersebut. Mereka beriman dengan Nabi Musa (a.s.) dan bersedia menghadapi risikonya iaitu kemurkaan dan penganiayaan Fir’aun.

Seperti yang memang telah diduga, Fir’aun menjadi berang apabila mereka mengambil keputusan memihak kepada Musa (a.s) tanpa terlebih dahulu mendapatkan izinnya. Tetapi siksaan kejamnya tidak juga dapat mengubah pendirian ahli-ahli sihirnya itu (al-A‘raf: 113-126). Rupa-rupanya masih ada kelompok yang tidak dapat diperbodoh kerana memang mereka tidak bodoh. Meskipun tadinya mereka berhasrat mencari untung, tetapi apabila berhadapan dengan isu hak dan batil, benar dan salah, mereka tidak sanggup mengkhianati suara nuraninya sendiri. Mereka masih setia kepada etik keilmuan bahawa kebenaran tidak harus ditundukkan kepada kemahuan politik (penguasa).

Demikianlah kuasa sebesar manapun dan harta sebanyak manapun tidak dapat memuaskan nafsu seorang Fir’aun. Setelah tidak puas menjadi raja, Fir’aun seperti Namrud, bernafsu menjadi tuhan. Ia mahu agar rakyat tidak hanya merajakannya, tetapi mempertuhankannya. Kepada para pendukungnya ia selalu berkata, "aku tidak nampak ada tuhan lain bagi kamu selain aku!" (al-Qasas:38). Para pengampu yang mengamalkan politik "asal bapak senang" memang tidak pernah keberatan memberikan sokongan, malah tepukan gemuruh kepada kata-kata seperti itu meskipun tidak masuk akal.

Selama masa yang barangkali cukup lama Fir’aun bermaharajalela sehingga Nabi Musa (a.s.) yang banyak menderita akibat angkaranya, pada suatu ketika mengadu kepada Tuhan, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah berikan segala macam perhiasan dan kekayaan kepada Fir’aun dan orang-orangnya, Ya Tuhan kami, mereka (telah menyalahgunakan anugerah-Mu) untuk menyesatkan (dan menyelewengkan orang) dari jalan (petunjuk)-Mu" (Yunus:98). Kesempatan yang berikan kepada Fir’aun untuk merajalela tidak bererti Tuhan merestuinya. Sebaik-baik sahaja kezalimannya mencecah tahap yang ditentukan, Tuhan merentapnya tanpa sebarang amaran lagi. Tiba-tiba dalam sekelip mata Fir’aun hilang tenggelam diperut laut. Kisahnya diabadikan dalam al-Qur’an sebagai tugu sesuatu puncak kezaliman dalam sejarah kemanusiaan, untuk dijadikan iktibar buat generasi zaman mendatang.

Apakah akan tiba masanya untuk Sang Mamak Bendahara menerima akibat yang sedemikian?

Bersambung siri 2.


syarahan perdana prof al-attas 

Catat Ulasan

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget