Artikel oleh Sdra. Hadi Jusoh http://dayafikir.blogspot.com/
Saban tahun, pimpinan tertinggi negara akan membentangkan
perancangan negara yang akan dilaksanakan pada tahun yang berikutnya. Antara
pembentangan dan pengumuman formal yang terbesar adalah bajet tahunan yang mana
ianya merupakan rumusan tentang perancangan dan peruntukan kewangan negara yang
bersifat komprehensif dan inklusif. Jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi
yang berkaitan dipertanggungjawabkan sebagai pelaksana segala intipati yang
termaktub di dalamnya. Dengan kata lain, hala tuju dan wawasan negara akan
diterjemahkan berdasarkan perlaksanaan pelan induk ini.
Pada tahun ini, Bajet 2013 telah dibentangkan pada September 2012
yang mana pada dasarnya adalah bajet yang amat dinanti-nantikan oleh semua
pihak termasuklah kalangan professional, pelabur-pelabur luar dan dalam negeri,
firma-firma perniagaan, begitu juga kalangan ahli-ahli politik dan rakyat
jelata dari fahaman dan aliran politik yang berlainan. Ini kerana, ianya adalah
antara gerbang persepsi utama yang dianggap sebagai penentu bagi memikat dan
menambat hati hati rakyat untuk terus memberikan mandat kepada kerajaan yang sedia
ada untuk terus memerintah, baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat
negeri.
Untuk bajet kali ini, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak
RM 251.6 bilion dengan tema ‘memakmurkan
Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati. Daripada angka
tersebut, sejumlah RM 201.9 bil telah diperuntukkan untuk tujuan perbelanjaan
mengurus dan selebihnya untuk perbelanjaan pembangunan. Sasaran defisit bajet
kali ini dianggarkan menyusut sebanyak 0.5%
kepada 4.0% berbanding tahun 2012. Dari segi pendapatan, hasil kerajaan
dilihat mengalami sedikit anjakan menaik daripada RM 207 bil (2012) kepada RM
208.6 bil (2013). Begitu juga dengan liabiliti subsidi yang juga dilihat
mengalami sedikit peningkatan kepada RM 33.2 bil, setelah mengambil kira
pengurangan kadar subsidi gula sebanyak RM 0.20 sekilogram.
Justeru, Daya Fikir Solutions (Daya Fikir) telah mengambil
inisiatif untuk menganalisis bajet pada kali ini secara menyeluruh dan di luar
kotak pemikiran yang bersifat politik kepartian, agar timbang tara yang
selayaknya dapat dizahirkan serta lebih berpijak kepada bumi yang nyata.
Secara umumnya Bajet 2013 adalah lebih bersifat mesra peniaga dan
kelompok menengah atasan. Asasnya, sebahagian besar daripada 130 inisiatif dan
peruntukan yang telah digariskan dilihat lebih memberikan manafaat yang signifkan
kepada golongan tersebut secara jangka panjang, samada secara langsung dan tidak
langsung. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan wujud juga inisiatif yang dilihat
memberikan impak positif kepada banyak pihak, khususnya kepada rakyat
kebanyakan. Untuk itu, Daya Fikir secara rumusannya berpandangan:
Pertama, inisiatif pemberian diskaun sebanyak 20% bagi pembayar
hutang PTPTN yang dibuat secara sekaligus (lump-sum) dalam tempoh setahun dan
10% kepada mereka yg dapat melunaskan secara istiqamah dalam tempoh setahun
mendatang. Adalah dijangkakan hanya mereka yang berada di dalam braket zon
keselesaan dan berkemampuan sahaja, yang akan menerima tempias daripada manafaat
ini. Bagi kelompok rakyat kebanyakan , mereka mampu berbuat demikian hanyalah melalui
pinjaman peribadi dengan mana-mana insitusi perbankan dan kewangan yang sudah
tentu kadar bayaran baliknya hampir
menyamai sekali ganda dengan jumlah pinjaman yang telah dibuat.
Justeru, jika dihitung hutang peminjam PTPTN sebenarnya akan bertambah, walaupun secara relatifnya hutang mereka dengan PTPTN telah dianggap langsai. Kaedah ini dilihat praktikal untuk dilaksanakan, pertamanya, pihak bank dan institusi kewangan perlulah menyediakan satu pakej pembayaran balik yang lebih rendah berbanding kadar yang sedia ada, khusus kepada peminjam yang ingin melangsaikan hutang PTPTN. Keduanya, kaedah pelangsaian mesti dibuat secara terus kepada PTPTN, tidak melalui peminjam. Signifikannya, untuk mengelakkan wang daripada pinjaman peribadi tersebut terlepas ke pasaran akibat sikap tidak berdisiplin peminjam, yang seterusnya akan menyumbang kepada anjakan menaik kadar inflasi.
Kedua, inisiatif potongan cukai kepada semua pendapatan yang
diperolehi daripada aktiviti pelaburan (angel
investor) yang dilakukan secara tunai dalam syarikat-syarikat untuk tujuan
pengembangan perniagaan. Pada asasnya baik untuk perkembangan ekonomi (economic
growth), namun kesannya dilihat tidak akan begitu menyeluruh, yang pastinya fokus
pelaburan kelak hanya akan tertumpu kepada segmen industri dan perniagaan
tertentu sahaja, yang dianggap menguntungkan. Jika ini berlaku, dibimbangi
jurang pendapatan dan status dalam masyarakat akan makin terjarak.
Sewajarnya, cukai tersebut masih perlu dikenakan tetapi pada kadar yang lebih rendah, yang mana hasil daripada cukai tersebut dapat digunakan untuk mengurangkan kadar harga barangan yang bersifat keperluan dalam ekonomi, iaitu melalui pemberian subsidi langsung secara telus kepada pihak pengeluar berdasarkan kepada jumlah pengeluaran sebenar (real output). Secara signifikan, pengurangan harga barang keperluan akan meningkatan jumlah pendapatan boleh guna rakyat yang seterusnya akan menjana ekonomi melalui peningkatan perbelanjaan dan jumlah simpanan isirumah, yang akan mengalir masuk ke dalam ekonomi.

Ketiga, pengecualian cukai aliran pendapatan kepada syarikat
insurans dan takaful keluarga yang menguruskan skim anuiti. Kesannya juga
dilihat tidak begitu menyeluruh dan tidak memberikan kesan langsung kepada
rakyat di peringkat akar umbi, terutamanya mereka yang tidak mempunyai aliran
pendapatan yang tetap. Tambahan, dalam suasana ekonomi global yang makin tidak
menentu ini. Walaupun begitu, memang tidak dinafikan, inisiatif ini akan
menyuntik nilai pelaburan dalam ekonomi oleh syarikat-syarikat insurans dan
takaful. Namun, ianya dibimbangi akan tertumpu kepada segmen pelaburan yang hanya
berupaya memberikan pulangan keuntungan yang lebih signifikan kepada mereka. Dan,
mana-mana segmen pelaburan yang lebih bersifat tanggungjawab sosial akan
terpinggir.
Keempat, asasnya strategi suntikan langsung kepada lokasi yang
berpenyakit mampu mempercepatkan dan meringankan bebanan penyakit seseorang. Relatifnya,
suntikan bantuan terus kewangan melalui skim BR1M kepada rakyat yang memerlukan
adalah amat bermakna kerana ia mampu meringankan bebanan kewangan mereka, walaupun
secara jangka pendek. Namun, dalam keghairahan meraikan pemberian ini, Daya
Fikir melihat inisiatif spesifik untuk meningkatkan pendapatan boleh guna
rakyat dan kuasa beli secara jangka panjang adalah juga perlu menjadi prioriti
pihak kerajaan.
Tindakan ini perlu dilaksana secara seiringan dengan suntikan terus yang dilaksanakan itu. Jika tidak, dikemudian hari rakyat hanya akan terkesan dengan anjakan kenaikan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan harga barang.

Kelima, peruntukan yang besar untuk pendidikan adalah amat
digalakkan selaku tunjang kepada pembangunan negara pada masa hadapan, yang
mana amat bergantung kepada corak dan amalan sistem pendidikan hari ini.
Pendidikan dianggap sebagai baja yang menyuburkan benih masyarakat yang disemai
untuk menghasilkan buah dan baka yang baik pada masa hadapan. Walau
bagaimanapun, terdapat sedikit kekurangan yang memerlukan penambahbaikan yang
ketara perlu dilaksanakan.
Peruntukan spesifik bagi memajukan Sekolah Agama (kerajaan dan rakyat) perlu diwujudkan dengan nilai yang sekurang-kurangnya menyamai dengan peruntukan sekolah-sekolah lain sebagaimana yang disebut di dalam bajet 2013. Peruntukan khas bagi pendidikan agama adalah diperlukan bagi membolehkan pendidikan agama dilakukan secara seiringan dalam menghasilkan generasi yang bersifat kamil dan sempurna dari segi akademik dan akhlak. Generasi yang seimbang dari duniawi dan ukhurawi akan memantapkan lagi pengukuhan ketamadunan dan menyiapkan sumber insan yang lebih kompetitif bagi bersaing dengan kuasa baru ekonomi dunia seperti China dan India.

Keenam, perancangan kerajaan bagi melaksanakan skim rumah mampu
milik merupakan satu cadangan yang amat signifikan. Namun, jika tidak kena cara
perlaksanaannya ia hanya akan menjurus kepada ‘spekulasi hartanah’ yang seterusnya
akan menyumbang kepada kenaikan luar jangka harga hartanah kediaman sehingga
pada satu tahap, tidak mencerminkan harga sebenarnya. Ia kesan daripada jumlah
rumah yang ditawarkan begitu terhad di pasaran, sedangkan permintaannya begitu
tinggi. Dengan jumlah 123,000 rumah yang ditawarkan, adalah amat mustahil
untuk memenuhi populasi yang makin
membesar, khususnya di kawasan-kawasan strategik seperti di Lembah Kelang yang
berkepadatan penduduk hampir 7 juta. Akhirnya, ia hanya akan membuka ruang
kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan mudah
yang lumayan bersandarkan spekulasi hartanah ini.
Hakikatnya, ia boleh dilakukan iaitu dengan meletakkan syarat-syarat tertentu kepada pembeli seperti tidak boleh menjualnya semula dalam tempoh 5 – 10 tahun. Jika ini tidak dapat dielakkan, pembeli perlu mendapat kelulusan khas daripada pihak kerajaan dan hendaklah dijual pada harga yang tidak melebihi 5-10% daripada harga asal. Dari sudut pembiayaan pula, skim rumah pertama secara praktikalnya sukar dilaksanakan, kerana hakikatnya tidak ramai yang layak untuk mendapatkan pembiyaan setelah ditolak dengna pelbagai komitmen lain sperti kereta dan pinjaman peribadi. Dan, cadangan untuk mengecualikan pembeli rumah pertama ini dikalangan generasi daripada proses penyemakan CTOS dan CCRIS adalah satu cadangan yang tidak praktikal. Ia bukan setakat memberikan tekanan kewangan dan bebanan risiko kepada institusi peminjam, malah juga kepada rakyat, sekiranya berlaku kemerunduman ekonomi yang teruk, yang tak dijangka.

Ketujuh, pengecualian cukai kepada majikan yang menyediakan pusat
asuhan kanak-kanak di tempat kerja dianggap sebagai satu cadangan yang baik,
kerana ia akan menggalakkan lebih ramai wanita memasuki pasaran kerja dan mengurangkan
kewujudan pusat-pusat asuhan yang tidak berdaftar. Ia juga akan memberikan
kesan menaik kepada jumlah pendapatan isirumah yang seterusnya memberikan impak
positif kepada aliran ekonomi.
Kelapan, pemberian insentif kepada pihak yang mengeluarkan
Agro-Sukuk, Sukuk Runcit dan Bon Runcit akan merancakkan lagi pasaran modal,
khususnya pasar modal Islam sebagai alternatif untuk mendapatkan dana kos yang
lebih kompetitif. Selain itu, ia dianggap sebagai nafas baru kepada segmen
pertanian Negara untuk berkembang dengan lebih rancak lagi. Untuk lebih
merancakkannya lagi, program kesedaran dan pendidikan pelaburan sukuk / bon ini
perlu diperluaskan ke seluruh Negara melalui agensi yang sedia ada.
Kesembilan, pengurangan 1% cukai pendapatan adalah satu langkah
yang baik, walaupun ia dianggap begitu kecil. Namun, ia sedikit sebanyak dapat
meningkatkan jumlah pendapatan boleh guna rakyat. Walaubagaimanapun, ianya juga
perlu seiringan dengan anjakan menaik harga barangan dalam pasaran. Jika tidak,
ia hanya berlalu tanpa memberikan apa-apa kesan yang signifikan.
Akhir sekali, kita menyambut baik cadangan pihak kerajaan untuk memberikan
diskaun tambang kepada pengguna KTM yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000
sebulan. Namun, pada masa yang sama kita mencadangkan agar diskaun ini
diperluaskan ke aliran pengangkutan awam yang lain, khususnya yang ditadbir
urus oleh Syarikat Prasana Negara Berhad. Begitu juga dalam soal kecekapan dan
mutu perkhidmatan, ia juga perlu sentiasa ditambah-baik dari semasa ke samasa,
walaupun aliran tunai masuk mereka kemungkinan akan mengalami sedikit
penyusutan, yang seterusnya menjejaskan keuntungan syarikat. Di samping itu,
untuk menyemarakkan lagi usaha ini, semua tempat letak di kawasan KTM dan
aliran pengangkutan awam yang lain perlu disediakan secara percuma.
Sebagai kesimpulannya, bajet 2013 boleh dianggap sebagai positif
tetapi, memerlukan beberapa penambahbaikan dari segi intipati, perlaksanaan dan
penguatkuasaannya, agar matlamat yang dicadangkan dapat dilaksanakan dengan
lebih tuntas dan tidak hanya tertumpu kepada kelompok-kelompok tertentu
semata-mata. Ibarat kata pepatah Melayu ‘alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’. Biarapapun persepsi
pelbagai pihak terhadap bajet kali ini, amanah rakyat perlu ditunaikan, dan
janji mesti ditepati untuk kesejahteraan rakyat.
Catat Ulasan