Solat itu tiang agama. Solat juga merupakan amalan yang dipilih untuk menjadi pembuka pembicaraan di ’hari yang pasti’ kelak. Penekanan terhadap solat merupakan suatu yang mendesak baik dari sudut teori mahupun amali. Permasalahannya hari ini ialah betapa kurang pekanya jiwa muda kita terhadap solat dan perkara yang berkait dengannya seperti thoharah dan wudhuk. Maksud kami (yang kami fikir tidak keterlaluan) kualiti solat rata-rata jiwa muda hari ini;- sejak zaman pra-sekolahnya sehingga menjejak menara gading adalah sama! Langsung tak punya peningkatan, malah kalau adapun sangat sedikit. Jiwa muda hari ini mudah berpuas hati dengan apa yang mereka pelajari sewaktu di sekolah sehingga seakan-akan tak peduli untuk meningkatkan kefahaman dan ilmu mereka tentang solat. Ini belum lagi kita bicarakan persoalan-persoalan yang dianggap remeh tapi tatkala berlaku kepada mereka mula meragau mencari jawapan. Juga, bicara soal hadir diri dalam solat, soal kusyu’, khauf dan roja’ yang merupakan intipati kesempurnaan amalan ini. Deduksinya, solat jiwa muda kita sedang sakit dan perlukan rawatan!
Universiti Islam Antarabangsa
Universiti Islam Antarabangsa
Catat Ulasan