Halloween Costume ideas 2015
MPS

"Ke Mari Kau, Aku Mahu Khabarkan..."



Hai budak muda, ke mari kau!
Aku mahu khabarkan sesuatu, agar kau ingat saat kau membilang waktu,

Cinta itu ada lima tiang serinya,
penuhilah kelima-limanya,
dengan izin TuhanMu,  hidupmu kan sentosa.

Percaya; nescaya tiada ragu dalam benakmu,
Setia; nescaya tiada kau berpaling,
Faham; nescaya terbuka belenggu di mata hatimu,
Ikhlas; nescaya tiada kau berkira-kira,
Berkorban; nescaya kau rasa apa itu kesempurnaan cinta.

Nah, itu saja.
Bicara berjela itu kadangkala sia-sia cuma,
Aku sudah selesai bicaraku, selebihnya kupulangkan padamu.




3 Mei 2011, menjelang Asar - 4.33 petang
Kampung Pinang

Catat Ulasan

blogger
disqus
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget